Bersama Jutawan yang GAGAL! Billi Lim

Hari ini “JUTAWAN! bersama Irfan Khairi” saya akan menemuramah seorang jutawan yang telah gagal berkali-kali- Billi Lim!

Tak sabar ke studio Radio24 hari ini untuk menemuramahnya!

Ramai antara kita sering gagal… hari ini, saya akan cungkilkan RAHSIA KEGAGALAN dari Billi Lim. Bagaimana hendak menukarkan KEGAGALAN menjadi KEJAYAAN.

Jadi, jangan lupa, temujanji kita di Radio24 93.9FM dari 3pm-5pm atau secara streaming di www.radio24.com.my.

Kalau hendak telefon ketika temubual tersebut, dial: 03-26927939

Jangan lupa temu janji kita di JUTAWAN! dan juga WW bersama Irfan Khairi di Astro Awani 11.30pagi ini. Saya akan sampaikan tip mengenai INSURANS 😉

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

28 thoughts on “Bersama Jutawan yang GAGAL! Billi Lim

  1. Dah baca buku dari Billi Lim, memang menarik dan banyak memberi semangat bagi orang yang sering GAGAL.

    Baru tahu ada juga orang yang GAGAL walaupun dah jadi jutawan.

  2. wah, hari ni adalah hari yang paling bermakna…mendengar perkongsian dari salah seorang ikon t’sohor…memang luarbiasa insan yang bernama Billi Lim ni!! 😀

    saya pernah membaca buku ‘dare to fail’ beliau,dari situ mula mendapat konsep… “KEGAGALAN hanyalah satu peluang untuk kita mencuba lagi untuk BERJAYA!!”

    sebenarnya Billi Lim ni adalah antara pakar motivator yang sangat berjaya,seangkatan dengan GAN AH SENG!

  3. Seronok sembang dengan Billi tadi.. Memang banyak idea betul..Memang seorang dari zero to hero..

    Boleh dikatakan beliau seorang opportunis.. daripada cara beliau bercakap,dia seorang yang akan all out kalo buat sesuatu..

    Boleh dikatakan seorang marketeers yang hebat..

  4. Assalamualaikum Irfan…

    Sori sy xdpt dgr lg disebabkan kerja.

    Astro Awani pun xdpt gak. Blhkah sy dpt kan recording utk astro awani gak? Rancangan yang sungguh menarik tapi sy selalu xdpt mengikutinya kerana bekerja…

    Sy harap Irfan dpt menolong sy & kami semua yg terlepas mengikuti siarannya.

    Tq Irfan…

  5. Salam kasih sayang,

    Itulah “KEAJAIBAN PELAZIMAN”, samaada kita suka atau tidak sekiranya kita ulang berterusan pasti akan menghasilkan sesuatu. (air yg menitik berterusan mampu melekukkan batu yg keras).
    Pastikan “PELAZIMAN” seharian kita membawa ke arah kesejahteraan.

    Semoga diberkati. Amin

  6. Saya selalu gagal dalam perniagaan sebab selalu kena tipu.Jadi,saya bangkitkan semula semangat berjuang dalam diri sendiri (power of spirit) dari tidur yang lena atau mimpi yang indah. “Tanpa usaha tiadalah impian, dengan usaha dan ilmu itulah kejayaan” insyaallah, itulah prisip saya, Segala kegagalan bukanlah titik hitam untuk gagal segala-galanya, ia adalah titik terang untuk mula terus berjuang untuk mencapai impian”. Disini juga banyak mengikuti tip2 Khari secara diam2…cukup menarik minat saya walaupun saya tidak pandai dalam dalam IT.

  7. pernah menghadiri caramah Billy Lim..sesiapa sahaja yang berani untuk gagal sememangnya manusia yang hebat..dulu i’m not dare to fail…saya tak suka kegagalan..saya tak pernah berada di kedudukan yang paling bottom. saya sentiasa berada di dalam comfort zone..tapi pada satu hari, pada satu ketika,saya GAGAL. kemudian saya terus berputus asa dan terus lemah. saya tidak ada inisiatif untuk bangkit. saya menangisi kegagalan dan apa yang terlintas di fikiran adalah untuk lari dari situasi ini.ruginya saya..kini saya cuba untuk bangkit semula..saya pandang semula ke belakang, mengira semula waktu yang telah saya siakan kerana menangisi kegagalan. i’m lucky kerana masih belum terlambat untuk bangkit. baru berusia 23 tahun. kegagalan yang pernah saya lalui akan dijadikan kekuatan untuk menempuh perjalanan selepas ini. moga selepas ini, saya akan menjadi seorang yang lebih tabah dan cekal..saya percaya, bila kita lemah, kita perlu seseorang atau sesuatu untuk menyedarkan kita. saya temuinya pada ilmu, pada buku2 motivasi yang sentiasa menjadi teman saya serta keluarga dan sahabat baik yang mengerti..kepada IK, terima kasih kerana sudi berkongsi tips2 yang penting dan ia melekat di minda saya.

