Rahsia aliran pendapatan berganda

Multiple streams of income! Anda cuma perlu memerhati ahli-ahli perniagaan yang berjaya dan anda dapat lihat bahawa aliran pendapatan berganda adalah rahsianya!

Teringat ketika bersembang dengan Chef Wan dan beliau menceritakan bahawa beliau mendapat multiple streams of income dari royalti, buku resepi, perniagaan, endorsement, mengacara dan juga duta chef ke luar negara.

Siti Nurhaliza juga mempunyai beberapa aliran pendapatan, selain royalti jualan album, juga beliau mempunyai beberapa perniagaan yang lain termasuk Siti Nurhaliza production, collection dan yang terbaru, publishing. Saya pasti beliau juga turut melabur!

Pendapatan saya juga bukan 100% dari Internet. Kini, selain dari perniagaan Internet, dari royalti buku, jemputan ceramah, perniagaan bukan internet, perlesenan/licensing (macam franchising), pelaburan dan beberapa aliran lain.

Aliran pendapatan berganda adalah konsep yang penting untuk melipatkali gandakan pendapatan anda. Fikirkan bagaimana anda boleh mengaplikasikan konsep ini kepada diri anda. Bagaimana anda boleh dapatkan sekurang-kurangnya 4 aliran pendapatan dalam masa satu tahun dari sekarang?

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

29 thoughts on “Rahsia aliran pendapatan berganda

  1. Betul tu . Kita perlu pelbagaikan aliran pendapatan kita dan jangan hanya fokus kepada satu sahaja. Ia juga merupakan satu strategi untuk memastikan pendapatan kita tidak terjejas jika salah satu perniagaan kita mempunyai masalah, yang lain akan membantu. 😉

  2. err boleh saya tahu, apa irfan punya offline business? Lagi satu, pelesenan/licensing tu apa?

  3. TOPIK HARI INI SGT MENARIK..
    SPT SETIAP TGN ADA LIMA JARI..
    DAN SETIAP JARI MEWAKILI TAJUK PERNIAGAAN TERTENTU YG BERJAYA DAN MENGUNTUNGKAN..
    MISALNYA KERJA SBG KERANI BANK, MGK BOLEH BUAT SIDE INCOME DGN MEMPROMOSIKAN UNIT AMANAH DI LUAR WAKTU KERJA..
    SAMBIL2 TU BOLEH JUGA MENCUBA NASIB DI PERNIAGAAN INTERNET..
    TAK SEMESTINYA MENGETENGAHKAN BRG2 MODEN MALAHAN YG TRADISIONAL WARISAN NENEK MOYANG BOLEH TERUS DIPERTAHANKAN..
    KALAULAH SUMBER PENDAPATAN MENGALIR KE ‘LIMA-LIMA JARI’..
    …ALANGKAH SENANGNYA DALAM HATI…

  4. Dalam masa 1 tahun:

    1. Peniagaan internet
    2. Pelaburan
    3. Perniagaan bakery
    4. Data analysis/statistics service

  5. Betul..mempunyai berbagai sumber pendapatan merupakan salah satu rahsia kejayaan. Mereka yang memiliki satu perniagaan besar masih sentiasa mencari peluang baru, inikan pula mereka yang memiliki perniagaan kecil-kecilan atau hanya kerja makan gaji.

    Ramai yang saya jumpa yang mengatakan ‘buat satu sudahlah, senang fokus’ atau ‘maaf, saya dah ada bisnes lain’. Mereka lupa atau tak tahu tentang multiple streams og income.

    Mempunyai berbagai sumber pendapatan dalam satu masa memerlukan sistem pengurusan yang bijak. Dan jangan lompat bisnes (buat macam2 tapi semua tak menjadi). Pastikan satu hari nanti kita boleh berkata begini..’sekarang income saya ok, hasil berbagai bisnes dan perlaburan yang saya buat’. Bukannya…’macam-macam bisnes saya dah buat, satu habuk pun tada’. Ingat, perlu bijak mengurus sumber (perniagaan dan perlaburan) dan hasil.

    Maka itu kita haruslah bijak merebut PELUANG, kerana sesungguhnya kita memang PERLU WANG. Jadilah orang yang BERWANG, jangan jadi BERUANG. 🙂

  6. alhamdulillah, saya menjadi orang pertama untuk memberi komen. tajuk cukup menarik…bagaimana nak melipatgandakan pendapatan? saya akan melabur, menerbitkan buku panduan belajar, berceramah (pengalaman sbg pensyarah) dan menyanyi (mempunyai pengalaman membuat persembahan). saya akan usahakan dengan bersungguh-sungguh supaya 4 aliran ini akan menggandakan pendapatan saya. Insya-Allah

  7. Assalamualaikum…

    Untuk aliran pendapatan berganda, saya sendiri ada melakukan beberapa aktiviti menambah income kecil – kecilan selain daripada makan gaji dengan kerajaan:..

