Parkinson’s Law dalam kewangan

Ada satu keadaan ini dikenali sebagai “Parkinson’s Law”. Maksudnya dalam perihal kewangan adalah…

Lagi banyak pendapatan kita, lagi banyak perbelanjaan kita!

Ini sememangnya berlaku dan menjadi satu tabiat yang asasi bagi manusia. Betul tak? 🙂 Lagi banyak pendapatan anda, lagi banyak perbelanjaan anda…

Cara untuk mencapai kebebasan kewangan adalah untuk dengan sengaja, melawan tabiat tersebut. Dalam kata lain, kita perlu tangani/violate Parkinson’s Law ni…

Selalunya, bila pendapatan kita RM2,000 sebulan, perbelanjaan kita mungkin pada kereta sederhana, rumah sederhana, makan-minum di restoran, holiday pun dalam negara sahaja…

Tapi, apabila pendapatan kita bertambah, rezeki bertambah menjadi RM5,000 sebulan, sedar-sedar kita akan tukar kereta baru yang lebih mewah, rumah lagi besar mungkin banglow, makan minum diluar pun di hotel, holiday pula ke luar negara!

Itu lah dianya Parkinson’s Law.

Semestinya ia terjadi pada semua orang, termasuk saya sendiri! 🙂 Bak kata anda, kalau pendapatan dah banyak, tak puas lah kalau kita tak guna kan!

Nasihat saya, cuma, berpada-pada bila ada kenaikan rezeki. Sememangnya sering kita tekankan, untuk menyimpan sekurang-kurangnya 10% pendapatan anda.

Tetapi, perlu ingat, sekiranya pendapatan meningkat, % simpanan juga perlu meningkat untuk mengelakkan Parkinson’s Law. Mungkin ketika pendapatan RM2,000, anda boleh simpan RM200 (10%). Tetapi, sekiranya pendapatan RM5,000, jangan pula masih di 10%, tetapi, naikkan simpanan kepada 20% (RM1,000).

Dengan cara ini, anda masih lagi dapat menggunakan kewangan anda yang meningkat dan memuaskan hati anda (RM4,000), serta, menyimpan dengan lebih banyak dan melawan Parkinson’s Law (RM1,000)! 🙂

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

21 thoughts on “Parkinson’s Law dalam kewangan

  1. Ya saya sendiri memang terkena tempias apa yang katakan itu. Sejak mengenali dunia internet dan perniagaan dan membaca banyak blog tentang perniagaan dan kewangan maka saya dah start merancang kewangan saya dengan teliti.

  2. tip berguna…
    ingat.. bila gaji/pendapatan bertamabah. % untuk simpanan juga kena bertambah 🙂

    alhamdulillah saya dah buat tip nie….
    tapi time kena bayar road tax, insurance dll mula la pening kepala……

    huhuu….
    ad tip lain ?

  3. Betul tu , bak kata pepatah bila besar periuk maka bertambah besar la keraknya. Bila pendapatan dah bertambah tu maka lagi banyak laa barangan yang hendak dibeli kadang kadang tu macam lepaskan geram je…. godaan.. godaan..

  4. Tips yang menarik…
    Sebagai pengurus kewangan di Singapura,memang ramai orang Melayu kita tidak membuat simpanan wang.

    Sama sama kita “educate” yang lain supaya jangan boros,dan simpan sekurang kurangnnya 10% dari gaji kita.

    Lebih lebih lagi di bulan Ramadan nie… Jangan boros! 🙂

  5. Biasalaa ‘kehendak’ manusia tidak terbatas..makin banyak kehendak kita makin banyaklaa modal dikeluarkan untuk memenuhi kehendak yang ‘macam-macam ada'(‘v’)

  6. doc, satu soalan sy nak tanyakan tp bukan berkaitan dengan tip kewangan..di blog doc nie tiada ‘mini chat box’ untuk pelawat yg sedang online di blog doc..at least boleh berinteraksi secara online dengan pelawat-pelawat doc..10q

  7. slmt tgh hari ,

    tip yang bagus ni .

