Motivasi diri = Anjakan tiba-tiba!

Dalam motivasi, seringkali motivasi diri tidak datang kepada kita dengan cara sikit demi sikit… tetapi, secara “anjakan tiba-tiba”. Atau dalam kata lain, sudden burst!

Maksudnya, katakanlah anda mendapat inspirasi atau motivasi untuk melakukan sesuatu. Motivasi tersebut selalunya bukanlah datang dalam diri secara sikit demi sikit… seperti hari ni 1% … esok 1% motivasi… lusa 1% lagi… tulat 1% … bukan begitu.

Tetapi, anjakan tiba-tiba adalah seperti contoh, hari ini terus dapat 10% motivasi diri… esok… 1%… lusa 1%… tulat 20%… dan seterusnya 1%… 1%!

Ianya terjadi dalam semua perkara berkenaan dengan motivasi diri sendiri.

Sekiranya anda fahami konsep ini, anda akan fahami bahawa dalam memotivasikan diri, ia berfungsi sebagai anjakan tiba-tiba dan bukan sikit demi sikit. 

Anda boleh menggunakan teknik ini sebaik mungkin supaya mendapat momentum untuk terus bermotivasi.

Ianya penting terdapatnya peningkatan motivasi dari hari ke hari! Tetapi, menurut kajian, cara peningkatan motivasi seseorang itu adalah sudden burst dan bukan sikit demi sedikit 🙂 Cuba cerminkan pada pengalaman anda senidiri… apabila mendapat motivasi, adakah ianya secara tiba-tiba atau sikit demi sedikit?

ps: Malam ini di rancangan radio saya di Radio24 “Jutawan bersama Irfan Khairi” saya akan menjawab soalan-soalan pendengar mengenai perniagaan Internet. Topik hari ini, “Jutawan Internet”… so, tiada ikon jemputan hari ini… saya sendiri sahaja 😉

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

17 thoughts on “Motivasi diri = Anjakan tiba-tiba!

  1. imbas balik pengalaman mmg sangat betul kenyataan tu..motivasi dtg secara mendadak!!!saya sgt bermotivasi skrg untuk capai mission tahun ini..insyaallah

  2. saya semakin menjadi tak bermotivasi akhir-akhir ni

    kemalasan semakin menjadi-jadi

    nasib baik terjumpa website ini

    semangat kini membara kembali!!!

  3. Motivasi pun kena sentiasa kene recharge..mcm bateri la pulak..:p

    salah satu caranya baca buku motivasi mcm buku nota jutawan IK punye tu..

    Buku tu tak bawa masa ke Nizaltalk baru ni..Kalo tak,dah minta signature..huhuhuh

    sham
    http://www.panduaniklan.com

    “Pengiklanan Memaksimakan Keuntungan”

  4. salam IK. kecergasan motivasi memang perlu sentiasa di baja dan di garap. Umpama oksigen bagi satu2 usaha. Jika ia tidak diurus dgn baik, maka kecergasan trsebut akan berkurangan. Begitu juga dgn Iman kita, akan ada naik dan turunnya.Namun yg perlu, ia harus sentiasa dibaja dan diurus.
    tk,syamsul.

  5. Malu & Malas memang perkara biasa pd manusia sbb itulah punca segala kegagalan…tp untuk Menjadi & Maju kena bersedia hadapi halangan & ujian…

  6. Weblog Irfan Khairi memang saya selalu tengok…saja nak mencari sesuatu yang lain daripada lain .. 🙂

    Ternyata banyak tip yang boleh saya perolehi 🙂

  7. Saya anggap anjakan tiba-tiba seperti arus elektrik. Bayangkan elektrik yang kita gunakan pada hari ini tiba-tiba merenjat ke tubuh. Ia mengubah corak tindakan dan emosi kita tiba-tiba. Kita lebih berhati-hati.

    Sama juga seperti stress. Living Light sebuah badan kajian NGO di London berkata stress berkala adalah renjatan kepada neuron otak dan mereka yang melalui stress berkala didapati 2-3 tahun umur lebih panjang.

    Oh, IK, Pesta buku ini para penulis sudah berkempen dengan manifesto (buku) masing-masing. IK turun berkempenkah di PWTC nanti.

    http://www.zamrimohamad.com
    laman blog kempen http://www.motivasimindamu.blogspot.com

  8. assalamualaikum Irfan..

    Wah best betul rancangan jutawan kat radio 24 hari ni. Inilah yg saya tunggu2 selama ni. Soal jawab ttg perniagaan internet…:-) Best!

    Seronok coz ada sambungan, kalau buat tiap2 minggu lagi bagus. Boleh ke kalau buat tiap2 minggu Irfan? Tq.

    Ps: Kalau soalan terjawab, motivasi pun semakin bertambah…

  9. tu perkara normal… tapi kne berusaha non-stop untuk elakkan de-motivated.. apa2 pun think +ve.

    minta2 Allah SWT jodohkan kita dgn perkara2 yg bermotivasi setiap hari.. so we can keep on going 🙂

  10. Saya pun baru perasan keadaan ini selepas membaca tip ini. Selalunya kita lebih
    bermotivsi apabila berlaku perkara yang diluar kawalan kita atau perkara tiba-tiba mcm abg Irfan kata sblm ini.cth terbaik adalah sekarang.

    Mesti ramai yang bersemangat selepas membaca tip kali ini. Tapi adakah kita akan maintain bermotivasi sampai akhir tahun ini? TIDAK.

    Saya rasa akhir minggu ni pun dah layu mcm bunya x cukup air. Jd cara paling berkesan untuk maintain bermotivasi adalah always try benda baru atau buat anjakan tiba-tiba selalu, bukannya buat benda yang sama setiap waktu.

    Itu pendapat saya la

Leave a Reply

Your email address will not be published.