    1) Membuat MLM SURECO
    2) menulis dan menjual pamplet, risalah, buku panduan untuk ahli MLM
    3)Ambil upah membaiki PC

    dan yang terbaru, cuba mencebur diri dalam internet. Nak berjaya kena ikut orang yang berjaya mcm Irfan.. Jumaat lepas dah register domain, hosting.. hari ni dah dekat nak siap website… tapi ada sikit problem utk buat form dan database…mungkin ada sesapa yang boleh tolong.

    Insyaallah, ada rancang lepas ni nak buka kelas belajar Al-Quran dalam tempoh 50 jam.

  8. Helo good morning Irfan. Wahhh soalan ni memang mencabar. 4 aliran pendapatan setahun dari sekarang yer…

    1. Perniagaan internet – masih dlm perancangan
    2. Perniagaan offline – sdg run skrg ni
    3. Pelaburan – tengok ler mana yg best
    4. Bisnes, bisnes , bisnes dan bisnes.

    Thank You.

  9. 1. perniagaan internet
    2. perniagaan SMS
    3. perniagaan mail
    4. pusat tuisyen berkomputer percuma

  10. 1. Peniagaan online ( ada produk)
    2. Perniagaan offline ( ada kedai sendiri )
    3. Perniagaan pos ( jual maklumat secara pos )
    4. SEDEKAH DAN AMAL JARIAH!!!!!!!!!!!!!
    ( 1 kebaikan Allah janjikan 10 balasan.. InsyaAllah… niat kena ikhlas.)

  11. 1.internet business – dlm pembangunan
    2.investment – maintain and steady
    3.conventional business – dlm proses perlaksanaan (simple product but fast cash-in utk cari modal b4 next year)
    4.computer maintenance & free computer advisor (jgn kedekut ilmu.. haha tak baik tu!!)

    itu je kot…hehe

    semoga forumer yg ada disini sukses semuanya..aminn

  12. ustat, boleh saya tahu web apa tu? Nak setup form yer.. Bukan nak promote, tapi contact ler saya… 🙂 mdzul@smartusaha.com

    Tak kisah berapa berapa aliran pendapatan kita, yang penting adalah pengurusan dan pembahagian masa. Banyak tapi tak terurus susah jugak..

  13. tidak tertumpu pada satu aliran sahaja. Aliran datang dari berbagai-bagai sudut. tidak hanya mengharapkan yang satu sahaja.

  14. Alright I am in.

    1. 9-5 job
    2. Internet Business
    3. Write my own book
    4. Create my own song

    Clement..!

  15. Aslm,saya amat berminat sekali dgn bidang perniagaan…sesiapa sahaja yang ada idea sila lah berkongsi dgn saya.Terima Kasih.
    Tel 012-7267647

  16. nasihat macam nipernah ssya berikan pada 2 orang kawan yang menganggur.. ingat lagi masa tu tengah makan malam, saya basuh diorang sebab sebok cari kerja tak dapat2.. padahal boleh je nak buat macam2 biz dalam satu hari..

    saya suruh diorang belaja buat dadih… buatla sehari dalam 20-50 container yang kecik tu then hantar ke cafe2 di putrajaya.. incom harian boleh dapat dalam RM20.. hantar pagi, petang pungut duit.

    diorang dok melepak dekat bangi, yang sorang ada kereta, saya suruh diorang buatkan je servis menghantar dan mengambil gomen servant ke putrajaya, sambil hantar dadih duit minyak kereta dah ada orang bayakan.. katalah satu kereta 4 orang, mintak la sebulan diorang baya 80-100 satu kepala.. hem rm400 gak sebulan…

    dua idea kat atas tu utk kerja pagi dan petang je… tengah-tengah tu biarla diorang pikir sendiri…

    p.s mungkin ramai graduan kit yang mengganggur kita kene ajar survival… mungkin kene pergi Outwardbound School!!!

