Lompat si katak lompat…

Saya kenal seorang yang kurang mepunyai idea perniagaan. Memang nak dapat idea perniagaan sukar baginya… tetapi, apabila beliau mendapat satu idea perniagaan- terus beliau focus 100% untuk memastikan satu idea tersebut dijayakan dengan sempurna.

katak lompat

 

PENGUMUMAN: Anda usahawan yang inginkan lebih bantuan dan bimbingan perniagaan yang fokus?Β Klik di sini untuk Program 6 bulan Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama Pakar Perniagaan Internet #1, Irfan Khairi.Β 

Saya juga kenal seorang yang selalu mendapat idea perniagaan… seminggu, mungkin satu idea perniagaan difikirkan. Bila dapat idea sahaja, beliau excited, dan menulis idea tersebut dalam buku notanya. Tetapi, kenalan saya yang ini, sejak saya kenalinya setahun dua yang sudah, satu perniagaan pun tidak berjalan! Idea sahaja banyak, implementasi tidak lagi…

Apabila saya bandingkan dua keadaan ini, nampaknya, kenalan yang kurang mempunyai idea akan menghargai idea tersebut dan 100% berusaha sampai idea tersebut direalisasikan. Kerja nya dari mula… sampai perniagaan berjaya!

Yang sorang lagi pula, apabila dapat idea, dia cepat-cepat mulakan idea tersebut… tetapi, sekali nampak sedikit kesukaran sahaja, terus lentur semangatnya. Terus fikirkan untuk memulakan idea yang lain. Bila mulakan idea yang lain, tak sampai suku jalan, dah fikir idea lain yang lebih baik. jadi kerja pun tak sampai suku jalan… Bila mula idea baru, mula ragu-ragu tentang idea tersebut dan fikir idea perniagaan baru…

Akhirnya, satu perniagaan pun tidak dimulakan. Bak kata lagu masa kita kecil dulu…

“Lompat si katak lompat”. Lompat dari satu idea, ke idea yang lain… dari satu perniagaan ke satu perniagaan yang lain..

At the end of the day, kenalan yang mempunyai banyak idea dan tidak mulakan walaupun satu perniagaan tidak ke mana. Bila di tanya, banyak alasan yang diberi…

Ragam manusia berbagai. Anda bagaimana? Adakah anda yang fokus pada satu idea, atau anda jenis yang melompat dari satu idea ke idea yang lain, dan sedar-sedarΒ sehingga kini tidak mencapai kejayaan perniagaan?

Antara kunci perniagaan adalah sentiasa fokus. Di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, akan membantu anda dalam memberi fokus kepada perniagaan anda selama 6 bulan memulakan dan mengembangkan perniagaan anda. Peserta juga terdiri daripada mereka yang belum mempunyai idea perniagaan, atau mereka yang telahpun menjalankan perniagaan.

Kini, tempat adalah semakin terhad oleh kerana program ini mendapat sambutan yang amat hangat. Sekiranya anda ingin maklumat lanjut atau menyertai, lawati http://www.OpenEdu.com.my atau hubungi Cik Aie di 03-77292277 hari ini.

 

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

41 thoughts on “Lompat si katak lompat…

  1. Salam doc & pembaca sekalian,
    Ada tips penting dlm post ni..yup,pd satu ketika sy cam tu dulu,semua nk buat & kekadang more than half of my work hampir nk siap,pastu terbengkalai,klu nk kira rugi memang x terkira ruginya…jgn jd seperti ni,..
    bak kata doc, fokus yg satu!

  2. Ya betul tu..saya lebih suka kepada keadaan yang pertama.
    sebabnya walaupun dia lambat mendapat idea tetapi dia amat menghargainnya.
    Tindakan lebih bermakna kerana tanpa tindakan idea yang hebat pun tidak membawa kita kemana-mana.

  3. slmt pg,
    saya skrg ni sedang fokus satu benda saja…
    tak fikir yg lain dah…
    selagi tak berjaya yang ni, saya takkan berundur…

    han

  4. saya dalam golongan yang kedua.. Semenjak saya byk membaca cerita2 usahawan ni, byk idea yg dtg spt hujan kat kpala saya. Setiap bende saya terbayangkn peluang perniagaan (duit). Baru nak stat business pertama, idea utk business lain dah dtg mencurah2.. tp kan, bukan itu cara terbaik ke bg seorg usahawan? selalu berfikir ape yg terbaik??

