Tidak mendapat sokongan orang keliling (tak penting!)

20 tahun lalu, ada antara kenalan rapat dan juga ahli keluarga saya kata, saya tidak akan berjaya dalam perniagaan online. Oleh kerana perniagaan online tidak popular (pada ketika itu).

Lebih 10 tahun lalu, apabila ingin mengajar orang Malaysia tentang perniagaan internet, kenalan rapat juga katakan saya tidak akan berjaya oleh kerana orang Malysia ketika itu anggap internet ini banyak SCAM (memang betul pun masa tu).

5 tahun lalu pula, kenalan rapat kata, susah untuk saya mulakan perniagaan di luar negara oleh kerana di luar negara tiada siapa kenal saya dan pesaingan adalah sangat tinggi dan lebih sengit lagi (tak salah).

Kalau saya dengar setiap kata-kata itu, perniagaan saya tidak akan ke mana pun. Hari ini, saya bersyukur kerana tidak mendengar kata-kata mereka.

Cuba fikirkan. Pernah tak kita ingin lakukan sesuatu, kemudian ada pula “suara-suara” yang mengatakan sebaliknya, dan kita pula tak jadi hendak melakukannya. Padahal, jauh dalam hati kita rasa bahawa kita betul. Tapi, oleh kerana suara-suara ini agak meyakinkan, kita rasa “ada betulnya mereka” dan kita pula tak jadi melakukan.

Mesti pernah bukan?

Dan itulah yang saya juga lalui sejak 20 tahun lalu. Bukan sekali dua sahaja. Banyak kali sampai tak terkira! Dan ada kalanya kata-kata negatif itu datang dari ahli keluarga. Dan bagi anda yang pernah mengalaminya, pastinya tahu lagi pedas apabila ianya datang dari mereka yang rapat bukan?

Teringat saya satu quote ini yang berbunyi…

“Don’t let small minds convince you that your dreams are TOO BIG!”

Kata-kata negatif mereka sering kali datang dari mereka tidak faham impian anda. Mungkin impian mereka kecil. Sebab itu tidak dapat memahami impian anda yang lebih besar.

Cuba anda tanya dan berbual bersama mereka yang berjaya atau telah mencapai kejayaan. Dengan serta merta mereka akan setuju dan beri sokongan oleh kerana fikiran mereka telah capai tahap bahawa ianya tidak lagi mustahil. Tetapi jika berbual dengan mereka yang belum mencapai kejayaan dalam bidang yang anda inginkan, pastinya mereka tidak dapat melihat dan memahami.

Sering juga saya di tanya.

“IK, macam mana nak buat kalau tak dapat sokongan orang keliling kita?”

Jawapan saya mudah sahaja. Anda tidak perlu sokongan mereka. It’s your life. Mereka boleh beri pendapat mereka dan “talk is cheap”. Tetapi, anda yang perlu membuat keputusan untuk hidup anda sendiri, dan hidup serta impian anda adalah jauh lebih mahal dari pendapat seseorang.

Dan tentunya, mereka yang berkata negatif pada awal akan sentiasa berkata negatif selama-lamanya oleh kerana ingin buktikan kata-kata negatif mereka adalah betul. Merekalah yang pertama sekali yang akan tunggu saat kegagalan anda dan berkata “haaaa… kan aku dah kata dah dulu…”

Jauhkan dari orang-orang sebegini. Perabih boreh je…

Ketika saya sering travel hari ini, sering saya fikirkan kenangan susah senang saya sepanjang bergelar usahawan. Maklumlah, bila melihat luar tingkap kapal terbang, langit biru dan awan putih sejauh mata memandang, sering memberi peringatan rezeki adalah sangat luas di bumi Allah SWT.

Sesetengah orang boleh melihat rezeki tersebut. Tetapi ada juga yang tidak dapat melihat rezeki itu. Doa saya esok untuk anda ketika 40,000 kaki diudara adalah, anda adalah antara insan yang terpilih yang dapat melihat rezeki Allah SWT yang sangat luas!

IK
Dubai

PS: Esok, saya akan ke udara dari KL ke Dubai untuk kendalikan Program saya yang akan bermula beberapa hari sahaja lagi! Kini hanya 1 tempat sahaja lagi untuk pendaftaran awal. Pastikan anda melakukan booking segera untuk mendapat pelbagai pemberian percuma termasuk saya belanja anda makan malam nanti! Booking tempat anda hari ini di www.OpenEducation.com.my supaya tidak terlepas. Atau hubungi En Amirul (03-77292277) / kami (010-2388754)

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.