Sekiranya anda menjalankan perniagaan, dan belum lagi menggunakan video, saya sarankan anda perlu lakukan.
Video adalah trend perniagaan penting terkini dan pastinya dapat membantu perniagaan anda oleh kerana…
1. Mudah untuk jelaskan produk/perkhidmatan
Video memudahkan kita kongsikan mengenai produk atau perkhidmatan kita. Orang ramai dapat melihat visual dan juga dengar audio untuk memudahkan lagi mereka tahu mengenai perniagaan anda.
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa, dengan menggunakan video dalam perniagaan ia dapat meningkatkan kepercayaan penonton terhadap perniagaan anda. Bila pemahaman dan kepercayaan terbina, lebih mudah anda akan mendapat jualan dan keuntungan.
2. Percuma tetapi reach/view tinggi
Untuk menghasilkan video, ianya percuma sahaja. Pastinya anda mempunyai smartphone yang dapat mengambil video. Tak perlu pun mendapatkan profesional untuk mengambil video produk atau perkhidmatan anda.
Kini, media sosial seperti FB dan IG memberi keutamaan untuk video mendapat reach yang lebih tinggi dibandingkan dengan teks (artikel) dan juga gambar. Rugi jika tidak mengambil peluang ini.
Ramai yang mengeluh reach di media sosial adalah rendah. Hasilkan video untuk mendapat reach yang lebih tinggi. Tak percaya, anda perlu cuba!
3. Pelbagai jenis video
Terdapat pelbagai jenis video yang boleh dihasilkan mengikut kesesuaian dan keselesaan anda.
Sekiranya pandai berkomunikasi, boleh hasilkan video live. Tetapi tidak semestinya hasilkan video live, boleh juga hasilkan video yang lebih pendek 20-30 saat seperti di TikTok, Reels dan Shorts.
Anda juga boleh hasilkan video tanpa perlu diri anda bercakap dalam video tersebut – menggunakan gambar dan music seperti sebuah slide show sahaja.
Pilih mengikut kesesuaian dan keselesaan anda.
4. Orang lebih suka menonton video!
Tidak dinafikan, orang ramai lebih suka menonton video betul tak? Mungkin kita juga begitu, lebih suka menonton video dari membaca.
Lebih 80% content di internet dalah dalam bentuk video oleh kerana, video adalah media pilihan ramai. Rugi sangat jika kita tidak menggunakan media pilihan ramai ini untuk meningkatkan jualan perniagaan kita.
Sekiranya anda tidak pernah atau kurang menggunakan video untuk perniagaan anda, inilah masanya untuk anda mencuba. Pastinya anda akan dapat lihat impaknya adalah lebih tinggi dibanding dengan posting biasa.
Sekiranya anda ingin tahu cara bagaimana video dapat 10 kali gandakan perniagaan anda, klik di sini untuk webinar percuma bersama saya.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021