  5. Aww, rasa pedas macam tergigit chilli lah πŸ™‚

    Akak termasuk dalam category kedua, mudah dapat idea. Jadi kena buat schedule, fokus satu2 dulu. Tahun ni dah plan nak buat apa, tahun depan nak buat apa dan sebagainya.

    Bagaimana pendapat Irfan, boleh menjadi tak perancagan begini?

  6. salam semua,
    mmg penting sesuatu idea. Ia sebagai langkah pertama untuk memulakan sesuatu perniagaan.Fokus terhadap idea tersebut amatlah penting. Adakah idea tersebut seiring dengan kemampuan diri juga penting supaya idea tersebut dapat direalisasikan. Apa yang penting bagi saya adalah pemahaman serta ilmu untuk menjadikan idea tersebut menjadi nyata adalah satu faktor yg tidak kurang pentingnyakan?

  7. em… pada permulaan menceburi bidang ini mmg jadi katak si katak lompat.. sumer nak try akhir nyer penat ajer yang dapat,hasil tak jugak..
    sekarang, dah fokus ke satu bidang ajer..biar betul2 khatam bidang tersebut sebelum beralih ker idea2 yang lain..
    thank you doc!!..
    πŸ™‚

  8. Perkara ni sering berlaku juga di kalangan usahawan MLM. Dia buat satu company baru sebulan dua tak berjaya terus lompat company lain. Selepas itu berlaku lagi begitu. Saya ada juga seorang kawan yang senior sangat dalam MLM. Dah terlibat selama 15 tahun. Malangnya satu pun tak berjaya. Tahun ini dengar2 dah tukar pulak 2 company baru.

    Jadi kena fokuslah.

  9. Pada pendapat saya, idea banyak itu bagus. Tetapi yang lebih penting adalah betapa cepat melaksanakan idea tersebut menjadi realiti dan komited mengusahakannya sehingga membuahkan hasil. Dalam banyak- banyak idea tentu ada satu yang hasilnya lebih dari yang lain. Pada waktu inilah fokus kepada yang satu itu amat penting di samping delegasikan yang lain.

  10. Saya amat menyokong saranan untuk fokus kepada hanya satu idea perniagaan kerana dari pengalaman saya yang sedikit ini apabila kita ‘switch’ kepada perniagaan lain banyak masa kita akan terbuang dan terpaksa bermula dari awal. Ini tentu merugikan. Adalah lebih baik kita fokuskan kepada peniagaan tadi dan cari idea untuk meningkatkan perniagaan yang kita jalankan walaupun kita ada idea untuk membuka perniagaan lain. Jika ada idea lain carilah rakan niaga (partner yang boleh dipercayai) dan kita hanya sebagai sleeping partner. Boleh dapat untung sikit pun jadilah…

    sya@
    http://www.smart2u.com

  11. sebenarnya ramai yang seperti usahawan kedua… banyak idea perniagaan dan lompat dari satu kepada yang lain. sehingga kini, satu pun tak jalan…

    ramai!

    ini juga terjadi apabila seseorang itu “takut gagal”. bila takut gagal. secara tidak sedar, kita akan mencari alasan mengelakkan diri dari memulakan perniagaan.

    caranya adalah mulakan perniagaan, kemudian, ubah perniagaan lain… kemudian ubah perniagaan lain.

    secara bawah sedar, minda kita takut gagal dan jadikan “ubah idea” sebagai satu alasan.

    bahaya ni πŸ˜‰

    selamat bercuti!

    -irfan

  12. Betul sungguh la irfan,saya banyak idea tapi pasal dgr orang cakap itu susah lah ini susah la trus hilang semangat.

    From now on i’ll go for it no matter what!

    Irfan,you da man!

    P.S:Saya pun da man

  13. Salam kasih sayang,

    Pengajaran utk kita semua(bagi yg mahu belajar dari pengalaman org yg dah berjaya)
    Bagi yg degil biar pengalaman sendiri memberi pengajaran(pengalaman adalah guru paling kejam).
    Asal jgn putus asa dek kejamnya ‘pengalaman’.

  14. Assalamualaikum kawan2 tip 1 minit,

    Saya pun berpendapat bhw kita hendaklah fokus kepada 1 idea dahulu. Cuba kaji baik-buruknya untuk jangka masa pendek @ panjang.Tetapi orang yang bnyk mempunyai idea ade kebaikannya contohnya beliau boleh mengumpulkan idea2 tersebut kedalam bentuk buku dan cuba pasarkan InsyaAllah! ada hasilnya.