    sesetengah orang yang pendapatan agak besar, mereka ni ada juga sedikit kedekut untuk membelanjakan pendapatan mereka…hingga 80% mereka simpan….hehe…
    tapi sebenarnya baik utk dia sendiri…

    adakah patut kita kedekut bila pendapatan kita telah meningkat?

    han

  8. Orang kata “periuk besar, kerak pun besar”..

    memang susah juga nak kawal emosi semasa berbelanja.. salah satu tips yang saya tahu dari Fadzilah Kamsah adalah shopping masa anda sedang kenyang.. bila kenyang,kita pun rasa agak ‘malas’ nak beli..

    tips ke dua pula kalau nak shopping kalau boleh jangan ambil trolley atau bakul sebab kalau ambil bakul atau trolley, kita rasa tak puas kalau tak penuhkan.Kalau kita pegang sendiri barang tersebut,kita akan rasa banyak barang yang kita beli.Secara tak langsung perbelanjaan pun berkurang..

  9. “Lagi banyak nasi lagi banyaklah keraknya” 😉
    Boleh Doc bagi Tip bagaimana untuk menjana wang menggunakan wang?

    Hisham;
    â€Orang kaya guna wang untuk mendapat lebih banyak wang tetapi orang miskin cari wang untuk dibelanjakan”

  10. Satu perancangan yang sangat ideal. Masalahnya ialah bila nak jadikannya praktikal. pun ada cerita tentang perbelanjaan emosi.

    Kekadang tu nak merasa la jugak bila ada duit lebih … he, he .. 😉

  11. betul la kata perpatah Melayu :

    Makin luas periuk, makain besar keraknya..

    Yang penting, berjimat cermat itu satu amalan yang digalakan..

  12. Assalamualaikum Irfan & semua..

    Tq di atas tip hari ni. Sy akan buat spt nasihat iaitu menyimpan & melawan Parkinsons Law.

    Jgn ingat kita xblh violate dia. Mari sama2 kita lakukannya.

    Good Luck & All The Best…!

  13. بسم آلله آلر حمن آلر حيم

    السّلام عليكم و رحمة الله

    Tip yang menyedarkan saya dan memberi peringatan tentang pendapatan VS perbelanjaan 😀

    TQ Doc.

  14. Sungguh hebat dan vokal tip dalam blog ini. Rupa2nya Irfan Khairi yg tulis. Terima kasih atas tips anda.

    MenSurvivalKit.com

  15. Betul tu….makin besar periuk, makin besar keraknya…

    Memang bila bertambah duit kita, datang keinginan untuk upgrade cara hidup kita (kereta, makan dll)….

    Tapi, It goes back macamana kesedaran dan kecelikan kita dalam perancangan kewangan…

    Prioritikan untuk settlekan secepat mungkin tanggungjawab pada orang lain seperti hutang2 rumah/kereta dari utamakan perkara yg bukan keperluan

  16. Salam. Sepatutnya memang begitu.. semakin meningkat wang kita, sepatutnya semakin bertambah untuk kita menyimpan. Tapi bagi kebanyakkan dari kita perkara ini tidak berlaku kerana disebabkan faktor sekeliling yang mendorong kita terbuat untuk berbelanja dengan lebih kerana sedar akan kenaikan pendapatan yg di perolehi tetapi tidak sedar hendak menyimpan. Pepatah telah di cipta dan orang kita telah terbiasa dgn ungkapan ini ‘besar periuk, besarlah keraknya…’ jadi mereka memandang ini dengan satu pegangan dengan menganggap perkara seperti ini adalah biasa sahaja bagi orang yang mempunyai kenaikan pendapatan semestinya tidak akan dapat dielakkan untuk berbelanja dan tidak akan berfikir pun dan lebih bersemangat untuk menyimpan lebih banyak lagi. Memang sesuatu yang berlainan. Itulah ‘penyakit’ bagi kebanyakkan antara kita. Mudah-mudahan kita di sini tidak begitu.

  17. aha,parkinson’s law dlm kewangan…
    igt penyakit badan jer ader,rupa dlm kewangan pun ader parkinson…

    1 ilmu br bg saya…

    terima kasih 🙂

  18. CD “Wang dan anda” IK masih ada dijual ke? Mcmana untuk meendapatkannya dan berapa hargannya?

Leave a Reply

Your email address will not be published.