Bila kelemahan menjadi kekuatan

Anda pernah dengar tak nama penyanyi Mika? Yang menyanyikan lagu popular “Grace Kelly”? Mika juga menyanyikan lagu tema bagi channel Star World di astro. Mika ni, agak unik cara nyanyiannya oleh kerana sering menyanyikan melodi tanpa lirik dengan suaranya. (kalau tak kenal pun takpe… )

Beberapa hari lepas, saya mengikuti satu temubual yang agak menarik. Peminat channel E lah katakan! 🙂  Mika mengatakan bahawa…

I don’t know how to play many music instruments. So, I have to compensate my weakness with my voice.

Kenyataan itu menunjukkan bahawa penyanyi tersebut mengakui kelemahannya dan mengubahkan kelemahan tersebut sebagai satu kekuatan.

Adakah anda mempunyai kelemahan? Akui kelemahan tersebut tetapi, ubahkannya menjadi kekuatan. Contoh…

Contoh:

  • Sekiranya anda adalah perniagaan baru & muda, ia merupakan kelemahan oleh kerana orang ramai akan melihat anda tidak berpengalaman. Oleh itu, anda perlu ubahkan kelemahan tersebut dengan mengetengahkan bahawa, perniagaan yang baru dan muda adalah lebih dinamik dan lebih terkini! (kekuatan)
  • Begitu juga sekiranya perniagaan anda sudah lama, orang mungkin menganggap anda sudah lapuk (kelemahan). Oleh itu, anda perlu ketengahkan anda adalah perniagaan yang berpengalaman bertahun-tahun lamanya! (kekuatan)

Jangan jadikan kelemahan anda atau perniagaan anda sebagai alasan. Ubahkannya menjadi kekuatan dengan hanya mengubahkan perkataan dan cara anda mengetengahkan kelemahan & kekuatan anda sahaja 🙂 

ps: Rakaman Radio 24 saya belum sedia lagi… as soon as possible, bila siap, saya akan masukkan di sini ok… 🙂

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

16 thoughts on “Bila kelemahan menjadi kekuatan

  1. cari ‘kelemahan’ jadikan kekuatan..sy akan praktikkan tips yg doc bg nie..10q doc..satu advice yg baik untuk sy..(‘v’)

  2. Thanks Irfan. Byk info dan nasihat yg amat berguna yang membantu saya keluar dari comfort zone saya kini. Untuk pengetahuan saya br sj mengikuti perkembangan Irfan.(xsampai sebulan..menyedarinya setelah saya membaca artikel dari majalah maskulin. Selepas ini nk attend workshop plak..Dr xder plan nak bt workshop area pantai timur ke? Kuantan ke, KT ke. Saya rs ramai lagi di luar sana yang nak sertai workshop juta-juta ni…

  3. Gallup bilang:

    â€Focus on your Strength and manage around your Weakness”

    Allah memberikan Potensi dan Keterbatasan kepada setiap makhluknya sedang Kekuatan dan kelemahan adalah merupakan pilihan dan upaya manusia atas potensi dan keterbatasannya masing masing.

    Sekian Sharifah Azran Alam

  4. Bila kita lihat diri kita, selalunya kita akan melihat dari aspek negatif dahulu, kemudian barulah aspek positif.

    Bagus jugak MIKA ni, ada idealisme yang jitu.. Dia dapat mempergunakan kelemahan dirinya sebagai satu kebangkitan yang bagus ke arah masa depan yang terunggul..

    Kita , orang ramai ni, harap2 boleh mendengar, mempelajari dan seterusnya melaksanakan semua aspek positif untuk kita sendiri jugak..

    _____________________________—————–___________
    Dari Semua Untuk Semua Kepada Semua,
    http://www.adrianiamri.blogspot.com

  5. Kelemahan wujud untuk mengimbangi kekuatan.Tiada sesiapa yang sempurna di dunia ini.Oleh kerana tiada sesiapa yang sempurna di dunia ini.Maka janganlah rendah diri bila di hina.Jadikan kelemahan sebagai motivasi untuk mencari kekuatan.

  6. Saya setuju benar, kerana apa yang Allah kurniakan adalah sempurna. Cuma bagaimanakah kita untuk saling melengkapi antaranya. Gunakannya untuk meningkatkan diri dan jangan lupa juga untuk membantu yang lain seperti apa yang dibuat oleh
    Terima kasih…

    dinn… http://www.otelo.smart2u.com

  7. Salam kasih sayang,
    Berfikir secara positif, walau apa pun kelemahan boleh menjadi kekuatan, ada yang menjadi cemerlang dgn menggabungkan dua kelemahan menjadi satu produk ‘hebat’ dan ‘meletup’…
    Semoga diberkati. Amin…
    rumpunharmoni

  8. kelemahan jadikan kekuatan?
    sukar juga nampaknya…
    tapi masih boleh dibuat oleh Mika…

    kena cari kelemahan saya dan gantikan dgn kekuatan ni…
    thanks ..

    han

  9. Thanks

    Another good tips

    Kadang2 kita ingin berjaya tapi meniru bulat -bulat mereka yang telah berjaya tanpa mengira kekuatan dan kelemahan kita.

    Allah maha adil, setiap diri kita mempunyai kelebihan dan kekurangan masing2, so tidak perlu sombong atau rendah diri.

    Sama2 kita mencari kekuatan diri kita masing2

  10. Assalamualaikum Irfan..

    Tq di atas tip hari ni. Kelemahan jadikan kekuatan, bila orang point kpd kelemahan sy atau produk sy, sy akan cari idea utk jadikan ia sebgai kekuatan pula. Kena fikir lebih sikit nih.

    Irfan, selamat bersahur dan berpuasa besok…:-)

    Good Luck to u…

  11. Di sebalik setiap kelemahan dan kesusahan yang telah Allah ciptakan, pastinya tersimpan sebuah HIKMAH yang menakjubkan.

    Carilah hikmah itu, nescaya kita akan menjadi orang yang lebih bersyukur.

    ~Selamat memburu Lailatul Qadar~

  12. Assalamualaikum

    Pembaca Blog Irfan,

    Manusia adalah sebaik-baik kejadian tetapi ada banyak kelemahan.Will never be perfect tapi Allah cuma nak tengok usaha kita dan bukan hasil.Sentiasalah berusaha untuk mendapat perhatian Allah yang bukan utuk dilihat manusia.
    Wassalamualaikum.Saya barubalik dari wad Psikiatri (wad Gila) Hospital Tengku Ampuan Rahimah Kelang.Tak ada kerja tapi saya nak jumpa Pegawai Bomba untuk Stesyen Minyak kecil
    esok (hari ini) dan doakan Bomba akan luluskan tapak cadangan saya.Doakan yea. Terima kasih

    Wassalamualaikum

Leave a Reply

Your email address will not be published.