Matlamat pertama anda seharusnya adalah untuk jadi financially free… atau kewangan mandiri, atau bebas kewangan (sama je)
Ada juga antara kita tidak mahu jadi jutawan. Kalau tak nak jadi jutawan pun tak mengapa, itu terpulang pada individu. Namun, sekurang-kurangnya anda perlu menjadi bebas kewangan. Apakah maksud bebas kewangan?
Bebas kewangan adalah apabila pendapatan resedual (passive income) kita melebihi perbelanjaan bulanan kita. Dalam kata lain, walaupun kita tak perlu kerja, kewangan kita sudah mencukupi untuk menampung perbelanjaan bulanan.
Contoh, sekiranya kos sara hidup kita sekeluarga adalah RM4,000, kita perlu memiliki pendapatan residual melebihi RM4,000.
- Mungkin, dalam pelaburan ASB mempunyai RM200,000– ini memberi pulangan pelaburan dalam lingkungan RM1,600 sebulan.
- Mungkin kita ada menyewa 2 buah rumah, dan satu rumah pendapatan kita adalah RM500 dari sewa sebuah rumah. Maka, pendapatan dari sewa rumah adalah RM1,000
- Mungkin kita memiliki perniagaan Internet secara automatik yang memberi pulangan RM1,500 sebulan
Dengan 3 pendapatan residual di atas, jumlah menjadi RM4,100 sebulan. Dengan ini, anda telah menjadi financially free, kewangan mandiri atau bebas kewangan! Anda tidak perlu kerja lagi seumur hidup!
Capaikan bebas kewangan terlebih dahulu. Kemudian, perjalanan untuk menjadi jutawan adalah lebih mudah!
ps: Sekiraya anda ingin memulakan perniagaan Internet untuk mendapatkan pendapatan residual/passive seperti di atas, sertai Workshop Jutawan Internet.Β Jadikan Azam baru andaΒ untuk memiliki perniagaan Internet yang memberi residual income!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Saya sangat bersetuju dengan Irfan bahawa kita tidak perlu menjadi jutawan untuk mencapai ‘financial freedom’.
Apa guna kalau passive income RM1juta sebulan tapi masih tak cukup untuk menampung expenses, loan dsb? (Ada ke org macam tu wujud?) π
thanks for reminding us about this.
Hi semua. π
it’s the only way to live! financial freedom is the MOST CRITICAL to everybody!
malah, 3 tip yang diberi oleh Sifu Irfan itu terbukti amat berkesan! ia adalah pendapatan yang dapat kita lakukan secara sambilan (perlu membina tapak dan pertahanan yang kukuh terlebih dahulu). malah, ia juga adalah pendapatan AFTERBURNER! dua dalam satu. pakej! sampai ketikanya, kita hanya mengaut hasil!
oh, indahnya dunia ini! π
P/S: baca ‘Jutawan dari Planet Jupiter’ dan ‘Lahirnya Seorang Jutawan’ nukilan COACH Azizi Ali! anda akan dapat tips yang lebih!
= AzamWahid@yahoo.com =
Financially Free..freedom!
Kalau nak mencapai financial free ni kita memang tak boleh bergantung pada satu sumber pendapatan sahaja. Kena ada few side income dan untuk mencapai RM 200 000 dalam akaun ASB tu pun mengambil masa juga π
Tapi saya ada dilema..saya dapat tawaran kerja baru, tetapi dalam offer letter tu company tu tak izin kan staff terlibat dalam sebarang perniagaan.. macam mana tu?
anda advice?
itu lah target saya selama ini
untuk mnecapai bebas kewangan
Fitra Alfina,
syarat itu perkara biasa. itu untuk jaminan awak tetap kerja disitu. semua orang ada perniagaan sendiri, tak kira part time atau full time, tak boleh nak harapkan satu sumber sahaja kan π
10 tahun akan datang akan ada orang yang sudah jadi jutawan tetapi tidak bebas kewangan…dan setiap orang yang bebas keewangan ADALAH jutawan. kerana nilai wang pada masa itu yang menentukan org yg bebas kewangan WAJIB bergelar jutawan. sebenarnya kita yang hidup generasi baru sangat beruntung berbanding generasi dahulu. arwah tok kami zaman lepas merdeka dulu, nak membeli jentera pesawah terpaksa mencagarkan 50 ekar tanah dan akhirnya menjadi milik bank selepas dia meninggal dunia.
Saya rasa semua orang mahukan bebas kewangan. Namun tak mudah untuk mencapainya.
Thanx Doc bagi tips yang membuka minda supaya lebih berusaha keras lagi..
Wah ini lah yang sedang saya usahakan.Untuk mencapai kebebasan kewangan sebelum usia 23 tahun.
Assalamualaikum Irfan…
Wah! What a great idea. Sy sgt menghargainya. Tq Irfan, Tq.
