Baru-baru ini saya mendapat soalan dari peserta Akademi 5 Angka (www.5angka.com) berbunyi…
Apakah caranya untuk meningkatkan harga produk atau perkhidmatan perniagaan yang di jalankan, tanpa mengurangkan pelanggan?
Jawapan saya adalah, meningkatkan harga berkaitan dengan PERSEPSI.
Salah satu cara paling mudah untuk meningkatkan PERSEPSI pelanggan terhadap perniagaan anda adalah dari segi reka cipta dan penjenamaan.
Saya pernah berbual dengan seorang usahawan berjaya yang menjual tali leher. Katanya, tali leher yang dijual sama sahaja. Tetapi, ia dijual dengan 2 cara.
Cara pertama, tali leher dijual tanpa kotak. Hanya disangkut pada penyangkut.
Cara kedua, tali leher dijual dengan kotak yang kelihatan cantik dan bermutu tinggi. Sekali lagi, isi kotak tersebut adalah tali leher yang sama (design berlainan).
Apa yang dilakukan adalah, harga tali leher berkotak yang kelihatan prestij itu, walaupun jenis yang sama, diletakkan pada harga dua kali ganda lebih tinggi berbandingkan dengan tali leher tidak berkotak.
Namun, kos kotak tersebut adalah sangat kecil sahaja.
Itulah yang dimaksudkan dengan PERSEPSI.
Persepsi orang terhadap tali leher berkotak adalah nilainya lebih tinggi berbanding dengan tali leher tidak berkotak.
Dalam konteks yang sama, untuk perniagaan di Internet, sama juga perihalnya. Cara meningkatkan harga dan menarik lebih ramai pembeli, adalah dengan cara rekacipta yang lebih profesional dan menarik lagi.
Di sini, saya ingin membantu anda yang menjalankan perniagaan atau merancang menjalankan perniagaan di Internet untuk menjadikan jenama anda lebih menarik dan mempunyai persepsi nilai yang lebih tinggi.
Perkhidmatan “JENAMAA” adalah bertujuan memberi perniagaan anda kelihatan lebih profesional dan menarik supaya persepsi nilainya adalah lebih tinggi.
Berikut adalah sebut harga untuk perkhidmatan JENAMAA, dan kali ini kami memberi diskaun tawaran istimewa seperti di bawah.
Untuk menempah sila berikan maklumat anda dengan menghubungi 0377292277 (waktu pejabat) atau email tempahan anda kepada : marinin@iksbmail.com
Namun, tawaran ini akan tamat pada hari JUMAAT 13hb Oktober sahaja. Oleh itu, sekiranya anda ingin bantuan kami dan nasihat saya sendiri dalam membina persepsi perniagaan anda, pastikan anda melakukan pesanan sekarang.
Tidak lagi perlu bersaing pada harga yang rendah apabila persepsi nilai perniagaan anda adalah lebih tinggi!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Terima kasih dengan tips tersebut. Tak sangka persepsi memainkan peranan besar.