Syukur alhamdulillah, beberapa hari lepas telah bermulanya Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial intake terbaru dan seperti baisa, penyertaan PENUH. Jika anda terlepas, apa kata anda sertai sesi pengambilan terbaru di sini.
Dalam kelas pertama program ini, saya kongsikan bagaimana caranya mencari idea perniagaan yang terbaik, berdasarkan permintaan yang tinggi dan pesaingan yang rendah. Saya berikan tools, teknik dan strategi bagaimana caranya melakukan research untuk mendapatkan idea perniagaan yang TERBAIK.
Saya dapati cara ini adalah cara yang terbaik untuk mencari idea perniagaan yang boleh menjana keuntungan.
Saya juga sentiasa menggunakan kaedah dan strategi yang sama sepanjang 20 tahun menjalankan perniagaan yang pelbagai – multiple streams of income.
Namun, sebenarnya, adakalanya saya TIDAK menggunakan cara dan strategi ini.
Ada kalanya pengalaman dan gerak hati memberi saya idea untuk memulakan sesuatu perniagaan dan tanpa melakukan sebarang “market research”, saya lakukan sahaja.
Dan Alhamdulillah, adakalanya (tidak selalu), cara ini juga berjaya untuk saya.
Ini yang mat salleh gelar sebagai “gut instinct” ataupun kita panggilnya sebagai naluri.
Sebagai contoh, pada tahun lepas saya mendapat idea untuk menjalankan perniagaan import dan eksport Kurma Ajwa dari Madinah ke Malaysia dan Timur Tengah.
Sememangnya jika saya melakukan “market research”, mungkin keputusan adalah saya tidak memulakan perniagaan import eksport ini kerana pesaingan kurma di timur tengah adalah TINGGI dan pengguna kurma juga di Asia Tenggara hanya pada bulan Ramadhan sahaja!
Tetapi naluri saya berat untuk saya mulakan juga perniagaan ini.
Inilah rezeki Allah SWT yang sering kepada kita dalam bentuk idea perniagaan.
Lebih-lebih lagi tahun lepas ketika saya mula menulis buku perniagaan mengenai usahawan hebat Abdul Rahman Auf dan Saidatina Khadijah Khuwailid, saya dapati mereka termasuk Rasulullah SAW juga pernah berniaga kurma.
Kurma Ajwa pula adalah kurma yang pertama yang ditanam oleh Rasulullah SAW dan merupakan kurma kegemaran baginda.
Ketika melakukan research pemimpin Islam kita, ketika itulah naluri mendesak saya untuk mulakan perniagaan import eksport Kurma Ajwa – tanpa melakukan sebarang “market research” pada tahun lepas.
Namun perniagaan import eksport ini terus meningkat maju!
Adakalanya Allah SWT memberi kita idea dalam memulakan perniagaan dan idea perniagaan. Ianya datang kepada kita melalui gerak hati dan naluri.
Adakalanya juga kita tidak yakin dengan idea dan gerak hati yang diberikan oleh Allah SWT. Namun, kita tidak melakukan apa-apa.
Dan Dialah perancang yang terbaik dalam segala-galanya wallahualam.
Irfan Khairi
PS: Ingin menjadi pengedar Kurma Ajwa dari Madinah? Klik di sini.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021