Ini adalah satu cara yg amat practical untuk menjadi jutawan..:-)
Irfan,
Ya, benar saranan
Untuk berjaya dalam bidang kewangan terutama dalam personal finance ni kita mesti mencipta peluang-peluang pendapatan seperti ini…
“Untuk menjadi Jutawan, kita perlu sediakan pendapatan pasif sebagai langkah pertama…”
– Thinkerich
“Untuk menjadi Jutawan, kita perlu sediakan pendapatan pasif sebagai langkah pertama…”
– Thinkerich
Above are only part of additional source of income/stream of income for us to think and of course they are many more and are achievable (Malaysia Bolih!). With proper planning and lots of deciplines we can be financially free, InsyaAllah. Good luck to everybody.
slmt ptg ,
bebas kewangan memang diidamkan oleh semua orang…
tapi masih ramai yang tidak mampu untuk mendapat kewangan yang bebas…
banyak yang kesempitan kewangan…
tips ni memang bagus digunakan…
saya suka melabur di ASB…
han
Langkah untuk bebas kewangan:
1. Kumpul modal dari gaji atau bisnes kecil-kecilan.
2. Bina perniagaan (part time atau kecil-kecilan tapi fokus). Pastikan bisnes yang ada networking untuk memastikan pendapatan yang residual atau pasif.
3. Laburkan pendapatan dari no. 2 di atas (bukan no. 1) dalam bentuk saham, hartanah dsbnya. Pastikan duit anda bekerja untuk anda.
4. Itu saja.. hanya lakukan apa yang dilakukan oleh mereka yang berjaya..
Wah.. banyak sungguh idea-idea bagaimana menambahkan pendapatan untuk mendapatkan passive income ek..
Baiklah, ini pendapat saya..
Langkah pertama untuk mencapai bebas kewangan pada saya bukan dengan mencari side income lebih kerana bagi saya ini perkara kedua.. π
Langkah pertama pada saya ialah bagaimana cara kita menguruskan kewangan? Kita perlu mengenalpasti aset dan liabiliti terlebih dahulu dan menguruskan liabiliti ini dengan sebaik yang mungkin.
Sekiranya kewangan kita tidak diurus dengan baik, pendapatan sebesar mana sekalipun tidak menjamin seseorang itu bebas dari kewangan.
So, prinsip asas saya yang utama ialah menguruskan liabiliti dengan sebaik mungkin dan seboleh-bolehnya meminimumkan liabiliti yang ada.
Sekiranya tiada cara lain untuk meminimumkan liabiliti, barulah kita membina side income yang lain.. π
saya seorg student ipt,n saya mndpt ptptn..blh tak en.irfan bg tips kpd saya as a student utk jaga financial saya..coz artikel2 yg sy baca sblm ni hnya mlibtkan org yg sdh bkerja..buat masa ni saya x nak terlibat dgn pernagaan krna sya berpndapat mgkn akn ganggu study n xtvt persatuan saya..apa pndpt en.?
Asssalamualaikum…
Congrate atas kejayaan .
Saya tengok ada banyak peniagaan di internet nie.Tapi tak berasa yakin hendak menyertai kerana tak ada perjanjiaan bertulis seperti kelebihan yang diperolehi dan rasa seperti tiada jaminan..hanya pernyataan yang berfungsi sebagai penarik minat palayar internet..Ada sesetengah golongan yang terkena dengan perangkap penipuan perniagaan internet disebabkan tiada hitam dan putih(tiada jaminan)…
Apa pandangan ..?
ini pendapat saya tentang income pasif dan dan aktif:
Pendapatan Aktif: kita dibayar berdasarkan masa anda bekerja.
(Lebih 90% orang kerja makan gaji!)
Pendapatan Pasif: kita kerja sekali tetapi dapat dibayar tanpa
henti! (Kurang 10% gunakan teknik ini!)
Rahsia kekayaan yang sebenar bukanlah terletak kepada berapa banyak
wang yang dimiliki tetapi kebebasan yang mereka miliki.saya amat berminat denga forum ini,banyak idea boleh kongsi….
sesuatu yang sangat benar, jika kita mencapai kebebasan kewangan maka langkah utk kita ke tahap jutawan adalah mudah. Kekayaan yang sebenar adalah berapa banyak keperluan atau kehendak yang kita kehendaki dapat kita penuhi…oleh itu ukuran kekayaan adalah sangat subjektif.
hutang,hutang,hutang.beli kereta kena hutang,beli moto hutang,nak beli tv 400 ringgit pun hutang?.rakyat malaysia nie disogokan dengan pinjaman beriba aje supaya bank bank nie boleh bernafas sedangkan kita tak bernafas.
syukurlah saya jumpai orang seperti irfan nie yang memberi matlamat kebebasan kewangan.
kalu tidak jumpalah saya dgn pakar yang terangkan pinjaman nie cara nak dibuat,mudahkan bayar.
kebebasan kewangan nie kalu disertakan dgn displin insyallah memang baik dan menguntungkan!
perlu disiplin dalam pengurusan kewangan dan mula menyimpan!!