    Sekadar berkongsi pendapat.

    Azmin

  15. Kepentingan fokus memang kita sudah sedia maklum peri pentingnya. Malah saya juga yakin, si usahawan kedua tu pun tahu dia mesti fokus. Salah dia lah dia tak fokus. Tapi kemungkinan si usahawan kedua tu tak tahu cara untuk fokus. πŸ˜€

    Jadi, ada tak formula atau teknik untuk kita betul-betul FOKUS 100%? We know WHAT (iaitu fokus), but HOW (macam mana nak fokus)?

    Mungkin antara caranya ialah buat jadual, berdisiplin, perancangan dan lain-lain.

    Mungkin Irfan boleh kongsi apa-apa petua? πŸ™‚

    ———–
    Tip saya: Buat idea perniagaan yang kita mampu untuk melakukannya dan serasi dengan kita. Utamakan projek yang lebih mudah untuk dilakukan. Ini amat penting agar kita dapat melakukannya dengan penuh bermotivasi.

    Dengan kombinasi fokus 100% dan kemampuan kita melaksanakan idea tersebut, insyaAllah kita akan dapat buat idea tu sampai berjaya.

    Maksudnya di sini, ramai yang gagal untuk fokus sebab mereka buat idea perniagaan yang kurang mampu untuk mereka laksanakan. Dan selain kita mesti fokus, kita juga perlu mengurangkan sebab musabab yang mengganggu fokus kita tersebut.

  16. saya menghadapi masalah yang sama seperti kwn saudara yang kedua. bagaimana mahu fokus pada satu idea sahaja tanpa perlu memikirkan idea lain yang belum tentu menguntungkan.

  17. sembahyang pun ramai yg tak fokus, inikan pula urusan duniawi, sebab itu banyak kegagalan dari kejayaan.. oleh itu dengarkanlah madah “anugerah dari kegagalan” datuk shake..

  18. yang penting ialah amalan. ilmu tak dinafikan pentingnya. tetapi ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah. tiada hasil. so, samalah dengan kisah kat atas ni. idea banyak kalu tak jalan macam mana ianya nak mendatangkan hasil. so, biar satu idea. yang penting implementasi terhadap idea tersebut. tambah dengan fokus lagi lah mantapz.

  19. Salam.

    Benarlah dalam ayat Al-Quran dan Hadi terjemahan bermaksud. Seseorang itu membaca sesuatu tanpa berguru ianya akan berguru dengan syaitan.

    Maksud saya disini kalau setakat anda mendapatkan buku, CD dan peralatan apa yang canggih pun untuk menjana wang kat Internet sampai pencen hayat pun anda akan macam tu jugak. Betul tak kata-kata saya?????

    Kalau boleh pergilah kursus dan berhadapan ngan guru yang pandai di Internet . Contoh terbaik adalah saudara Irfan Khairi. Tabik SIFU. La ni wa dah dapat buat duit banyak….. Dollar le bukanya rupiah.

    BEST SELLER>>>> http://www.areeghost.blogspot.com

    jo-jo-johari

  20. Dulu memang aku suka lompat-lompat nih. Tapi sekarang. Insya-Allah. Dah nampak hala tuju. So, fokuskan apa yg kita percaya memang boleh buat duit. πŸ˜€

  21. Pada pendapat saya, kedua orang itu sama je masing-masing ada idea untuk memulakan business tak kira banyak atau sikit. Cuma yang membezakan mereka cuma how they think . Mr. A has rich people mind manakala Mr. B has poor people mind. Mr. A always fokus kepada peluang untuk berjaya manakala Mr. B fokus kepada halangan sebab itu Mr. B buat separuh jalan dah KO. Sepatutnya kita melihat peluang untuk berjaya bukannya halangan kerana takut jadi macam Mr. B nampak sedikit kesukaran dah lentur semangat. Lepas tu mula beri banyak alasan macam Abang Irfan kata sebelum ini. Hasilnya, poket Mr. B kering, business KO dan hutang sana sini.