  8. Buku pertama yang saya baca selepas mengalami kegagalan perniagaan yang pertama.penuh dgn motivasi.Tq.ia menjadi inspirasi saya hingga kehari ini dlm perjalanan perniagaan memasuki tahun ke 9.Alhamdullilah ada kejayaan yang boleh saya bangakan.

  9. Wow Saya akan read/cari bibography dia BILLY LIM sekarang, maaf saya belom mengenali siapa dia. Thx Irfan. Irfan ceritalah sejarah kegagalan dan peristiwa bangkit irfan ye. Saya pasti ramai yg nak tau juga. Tq

  10. Saya seorang bisnes yang boleh dikatakan berjaya dahulu(supply ubat-ubatan keklinik) boleh dikatakan berjaya jgj ler. Tapi akibat tertipu dengan clixocash, swisscash, dan mcm2 lagi saya hilang semua duit. Keje la saya kat 7E selama setahun. Sekarang saya keje dengan Exxonmobil. Alhamdulillah. Jangan sesekali melabur dalam pelaburan internet semuanya tipu. Tapi marilah sama2 kita belajar rahsia perniagaan(PERNIAGAAN) internet dan bukan pelaburan(PELABURAN) tipu dalam internet. Sekian. No tlf saya 012-9652352. Kalau ada nak berbual call saja.

  11. susah sangat hidup masa ni dengan ekonomi yang merudum. kilang asyik shutdown je….
    Rasa nak bangkit dan berjaya seperti org lain tapi tidak tahu nak bermula daripada mana.

  12. Saya seorang peniaga kecil – kecilan dan sambilan. perniagaan saya yang baru berusia setahun tu dah ada orang dengki.Kalau nak ikutkan hati yang lemah ni mau aje ditutup kedai tu.Tapi semangat untuk berniaga tu masih ada dihati ini.Saya ingin maju macam orang lain juga.

  13. Cerita pasal kegagalan sememangnya menyedihkan..saya pernah terbaca kisah kegagalan Billi Lim..dan itu jadi satu penyuntik semangat untuk saya berani menghadapi setiap kegagalan yang datang..

  14. assalamualaikum dr.
    sy ad buat networking..
    cm ner agk nyer sy nk ykin kn prospek sy 100%e dieorg smngat..
    n ghairah untuk ikuti jejak sy..
    skaligus bejaya sama2 dgn sy..
    adakah hnye mmrlukan supporter or upline2 around me.??

  15. dah baca buku Billi Lim bulan 3 yang lalu..amat memotivasikan…

    saya sekarang sedang mencari kegagalan..tak datang – datang lagi kegagalan yang sebenarnya
    untuk lebih memotivasikan diri…

    Manatahu dengan kegagalan yang bakal tiba mampu melonjakkan diri saya ke arah kejayaan yang lebih besar…

  16. saya pernah gagal dlm mlm,banyak wang yg dilaburkan half 100k.tetapi banyak juga saya pelajari dalam mlm ni.banyak merubah diri dari pendiam tanpa bercampur ngn org.skrg sy mempunyai perniagaan sendiri dalam bidang marketing.sangat meluas dalam bidang perniagan marketing ni.

  17. gagal.gagal.gagal.hm.
    bak kata IK, yang penting ada GOAL, dan fokus pada GOAL.

    Ah..saya masih lg seorang yg gagal, namun masih dlm usia awal 20an, kini saya meletakkan goal untuk berjaya sebelum umur 30.

    Mungkin satu hari nanti ditemubual pula oleh IK. Doa-doa kan!

  18. salam… pd sahabat semua …berani gagal memang hebat.kunci kejayaan adalah bermula dgn gagal..dan usha,gagal adalah kuasa untuk ushawan bangun dan balik pada landasan peniagaan.siapa tidak pernah tenpuh gagal seperti tidak lengkap rencah peniagan,sijil tidak menjamin masa depan …sy pernah jumpa bili lim beliu memang hebat.jujur iklas mencerita pada kita semua……terima kasih bili llim

  19. Dah lama saya cari buku Berani Gagal dari Billi Lim tapi x jumpa.. dulu buku nih penah menaikkan semangat saya menjadi berani gagal tetapi kini saya dah lama x baca buku tu n saya kemabali takut gagal. Blh tlg saya dapatkan Buku Berani Gagal?

Leave a Reply

Your email address will not be published.