Re-branding Irfan Khairi sempena…

Esok ada satu pengumuman yang agak menarik! Salah satu matlamat *BESAR* saya tercapai lagi untuk tahun ini. Yea!! 🙂 Nampak gayanya, bertambah la ucapan tahniah 😉

smiley.gif

Kali ini, tidak 100% seperti yang saya bayangkan, tetapi, ia amat memadai! Cuma, untuk menjayakan matlamat saya ini, saya memerlukan sedikit “re-branding”.

Tip hari ini…

Dalam perniagaan, “re-branding” bermaksud menukarkan cara pendekatan sesuatu perniagaan melalui jenama. Contoh re-branding baru-baru ini mungkin anda perasan adalah re-branding Bank Islam.

rebranding.gif

Ada banyak tujuan re-branding, tetapi, secara rata, ia adalah untuk memberi tanggapan baru, imej baru untuk keadaan semasa yang berubah.

Esok saya akan umumkan matlamat BESAR saya yang tercapai dan juga sedikit re-branding untuk diri saya sendiri sempena matlamat tersebut.

To make it interesting, saya nak beri hadiah kepada siapa boleh teka MATLAMAT BESAR saya yang tercapai ini.  Apa pula pencapaian saya kali ini? Sedikit preview:

jutawan.gif

Clue: Gabungan 2 pencapaian saya sejak 2 bulan lepas! banyak kali juga saya pernah hint berkenaan ini 😉

ps: Jawapan pertama yang tepat sahaja dapat hadiah! hadiah memang menarik… tidak pernah diberikan lagi!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

40 thoughts on “Re-branding Irfan Khairi sempena…

  1. Salam kasih sayang,

    Sekadar mencuba ‘menyahut tawaran’…
    1- Bidang pengacaraan TV
    2- Cayalah.com
    cuba je…..
    apa pun tahniah buat …
    Semoga diberkati. Amin…

  2. matlamat yang maksudkan rasanya nak melebarkan workshop jutawan internet tu ke seluruh dunia. betul tak.

    ni saya petik dari post yang lepas:
    “Menjadi usahawan adalah matlamat yang agak mudah. Tetapkan matlamat anda untuk menjadi usahawan jutawan.

    Tuliskan matlamat tersebut atas kertas supaya ia memasuki minda-separu sedar anda dan minda anda akan berusaha mencari peluang-peluang menjadai usahawan jutawan!”

    “Berita terkini: Atas permintaan yang tidak di sangka-sangka, kini Workshop Jutawan Internet dijalankan di Singapura!”

  3. redha> pengacaraan TV dah tercapai… cayalah.com pun dah tercapai

    p2> usahawan jutawan? eh, ni lagi dah lama tercapai 🙂

    zulkefle> dermawan- dimestikan untuk semua.

    kodin> ni semestinya… melahirkan lagi ramai jutawan dengan membina minda jutawan.

    eracyber> bukan matlamat ini, tapi, hanya sekadar update pembaca tip satu minit, Workshop Jutawan Internet akan melebarkan sayap ke Brunei pada bulan Disember nanti!

    So far, belum ada pemenang… 😉

  4. ala.. salah plak.. xpe. nk try lg nih. hehe..

    recap balik 2 bulan lepas :
    – pengacara tv (astro)
    – pengacara jemputan radio
    – cd audio motivasi kewangan
    – cayalah.com

    hhhmmm.. ntahla.. mungkin Akademi Jutawan yg dulu penah citekan. atau pun Irfan Khairi Academy of E-commerce ( ni post tahun lepas) 😀

  5. Last try!!!

    Jawapan: Syarikat Penerbitan ‘Publishing’ Sendiri

    Menerbitkan bahan-bahan tentang kewangan, motivasi, perniagaan internet dan bagaimana nak jadi jutawan. 😀

  6. Mungkin

    1. Rancangan 3 – 5 minit di TV
    2. Terbit sendiri rancangan Usahawan Internet di TV

  7. hmmm… yang tepat belum ada. yang dekat ada a few (daripada awal comments sehingga kini).

    ingat tau, style saya, adalah hendak jawapan yang tepat. menangis tak berlagu lah siapa bagi jawapan dekat tapi tak tepat… sikit je lagi 😉

    gabungan 2 pencapaian saya sejak 2 bulan sudah. so, perlu lah gabungkan… takleh main senaraikan 2 je 😉

  8. Susah jugak nak teka ni. Kalau soalan-soalan kat Tv tu senang sikit.

    Saya teka Pencapaian bagi Yayasan Ilham Budi & Nizal Talk.

    Wa best la Abg Nizal jadi pengacara di channel 588 untuk Angkasa1

  9. Saya nak teka lagi

    1. Workshop Jutawan Perniagaan Internet Serantau atau Asia
    2. Program Gerak Minda Jutawan – mungkin juga program bersama Yayasan Ilham Budi untuk melahirkan lebih ramai Jutawan muda dan mencungkil bakat baru.

  10. Assalammualaikum..
    wah.. hari ni topik menarik.. teka-teki..
    nak teka gak.. JUTAWAN TEKA-TEKI.. betul?? salah?? TEKA-TEKI JUTAWAN… err… dah tahu.. MOTIVASI JUTAWAN! eh.. INNOVASI JUTAWAN! haahhhh.. INSPIRASI JUTAWAN!.. I bak sini hadiah tu.. hehehehe.. 🙂

  11. Err.. nak tambah lagi jawapan
    GAGASAN JUTAWAN!
    ILHAM JUTAWAN!
    YAYASAN JUTAWAN!
    MULTIMEDIA JUTAWAN!
    PERNIAGAAN JUTAWAN!

    Okay.. dah penat dah.. nak gi tido lak..

Leave a Reply

Your email address will not be published.