1. Semua nak extra income
Dengan kos hidup yang semakin meningkat, pastinya ramai yang inginkan pendapatan tambahan bukan sahaja untuk menampung kos hidup, tetapi juga untuk mendapat pendapatan lebih untuk menikmati gaya hidup yang lebih baik.
Dengan pendapatan tambahan, boleh juga bermewah sedikit, bawa keluarga holiday ke luar negara, dapatkan kesihatan dan pendidikan yang lebih baik, dan sebagainya.
Tidak semestinya bermewah sangat, tetapi, bayangkan sekiranya pendapatan tambahan yang kita dapat adalah RM2,000 atau RM3,000 sebulan? Pastinya ia dapat membantu gaya hidup kita kini bukan? Apatah lagi sekiranya perniagaan berjaya mendapat keuntungan RM5,000… RM10,000 atau lebih!
2. Pilihan terbaik untuk perniagaan sambilan
Tidak seperti membuka kedai fizikal, perniagaan online boleh di automasikan. Ini bererti, perniagaan boleh dijalankan dengan penglibatan anda yang minima. Tidak perlu jurujual, oleh kerana laman web yang akan melakukan jualan. Tidak perlu mempromosi setiap hari oleh kerana ianya boleh dilakukan secara automatik melalui Facebook Ads atau Google Adwords. Tidak perlu berhubung dengan prospek setiap orang bersemuka, oleh kerana perhubungan boleh dilakukan dengan ramai orang melalui media sosial dan menjimatkan masa anda.
Perniagaan online adalah pilihan terbaik menjalankan perniagaan Internet. Dengan hanya smartphone anda, ia boleh dikendalikan pada bila-bila masa sahaja.
3. Bukan sahaja memberi wang, tetapi memberi anda masa!
Tidak semestinya anda mengejar kewangan atau inginkan pendapatan yang lumayan. Ada juga yang mempunyai matlamat untuk mendapat lebih banyak masa. Masa untuk diri sendiri, masa untuk keluarga, atau apa sahaja yang dapat membebaskan masa kita yang kini mungkin agak terhad.
Apabila perniagaan Internet boleh dikendalikan secara automatik, maka, lebih banyak masa dapat diluangkan untuk anda lakukan apa yang anda mahu. Mungkin jadual kita kini adalah agak padat, dan masa adalah lebih penting untuk anda bukan sahaja wang.
Perniagaan Internet apabila dapat dilakukan dengan betul akan membebaskan masa anda sambil menjana pendapatan.
4. Menjalankan perniagaan di mana sahaja
Kini, dengan hubungan Internet adalah agak mudah tidak kira di mana sahaja kita berada membolehkan anda menjalankan perniagaan di mana-mana sahaja di dunia. Istilah “Digital Nomad” kini adalah agak popular yang bermaksud menjalankan perniagaan tidak kira di mana pun yang membolehkan seseorang itu bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
Sejak beberapa tahun yang lepas, saya sering mengembara serata dunia, dari New York, ke Los Angeles, ke Sydney, ke Seoul, ke Tokyo, ke Bangkok, ke Amman, ke Paris, ke Amsterdam, ke New Delhi dan juga ke Dubai dan banyak lagi. Tidak kira di mana pun saya berada di dunia, ia tidak mengganggu perniagaan saya oleh kerana berniaga boleh dilakukan di mana sahaja- di dalam negara atau keluar negara.
5. Pasaran yang SANGAT besar
Pengguna Internet yang semakin ramai di Malaysia dan serata dunia menjadikan perniagaan online sebagai perniagaan yang paling ideal untuk dijalankan. Di mana lagi kita boleh menjalankan perniagaan yang dapat mencapai keseluruhan pasaran Malaysia dan juga antarabangsa?
Lihat sahaja statistik penggunaan Internet kini. Di Malaysia sahaja, lebih 25,000,000 (25 juta) pengguna internet di Malasyia. Manakala kini, lebih dari 4,000,000,000 (4 bilion) pengguna Internet sedunia.
Mana lagi platform perniagaan yang mempunyai capaian yang sebegini besar?
6. Kos memulakan dan menjalankan yang rendah
Tidak lagi memerlukan modal yang besar membayar sewa kedai yang berkos beribu ringgit setiap bulan, serta kos pengubahsuaian kedai yang mungkin memakan berpuluh ribu ringgit, atau membayar bebrapa pekerja, tidak termasuk bil elektrik, aircond, air, dan sebagainya.
Memulakan perniagaan Internet adalah berkos rendah. Dengan peningkatan teknologi, kos menjalankan perniagaan Internet adalah jauh semakin murah kini berbandingkan 5-10 tahun yang lalu. Kos yang rendah ini membolehkan sesiapa sahaja memulakan perniagaan online oleh kerana pastinya semuanya mampu kini!
7. Kini anda sudah memang menggunakan media sosial!
Pastinya kini anda sudah sedia ada menggunakan media sosial, seperti mendapatan maklumat di Facebook, mempunyai akaun Instagram, menonton video di YouTube, mendapatkan maklumat melalui blog dan laman web dan sebagainya.
Oleh kerana kita kini sedia ada menggunakan media sosial dan tahu cara ianya berfungsi, ianya tidak begitu sukar untuk menggunakannya pula dalam perniagaan. Dengan mempelajari sedikit teknik dan strategi perniagaan online, anda sebagai pengguna boleh menjadi usahawan di Internet.
Mungkin tiba masanya untuk anda mula menjana pendapatan di Internet pula, dan bukan sahaja sebagai pengguna!
8. Menjadi lebih produktif
Pernahkah anda terasa anda mempunyai potensi diri untuk lebih maju dan berjaya? Mungkin anda ketika berada di rumah terasa bahawa masa anda boleh diluangkan pada sesuatu yang lebih produktif? Atau anda mempunyai idea perniagaan yang anda hanya simpan sahaja tanpa melakukan apa-apa?
Menjalankan perniagaan Internet dari rumah dapat memberi anda kepuasan dari segi produktiviti yang meningkat. Sekiranya anda ingin mencuba sesuatu yang baru, dan mencabar minda dan juga diri anda sendiri, perniagaan online boleh menjadi aktiviti baru anda.
Bukan sahaja ia boleh menjadi sesuatu yang anda lakukan pada masa yang terluang untuk menjadi lebih produktif, ia juga merupakan peluang untuk menjana pendapatan tambahan untuk anda dan keluarga!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Saya pn.Rus. Saya student iksb. Umur saya dah over 50, tapi alhamdulillah, still belajar berniaga online. Lihatlah website dan blog saya. Semuanya tercipta hasil hadiri class iksb. Class memang best. Highly recommended to all yang ingin berniaga online. As IK said, jangan tunggu the ‘perfect time’ or ‘perfect product’ to start your business. Many of my friends belum ada product pun, untuk join belajar dalam class IKSB. Syabas pada sifu IK dan semua trainer di IKSB sebab sangat-sangat-sangat membantu saya yang baru nak mengenali business online ni. Banyak yang saya pelajari. The best course berniaga yang saya attended. Saya berniaga untuk anak-anak saya actually. Saya mulakan untuk mereka. Hopefully, bila mereka dah graduate dari Univ, mereka akan teruskan perniagaan yang saya mulakan dan insyaallah, menjadi seperti IK, millionaire dan paling penting, berjasa dan memberi balik kebaikan kepada masyarakat pula. Mohon doa dari IK untuk perniagaan kami. Moga kami berjaya. Aamiin