Baru-baru ini,saya bertemu dengan seorang seniwati lagenda, pastinya anda kenal, Ogy Ahmad Daud, atau lebih mesra dikenali kini sebagai Kak Ogy.
Siapa tak kenal “Azuraaaa!”
Punyalah banyak filem lakonannya, itu yang saya ingatĀ šĀ Bukan baru mengenali beliau, tetapi sudah mengenalinya lebih 7 tahun juga.
7 tahun lalu, saya membantu Kak Ogy memulakan perniagaan internetnya yang pertama, iaitu menjual sejadah jenamanya sendiri. Namun, sedih juga mendengar update dari Kak Ogy bahawa pencipta sejadah tersebut telah pulang ke rahmatullah dan perniagaan pun terhenti.
InshaAllah banyak pahala pencipta sejadah dan Kak Ogy menjalankan perniagaan mejual sejadah untuk beberapa tahun. Hingga hari ini, isteri saya masih menggunakan sejadah tersebut!
Inilah bestnya menjalankan perniagaan sebegini. InshaAllah, keuntungan perniagaan dapat, keuntungan di akhirat juga dapat. Perniagaan yang perfect!
Tapi apa yang menariknya bagi saya berjumpa dengan Kak Ogy Ahmad Daud kali ini adalah bukan sahaja beliau inginkan nasihat untuk perniagaan barunya, tetapi kegigihan beliau ingin berkecimpung dalam perniagaan online sejak dulu lagi!
Kak Ogy kini berumur 56 tahun. Bukan saya tanya, tak baik tanya umur orang, tetapi saya Google di Wikipedia. Zaman sekarang ni, semuanya boleh di-Google-kanĀ š
Dan pada umur 56 tahun, masih terbuka minda untuk berkecimpung dalam perniagaan online. Ketika bertemu minggu lepas sebelum saya pulang ke Dubai, beliau kongsikan niatnya dan pentingnya untuk “adapt” atau menyesuaikan diri dengan zaman kini.
Zaman kini adalah zaman internet, instagram (follow saya di instagram jika belum! irfan_khairi), Facebook, YouTube dan sebagainya. Tidak kira umur, ianya amat penting untuk sesuaikan diri dengan zaman dan buangkan alasan jauh-jauh. Sebab itu, Kak Ogy ingin mencari ilmu.
Mungkin ada yang kata “Kak Ogy boleh la, dia celebrity!”
Tapi that’s not my point.
Celebrity atau bukan celebrity, kita perlu sesuaikan diri dengan zaman untuk berjaya. Ramai celebrity, lebih-lebih lagi seniman dan seniwati zaman Kak Ogy yang tidak berubah untuk sesuaikan diri dengan zaman. Dan pada umur 40-an atau 50-an, ramai yang akan memberi alasan “perniagaan internet hanya untuk muda-mudi sahaja” dan konsep ini adalah 100% salah.
Apatah lagi bagi kita yang berumur 30-an atau 40-an yang fikirkan sudah “terlewat” untuk mulakan perniagaan atau mulakan sesuatu yang baru.
It’s never too late. Saya memulakan perniagaan baru di Dubai pada umur 40-an. Di negara yang baru yang kita tidak kenal dan orang tidak kenal kita.
Kak Ogy akan mulakan perniagaan baru di internet ketika 50-an. Umur bukanlah penghalang.
Melihat kegigihan Kak Ogy dalam mencari ilmu perniagaan memberi inspirasi kepada saya juga. Umur bukanlah penghalang untuk memulakan sesuatu yang baru dan mempelajari sesuatu yang baru. InshaAllah satu hari nanti jika umur saya panjang, saya juga akan sentiasa melakukan perkara-perkara baru dalam perniagaan.
Harapan saya, ia juga memberi inspirasi dan motivasi kepada anda juga yang membaca ini, tidak kira umur, 30-an, 40-an atau 50-an, umur sepatutnya tidak menjadi penghalang untuk memulakan sesuatu yang baru.
Soalannya adalah, mahu tak mahu sahaja. Tapi lebih penting lagi, sama ada anda ingin mencari ilmu atau tidak mahu mencari ilmu seperti Kak Ogy lakukan!
Kita perlu menyesuaikan diri dengan zaman. Saya, dan Kak Ogy dan ramai lagi bukan dilahrikan di zaman internet. Tetapi kami perlu belajar perniagaan internet untuk menyesuaikan diri dengan zaman. Jika tidak, kita yang akan kerugian dan ketinggalan.
Ianya tidak terlewat oleh kerana zaman akan sentiasa berubah, dan bergantung pada kita untuk mempelajarinya strategi perniagaan yang juga akan berubah.
Jika dulu ketika saya mula berniaga di internet adalah zaman Netscape, Lycos dan Altavista. Kemudian zaman MySpace, Friendster dan FourSquared. Kini zaman Google, YouTube, Facebook dan Instagram pula.
Zaman berubah, platform pun berubah. Strategi pun turut berubah juga. Tiada siapa yang “awal” dan tiada siapa yang “terlewat” jika mengambil langkah mencari ilmu terkini.
Jika matlamat tahun baru Hijrah anda adalah untuk memulakan perniagaan online, dan menjana pendapatan tambahan, apa kata sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, pengambilan terbaru yang akan bermula pada pada hari Ahad, 29 September ini.
InshaAllah, jika kita buangkan alasan, pasti ada jalan. Maklumat lanjut dan booking diĀ http://www.OpenEducation.com.myĀ atau hubungi 03-77292277.
Ada rezeki kita jumpa di sana!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021