  17. betul tu cakap bro irfan khairi.. kalo nak berjaya kene kreatif.. konsep multiple streams of income ni mmg dipraktikkan oleh byk org kaya di dunia.. penulis dan mentor jutawan terkenal Burke Hedges ada menyatakan dalam bukunya The Parable of the Pipeline mengenai bagaimana nak wat residual income melalui idea2 ‘pipeline’ yang akan mendatangkan keuntungan berterusan. Yg penting kita bersusah-susah dahulu bersenang-senang kendian, ni falsafah simple melayu tetapi itulah hakikatnya dalam dunia bisnes skrg…

    code7

  18. mmang bagus stiap cdngan pada irfan… YG PENTING dlam plaburan mesti mngikut SYARIAH jka kita orang islam.. utk pndpatan halal..utk itu kta sma2 tnya org yg pkar dlm bdang agama sblum mnyrtai ssuatu bdang prniagaan… bkan orang melayu… jka seorang stdent cm ne cra trbaik?… moyivasikan ku.. tunjukkan ku jlan… moga hidup kita semua mendapat keberkatan di dunia dan di Akhirat…

  19. that right!dunia sekarang dah tak melihat kerja-kerja yang bagus. sekarang mesti memikirkan bagaimana hendak mendapatkan income yang baik dan menguntungkan.kl nk tunggu kerja yang bgs alamt sampai ke tuala.kita mesti melakukan banyak perkara especially benda yang mendatangkan income pd diri kita.barula blh maju,sesak-sesak pn msh bnyk lg income yang kita blh dapat pd ‘benda'(business)yg kita jalankan.tak yahla nak pi pinjam bank or ‘along’..lg pn ia akan memberi banyak experience pd diri kita.

  20. Aamat bagus sekali panduan-panduan yang Irfan berikan dan nasihat-nasihat dari forumer sekelian. Semuanya ini memberikan idea kepada saya untuk memperluaskan lagi perniagaan kecil-kecilan yang sedang saya usahakan selama ini. Doakanlah semoga perniagaan ini akan berjaya dan satu hari nanti akan bergelar jutawan seperti Irfan. Terima kasih. Wassalam

  21. kalau nak berjaya memang perlu multiple income. tetapi, sebaiknya jika baru bermula sebaiknya tumpukan yang satu. Apabila sudah cekap dan boleh run dengan baik, baru melakukan pekerjaan yang seterusnya yang dirancang. Bukan apa…untuk memastikan semua usaha berjalan lancar

  22. sy suka berniaga.hajat di hati nk cuba perniagaan internet ni.tp xth cara lak.nk msk kursus duit xckp tmbahan lak sy stundent lg byk duit nk pakai ktkan…………leh x bagi pendpt doktor??????

  23. sy juga suka niaga, dulu masa kat universiti banyak juga yang saya buat. Jual disket pun ada, janji dapat duit lebih. Jadi tutor kelas komputer dan pasang komputer. Pendek kata, byk juga pengalaman yg sy dpt di Universiti. Sekarang pun sy buat MLM. Oklah dapatlah side income

  24. Hi
    Bagus idea untuk membantu memajukan diri dengan mencari sumber aliran pendapatan berganda.Sesiapa sahaja boleh berjaya walaupun terpaksa menumpukan perhatian pada banyak sumber pendapatan.Manusia xkan kaya tanpa usaha yang penting cara 2 halal untuk umat Islam.Sesiapa yang ada peluang perniagaan dan perlukan rakan kongsi dan rakan uasahasama perniagaan bolehlah email saya.
    Email: doodlez_city87@yahoo.com.my

  25. doodlz.
    dalam perniagaan internet banyak kategori..
    salah satu untuk mendapat income dari internet adalah seperti menjual ebook, perkhidmatan, dan salah satu nya adalah…

    ps: nak tau klik nama saya atas tu..

  26. Assalamualakum,bagus jugak topik ni.Boleh mengembangkan idea.Bagi sesetengah orang masih berpendapat kerja hanyalah kerja makan gaji samada kerajaan atau swasta.Masuk pukul 8-5 atau terus overtime sampai pukul 8.Itu semua hanya nak cari duit lebih untuk menampung kehidupan yang semakin mencabar ini.Bila balik kerja dah letih,tumpuan untuk keluarga dan kurang bila isteri nak ajak berborak mula tunjuk muka monyok.Buka fikiran anda tengok sekeliling banyak peluang yang terbentang luas.Saya jugak masih lagi seorang pekerja fulltime tapi sedang berjinak-jinak dengan biz online ni dan ada buat MLM.Nak cari duit lebih cara senang disamping dapat menumpukan pada anak2 yang sedang membesar.
    kalau rasa-rasa nak cuba pad berherba yang menyegarkan email-email lah saya atau jenguk-jenguklah ke website saya.Kalau-kalau dapat membantu anda mencari side
    income.
    http://hyprobiz.com/?id=iskand
    email: yantyrosly.rosly@ymail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.