  22. SHASHA : Kalau buat banyak2 perniagaan dan fokus…tapi tak berjaya juga…

    Maaf Shasha, pada pendapat saya, itu bermakna anda TIDAK FOKUS. Apa yang saya belajar dengan saudara Irfan Khairi, buat SATU PERNIAGAAN DULU, FOKUS SEHINGGA BERJAYA.

    Kemudian apabila mendapat keuntungan dari situ, barulah mulakan perniagaan baru menggunakan modal dari perniagaan pertama. Jadi perniagaan kedua tak perlu guna modal lagi. πŸ˜‰

    Sifu Ik panggil tu : “BOOTSTRAP”

    Contoh : Saya memulakan hanya 1 perniagaan iaitu Halalgelatine.com …selepas 6bulan benar-benar fokus, saya telah mendapat keuntungan.

    Kemudian after 1 year,setelah stabil website itu, barulah saya ambil keuntungan dari situ untuk membuka perniagaan baru. Iaitu, kuncicinta.com yang kini juga sudah stabil selepas 1 tahun…tapi saya masih fokus kedua-duanya, belum terniat untuk membuka perniagaan baru.

    *Fokus maknanya, mengadap benda tu siang dan malam bertahun-tahun beb, bukan sebulan dua. πŸ˜†

  23. Banyak idea pun tak guna kalau tidak merancang melaksanakan dengan betul dan bersungguh-sungguh..

    Fokus pada satu projek / idea, memberikan satu kelebihan untuk kita pastikan ia benar-benar berjaya..

  24. Fokus dan kerjaya ada hubgkait ttp berbeza peranannya. Ada bnyk ideal tp tak fokus serta tak mempinyai matlamt mmg ssh. Yg penting tunaikan matlamat dulu kemudian baru fikir kerjaya.

  25. saya sering merasakan saya tidak mempunyai idea yang bernas berbanding orang lain.mungkin betul seperti razzi cakap.tidak fokus.

    dan saya juga mungkin tergolong dalam kategori katak yang ke-2 tu..sering mengeluarkan idea tapi satu pun tak jalan.was2 terhadap diri sendiri..

    saya sedang membina keyakinan diri intuk memulakan perniagaan internet.inilah kali pertama saya rasakan saya telah bersedia…

    untuk IK,pasti saya akan menghadiri Workshop IK satu hari nanti.tunggu saving cukup maaa… πŸ˜‰

  26. pada pendapat sya kita kena fokus pada bidang yg serasi dgn kita, dan mampu kita buat, serta yg penting minat yg mendalam. thanks

  27. Saya ni pun jenis pompuan yang banyak idea..orang Perlis kata banyak akai!! Pastu bila buat bisnes banyak pulak peluang yang datang.

    Jadi saya rasa bagi sesiapa yang penah mengalami keadaan macam saya, cara yang terbaik adalah dengan buat perancangan dan laksanakan ikut keutamaan serta bagi time frame utk tiap2 satu.

    Jadikan pengalaman sebagai pengajaran..

  28. saya azman mansur berasal dari sabah,memulakan bisnes secara kecil-kecilan sebagai penjual burger,akibat persaingan terlampau sengit saya banyak menghasilkan idea2 kreatif,buat e2 la buat ini la,cuma kecewa sikit dengan partner yg bekerja dgn saya yang enggan bagi kerjasama,kadang2 buntu di buatnya …mslh dsiplin dorg buat saya hampir2 ptus asa…

  29. Ni memang terkena batang hidung saya… huhu… mudah jatuh motivasi bila orang mula kata “brg2 yg awak jual ni mana ada org nak”… mula la fikir nk buat benda lain pula… πŸ™

  30. Aslm wrh saya pun dlm situasi ke-2
    Saya start jd agent produk yg saya suke
    1. Rempah ns arab
    2. Produk kecantikn n kesihatan
    3. Telekung
    Dah byk seminar n biss class yg saya pergi mmg semua suh fokus on satu produck n satu keyword problem ape yg kite boleh solve.. So dlm kebuntuan nak pilih saya berdoa kat Allah wat solat istikhorah n hajat tunjukkan biss ape yg perlu di fokuskan .. Slowly dah nampak mane satu .. InsyaAllah kite kene kental n ade BIG WHY..why3.. We choose that .. What swot analysis setiap option if dah touch 1mil baru la kite pk lg camne uhuuu sekadar pendpt.. Sbb kdg2 mmg saya pun confuse uhuu

Leave a Reply

Your email address will not be published.