Kenapa anda tidak beli dari saya?

Hari tu saya ada menulis tip soalan terbaik yang anda boleh tanya pelanggan-pelanggan anda. Hari ni pula, tip saya adalah soalan terbaik anda boleh tanya kepada mereka yang tidak beli dari anda.

Tanyakan kepada mereka yang tidak beli dari anda, apakah punca keputusan mereka tidak membeli? Semestinya ada sebab mengapa mereka tidak membeli dari anda. Ketahui sebab tersebut! Sekiranya sebabnya adalah berpihak kepada anda, cuba perbaiki isu tersebut untuk masa-masa yang akan datang.

Mungkin mereka tidak membeli kerana tidak suka warna produk anda. Maka, cari alternatif untuk mempelbagaikan warna produk anda. Mungkin mereka tidak membeli kerana produk anda mahal. Maka, cari alternatif untuk menurunkan harga produk anda. Mungkin mereka tidak membeli kerana perkhidmatan yang anda sediakan tidak secepat yang mereka harapkan. Maka, cari alternatif untuk mempercepatkan perkhidmatan anda.

Sekiranya anda dapat menangani isu-isu “rejection” mengapa mereka tidak membeli dan memberi alternatif lain, anda akan mendapati semakin kurang akan reject produk atau perkhidmatan yang anda sediakan. Berikan alternatif!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

20 thoughts on “Kenapa anda tidak beli dari saya?

  1. Dapat juga saya menjadi orang pertama komen entry kali ni.. hehe..

    Salah satu manfaat menyediakan alternatif adalah ia akan memudahkan pelanggan seperti kaedah bayaran yang pelbagai… Tidak semua orang boleh membayar dengan satu cara sahaja. πŸ™‚

  2. Mungkin juga cara promosi kita kurang menarik padahal barang dan harga yang dijual sama dengan orang lain. Contoh ada irfan beri semasa seminar…. ingat lagi tak??? πŸ™‚

  3. Ermm, tul tu .cari kelemahan diri dan cuba baiki produk dan perkhidmatan untuk mendapatkan pasaran yang lebih luas

  4. Kalau kita tak tanya kita tak akan tahu kelemahan produk atau service kita.macam syok sendiri saja.pastu mula la tarik muka masam bila orang tak nak beli.

  5. betul tu smartusaha. kalau saya nak buat pembayaran online saya akan pastikan ia menerima akaun RHB (tak banyak la pulak). Kalau tak boleh, terpaksa la nyanyi lagu “lupakan saja”

  6. Heheh i plak orang kedua . Helo Irfan, :Ò€KENAPA ANDA TIDAK BELI DARI SAYA?Ò€ Benda ni kadangkala kita tak sedari. Mungkin juga kepelbagaian persepsi terhadap bisnes kita oleh bakal customer. Produk dah ok, servis dah ok, customer dah depan mata , tetiba plak tanak beli. Punca yg paling dominan bagi saya ( ya..kerana saya juga seorang pelanggan) adalah khidmat pelanggan yg terlalu lemah. Betul kata engkau tu Smartusaha, salah satu adalah kaedah pembayaran yg sukar. Tapi kalau produk/servis pun orang tak sudi nak jenguk atau dalam kata lain tak memenuhi keperluan/kehendak bakal pelanggan? Hehhe parah! Kena buat research ler..bagi ruang pada bakal pelanggan utk menyuarakan apa yg mereka mahu. Jangan biarkan mereka pergi tanpa memberi tahu apa yang terbuku d hati. Sekian Terima Kasih.

  7. Assalamualaikum..

    Saya jadi og kedua bg komen..? πŸ™‚

    Emm..muhasabah tu penting utk apa jua keadaan. Dgn muhasabah, yg kurang diperelokkan, yg dah elok dikilatkan. Rekod perkhidmatan yang lembab dan kerja ‘cincai’ musuh utama usahawan . Hasilnya pelanggan mengambil keputusan utk tidak membeli

  8. salam…

    cuba kita lihat kedai2 cina.. sebab apa ramai orang pergi beli kedai cina daripada kedai melayu?… mungkin salah satu layanan..apa2 yang kita buat layanan mesti bagus..senyuman kena sokmo…

    bye

  9. assalamualaikum..

    memang betul tu, kita kena kaji kelemahan atau kekurangan dalam diri atau produk kita sendiri dulu sebelum menunding jari kepada orang lain. kita kena belajar untuk cuba memunasabah serta memperbaiki diri sendiri. semoga hari ini lebih baik dari semalam. kita kena satukan hati dan cuba mengenepikan perbezaan. carilah persamaan dan hapuskan perbezaan.

    wassalam

  10. Hmmm… kalau camtuh pendek kata kita kener wat satu sistem gak untuk dapat feedback daripada mereka yang tidak membeli. Contoh kalau wat website, kalau user quit shopping cart tanpa finishing leh kot wat pop up tanya dier naper quit. Wat la radio box serta jawapan yang difikir munasabah untuk memudahkan user. camnih, kita leh keep track why it is sell and why it isn`t.

