Warkah dari Mekah – Disember 2019

Mekah | 29 Disember 2019

Jam 2 pagi di Mekah dan saya tak dapat tidur oleh kerana rasa bersalah.

Pemandangan Masjidil Haram ? dari tingkap hotel sungguh indah.

Teringatkan kisah sahabat Rasulullah SAW yang dijanjikan syurga, usahawan termasyur Abdul Rahman bin Auf. Terus saya menulis dan menulis (menaip)…

“8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat”…

 

Bersalah rasanya oleh kerana sering memberi contoh kepada anda strategi usahawan seperti Jack Ma, Jeff Bezos, Colonel Saunders, dan lain-lain ketika kendalikan fb LIVE.

Sedangkan contoh kisah kejayaan dan strategi usahawan terhebat, Abdul Rahman bin Auf jarang sangat pula saya kongsikan.

Maafkan saya ?

So far dah 7 muka surat saya menaip tip, petua dan strategi perniagaan Abdul Rahman bin Auf yang ramai tidak tahu. Apabila siap ini, saya akan berikan kepada anda secara percuma. InsyaAllah, pemberian saya dari Mekah.

Mekah | 31 Disember 2019

Hari ini adalah hari terakhir saya di Mekah buat kali ini. Pelbagai perasaan tak dapat nak saya gambarkan, sedih ada, sebak ada, sayu pun ada. Tapi, gembira ada, positif ada, dan semangat yang sangat2 tinggi untuk menghadapi hari-hari yang akan datang pun ada juga!

Seperti mana ramai yang pernah ke tanah suci, akan sentiasa rasa waktu umpama sangat pantas di sini. Rasa macam tak cukup sahaja dan ingin berada di sini lebih lama kan? Siapa pernah rasa keadaan ini?

Dalam waktu yang sama, bagi saya umpama matlamat, cita-cita, visi baru tercipta dan tak sabar untuk mengambil tindakan!

Salah satunya, yang sangat saya tak sabar untuk hasilkan (harapnya anda pun tak sabar juga untuk melihat hasilnya), adalah sebuah buku strategi perniagaan Abdul Rahman bin Auf. Iaitu sahabat rapat Rasulullah SAW yang juga merupakan usahawan terhebat ketika itu.

Ilham ini saya dapat ketika berdoa di hadapan Kaabah meminta Allah SWT apakah caranya untuk saya sampaikan lebih banyak ilmu perniagaan yang lebih hebat kepada usahawan dan bakal usahawan di Malaysia. Dan inilah antara jawapannya.

 

Dan yang lagi bestnya adalah, saya berniat untuk berikan buku ini secara percuma 100% kepada sesiapa sahaja yang ingin belajar tentang perniagaan. Maklumlah, bukan strategi saya. Saya sebagai penyampai sahaja dan ianya adalah strategi ikon usahawan yang patut kita semua contohi, Abdul Rahman bin Auf.

Tahu kah anda, kekayaanya adalah sangat-sangat tinggi sehingga dinilaikan hari ini sebanyak USD527 billion. Jumlah ini adalah 5 kali ganda lebih tinggi dari orang terkaya di dunia hari ini, iaitu Jeff Bezos (USD112 billion)! Namun kekayaan itu digunakan untuk berdakwah.

Saya yakin strategi perniagaannya akan dapat memberi manfaat kepada followers-followers saya di sini. Tak kira jika anda ingin mulakan perniagaan, atau sedang menjalankan perniagaan. Walaupun bermula perniagaan kecil-kecilan.

Infact, begitu juga Abdul Rahman bin Auf memulakan perniagaan kecil dahulu dari scratch, bermula dari zero ketika berumur 30-an bermodalkan kurang dari 5 dinar sahaja, dan kembangkan perniagaannya ke tahap yang sangat-sangat tinggi, sehingga dikatakan rombongan perniagaannya membawa barangan dagangnya sebanyak 700 ekor unta sehingga bergegar Madinah!

Pastinya anda pun tak sabar nak tahu bukan? Saya pun tak sabar ingin siapkannya. Berjam-jam di Mekah menulis dah alhamdulillah so far dapat siapkan 20 muka surat dah ni. Berikan saya masa lagi ya dan saya akan siapkan secepat mungkin.

Bukan itu sahaja, apa yang saya sudah siap, walaupun “Work-In-Progress”, saya akan share juga dengan anda. Nak tak? Sebab saya rasa untuk menghasilkan buku strategi usahawan terulung, pastinya akan memerlukan masa lagi. Tetapi saya ingin kongsikan juga dengan anda apa yang telah disiapkan ok?

Jika anda ingin kan buku ini bermula dengan format ebook dan kemudian-kemudian baru buku printed, 100% secara percuma, minta anda booking kan naskah anda. InsyaAllah as soon as saya siapkan Versi 1.0, saya akan berikannya kepada anda!

Inilah pemberian saya kepada anda dari tanah suci. Nak belikan souvineer di kedai 2 Riyal (banyak kat sini), berpuluh ribu Riyal juga kena keluarkan  Tapi, nilai ilmu dalam buku “8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat” nilainya InsyaAllah adalah jauh lebih tinggi dari 2 Riyal 

Walaupun ianya percuma, tetapi hanya satu permintaan dari saya. Sebelum anda booking naskah percuma anda, minta anda “SHARE” posting ini di wall anda boleh? Itulah “pengeras”nya untuk kali ini supaya anda juga dapat sebarkan ilmu perniagaan Abdul Rahman bin Auf kepada lebih ramai usahawan dan bakal usahawan di luar sana!

Selamat tinggal Mekah, InsyaAllah ada rezeki akan jejak lagi ke sini.

Sentiasa mendoakan anda.

Dubai | 5 Januari 2020

Alhamdulillah! Selepas 7 hari menulis buku saya terbaru “8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat!” bermula dari Mekah, ke Jeddah dan sampailah di Dubai, kini sudah siap!

Dan sepertimana saya janjikan, buku ini saya tulis adalah untuk berikan kepada anda secara PERCUMA sahaja. Sama ada versi ebook atau versi bercetak. InsyaAllah saya akan keluarkan modalnya.

Bukan untuk dijual oleh kerana strategi yang dikongsikan bukanlah strategi saya, tetapi strategi sahabat Rasulullah SAW dan orang yang ke-8 memeluk agama Islam, dan sahabat yang dijanjikan syurga, Abdul Rahman bin Auf. Usahawan yang terhebat dan terkaya hingga zaman ini.

Saya hanyalah sekadar penyampainya sahaja.

InsyaAllah, versi ebook akan diberikan kepada anda HARI INI melalui email. Jika anda belum daftar lagi untuk mendapatkannya secara percuma, pastikan anda daftar di www.abdulrahmanauf.com. Dan sebelum daftar MESTI SHARE DULU posting ini. Kalau tak daftar tak dapat.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.