Nak pilih IDEA yang mana satu TERBAIK?

Sebagai seorang usahawan yang suka memulakan perniagaan-perniagaan baru, saya mempunyai satu masalah apabila ingin mulakan perniagaan baru…

Bukan masalah TIADA IDEA perniagaan.

Tetapi masalah, idea yang mana satu perlu saya mulakan dulu! Kadang kala terlalu banyak idea yang ingin dilakukan, tetapi tidak tahu yang mana patut saya mulakan dulu.

Pernahkah anda alami ini? Bukan tiada idea, tapi tak tahu nak lakukan yang mana?

Tak lama lagi akan masuk tahun baru 2022. Ya, ketika pandemik ini, terasa cepat sungguh masa berlalu dan setiap tahun saya akan mulakan beberapa perniagaan baru.
Inilah masanya untuk saya mula siap sedia untuk mulakan perniagaan baru sempena 2022 nanti.

Tetapi, apabila terlalu banyak idea perniagaan, idea yang mana satu yang saya akan pilih?
Berikut adalah 5 perkara yang saya akan pertimbangkan dalam memilih idea perniagaan yang mana…

1. Pesaingan

Salah satu yang saya pertimbangkan adalah, sama ada idea perniagaan itu mempunyai ramai pesaing atau pun tidak. Saya sering mengamalkan kaedah “Blue Ocean Strategy” iaitu memulakan perniagaan jika tiada pesaing, atau sangat kurang pesaing!

2. Modal yang rendah

Saya lebih suka memilih untuk mulakan idea perniagaan yang mempunyai modal yang rendah. Ini kerana saya tahu bahawa modal bukanlah segala-galanya dalam perniagaan, tetapi ilmu dan strategi adalah jauh lebih penting.

3. Kepantasan

Jika diberi beberapa idea perniagaan, saya akan pilih yang mana saya dapat mulakan dengan lebih pantas. Ini kerana “masa” adalah matawang yang penting dalam perniagaan. Perniagaan memerlukan momentum, jika ia mengambil masa yang lama untuk mulakan, mungkin momentum akan hilang.

4. Keterujaan!

Ini juga penting. “Excitement”. Saya akan pilih perniagaan yang paling saya excited untuk mula jika diberi beberapa idea perniagaan. Excitement juga akan memberi momentum dan keseronokan untuk mula dan kembangkan idea tersebut.

5. Bolehkah ianya diautomasikan?

Kini saya menjalankan lebih 15 perniagaan. Kebanyakannya adalah diautomasikan atau dideligasikan. Sebagai seorang serial entreprenuer, automasi adalah elemen yang penting dalam perniagaan. Soalan yang penting adalah, bolehkah perniagaan ini dijalankan mengguna internet sepenuhnya? (atau 80% daripadanya)

Dengan 5 pertimbangan ini, apabila diberi beberapa idea perniagaan, menjadikan ianya lebih mudah untuk saya memilih.

Dan Alhamdulillah, minggu ini saya telah memilih satu idea perniagaan baru berdasarkan 5 pertimbangan di atas dan beberapa bulan lagi, saya akan lancarkan perniagaan baru ini dan tak sabar untuk kongsikan bersama anda InsyaAllah!

Jika anda ingin mulakan perniagaan, tetapi tidak ada idea perniagaan apa yang patut anda mulakan, sertai WEBINAR PERCUMA bersama saya “Nak Jual Apa? – Mula dari ZERO”
Ingin tahu cara yang terbaik mencari idea perniagaan? Ikuti webinar PERCUMA “Nak Jual Apa?” bersama saya hari ini! Klik di di sini: www.NakJualApa.com
The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.