    “Learn from mistakes” πŸ™‚

  11. Kalau buat forum bagus ni. Lebih mudah hendak bertanya dan menjawab.

  12. Sebenarnya ‘customer service’ di Malaysia ini masih berada pada tahap ‘poor’. Cuba kita ambil contoh kedai-kedai di UK. Mereka akan menerima semula barangan yang telah dijual dan memulangkan wang kepada pelanggan sekiranya pelanggan itu tidak berpuas hati. Walaupun alasan pelanggan itu hanyalah “I just dont like it”. Kita hanya perlu ‘duplicate’ cara orang yang berjaya kan? πŸ˜‰

  13. salam..
    kenapa orang tak beli dgn kita.. tanya diri kita sendiri.. bagaimana kita berurusan dengan pelanggan..jujur.. atau sambil lewa..
    pelanggan adalah ‘raja’….. belian pertama mereka dengan kita menentukan belian mereka seterusnya.. jika mereka berpuas hati.. mereka akan terus membeli.. secara tak langsung mereka juga akan promosikan kepada orang lain juga…

    produk adalah no 2., perkhidmatan no 1..
    apa guna kalau produk adalah yang terbaik tetapi urusan kita dengan pelanggan teruk…

  14. Asalamualaikum,

    Para sahabat sekelian. Kalau kita membuat jualan off line atau di kedai atau pasar malam dsb, bila kita tanya kenapa tak beli? biasanya berapa orang yang akan jawab? Rasanya satu atau dua orang dari sepuluh yang akan jawab. Yang lainnya berlalu dengan begitu saja atau jawab denga senyuman saja.

    Bila kita tanya melalui e,mail, rasanya akan ada beberapa situasi saperti berikut:-

    1) Mereka membaca soalan kita dan klik tutup email begitu saja.
    2) Nak jawab tapi malas nak taip sebab-sebab yang kita tanya.
    3) Terus delete email kita tanpa di baca pun.
    4) Beri jawapan dengan beri sebab-sebab yang tidak ikhlas dan menyakitkan (mengadakan sebab)
    5) Beri jawapan yang kita kehendaki.

    Disini saya rasa untuk dapat response yang lebih tepat, kita perlu memberi jawapan-jawapan yang hanya perlu dipilih atau dipersetujui mereka.

    Dengan menyenangkan mereka, kita mungkin dapat jawapan yang kita mahukan.

    Wallah-hu-alam. Ni pendapat saya je.

  15. askm n slm sejahtera..

    didlm dunia perniagaan hari ini,
    competition adalah begitu sengit dan dlm kebanyakan kes customer akan beli p peniaga yg MESRA pelanggan walaupun mgkn ia tahu brg tsb mahal sedikit kedai lain ttp tetap jadi pilihan oleh krn ‘added value’ service yg ditawarkan

  16. lagi satu kalau org tu popular….ramai org akan beli dari org tu…tapi kalau baru nak naik tu…jenuh jugak nak buat promosi sana sini….jadi bagaimana cara kita nak convince mengenai produk kita tu saudara irfan? apa ayat yg digunakan? yg panjang? yg pendek?

  17. Regarding mendapatkan feedback pelanggan, tip2 yang anda berikan semuanya bagus.

    Salah satu cara adalah sediakan survey form dan tanyakan soalan2 kepada mereka yang tidak membeli. Memang ramai tidak akan jawab, tetapi, gunakan kreativiti, seperti memberi diskaun voucher, atau gift voucher, atau free gift untuk perkhidmatan anda. Dengan cara ini, lebih ramai yang akan meninggalkan feedback.

    Soalan “populariti menentukan orang membeli dari kita” akan saya buat dalam bentuk tip tidak lama lagi…

  18. i agree with most of the comments above.

    just to add my 2cents…

    Selling is always about human communication/interaction. We need to sell ourselves first before we can sell our product well. How? Equip ourselves with enough knowledge on how to deal with people (READ:Dale Carnegie) and then knowledge about our products or services.

    The later is always ignored by us. If we can master both then we can excel in any sales and minimises rejection rate.

    tima kasih

  19. ala korang tengok akademi fantasi tak? sama jela camtu kan, lepas nyanyi2 adlin akan bagi kritikan yang pedas… hanya orang lain yang dapat menilai berapa bagusnya kita.. haha kalau kita nilai sendiri nanti jadi syok sendiri loo…

    mungkin kita boleh berlatih menjual dengan kawan2 kita… sebab biasanya kawan2 akan cuba bagi kita tak dapat jawab soalan diorang… try me!!

  20. satu usaha yang bagus.saya sebagai generasi muda menyokong usaha abang khairi dari belakang.teruskan usaha anda…

Leave a Reply

Your email address will not be published.