Alang-alang jadi usahawan…

Masih lagi tip Gerak Usahawan…

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Alang-alang jadi usahawan, biar jadi USAHAWAN JUTAWAN!

  • 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan. Itu semua tahu 🙂
  • 74% jutawan di dunia adalah daripada bidang perniagaan!
  • Kebanyakan perniagaan yang berjaya kini, bermula sebagai perniagaan sambilan atau perniagaan kecil-kecilan, termasuk, Micorsoft, Dell, Body Shop, Selangor Pewter, Irfan Khairi Sdn Bhd dan banyak lagi!

Menjadi usahawan adalah matlamat yang agak mudah. Tetapkan matlamat anda untuk menjadi usahawan jutawan.

Tuliskan matlamat tersebut atas kertas supaya ia memasuki minda-separu sedar anda dan minda anda akan berusaha mencari peluang-peluang menjdai usahawan jutawan!

Keusahawanan adalah kerjaya pilihan. Dan alang-alang menjadi usahawan, biar jadi usahawan jutawan!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

42 thoughts on “Alang-alang jadi usahawan…

  1. Terima kasih
    Sebelum ni saya dah lupa cara ni,,hehe…
    Dah lama dah tak tengok dan baca matlamat yang saya tulis…

    patutlah jadi lemah semangat…

    post ni buat saya kembali nak baca dan tengok matlamat saya setiap hari…

    thanks

    han

  2. Salam kasih sayang,
    Terima kasih dan rakan2 seperjuangan, smga kumpulan usahawan tulen semakin berkembang dan terus berkembang. Tidak dinafikan sebenarnya antara kita saling memerlukan, dan saling membantu, ‘direct’ or ‘indirect’.
    Semoga diberkati, Amin.

  3. memang berkesan kalau kita tulis matlamat kita di atas kertas dan kita tengok setiap hari. Ia membuatkan kita sentiasa bersemangat dalam mengejar matlamat tersebut. ia sentiasa terbayang-bayang di dalam kepala. ia membuatkan kita sentiasa berfikir dan mencari peluang untuk mencapai matlamat tersebut.

  4. Terima kasih kerana motivasi ni, sememangnya saya pun memulakan usaha saya dengan perniagaan internet sebagai part time dan di harap akan menjadi penjana pendapatan utama seperti satu hari nanti.

  5. Salam, betul tu…dh alang2 nk jd jutawan, teruskan letak matlamat nk jd usahawan jutawan…insyaAllah….sumenye bermula yg kecil brlah menjadi yang besar….amin

  6. hmmm… pada saya orang yang nak jadi usahawan jutawan ni MESTI lah mengusahakan apa yang diminati… minat tu penting…. kita syok berusaha sebab itu minat dan hobi… tup-tup, jadi usahawan berjaya…

  7. salam wbt..

    pesanan utk diri saya & rakan2 yang lain..

    2 versi dalam 3 ayat …. JUST DO IT !!….. GO GET IT (pursuite of happyness) !!!!

    =)

  8. Saya berminat nak mula kan perniagaan . Tapi di sebabkan byk ansuran ( kereta , rumah , kredit kad dan dll ) nak kena selesai ,hajat berniaga tpaksa dikuburkan. Saya jadi pemerhati sahaja .

  9. Success is on your side when you really decide.

    rallyguy, jangan jadikan masalah sebagai penghalang untuk mencapai kejayaan.

    Seseorang dengan sikap negatif melihat masalah dalam semua peluang, sebaliknya seseorang yang lain, dengan sikap positif melihat peluang dalam semua masalah

  10. Sekarang saya tak tuliskan matlamat saya. Agaknya tu yg slow jee…. Tapi kat umah baru ni, saya akan ada Home Office sendiri. Dan saya pasti akan tuliskan matlamat utk jadi Usahawan Jutawan dan tampalkan kat billboard saya, so tiap2 hari saya buat kerja akan mengadap matlamat yg dah dicatatkan tu.. 🙂

    And to Rallyguy, kalau nak berniaga juga sedangkan kita ada byk tanggungan dan ansuran bank, serta kurang modal… bisnes internet adalah jawapannya. Kosnya sgt rendah! Serendah RM500 anda dah boleh mulakan satu bisnes. Dan better pilih utk jual benda yg hangat di pasaran dan yg anda minat… Just sharing my experience 🙂 Nak berguru dgn lebih lanjut… tu haa.. menuntut la dgn sifuu kita ni… who else but Irfan Khairi!

  11. itu lah alang-alang dah masuk dalam ilmu perniagaan ini teruskan, dan telah memberi tip kali ini amat berguna, mulakan dengan sambilan dahulu. bak kata orang sikit2 lama2 jadi bukit, yang penting matlamat kn tulis..dan jadikan ia tatapan harian kita..thanks , setiap hari mendapat tip2 yang segar

  12. Assalamualaikum Irfan & semua..

    Tq di atas 1 lagi tip GU07. Jika ada lg tip sana jgn lupa tuliskan lagi ya. Tq…:-)

    Sy dah tuliskan matlamat tersebut utk dibaca. Sebelum ni tak pernah tulis pun cuma fikirkan saja.

    SELAMAT HARI KEBANGSAAN yg ke-50!

    Irfan, tq.

    Kpd rallyguy: Ini pendapat saya. Pengorbanan diperlukan utk memulakan bisnes atau utk jadi usahawan. Walaupun perit kita kena lakukan juga, jika tidak kita tidak akan berjaya menjadi usahawan. Pd pendapat sy, dlm hal anda, anda korbankan salah satu kemudahan yg paling kurang penting. Walaupun anda rasa ianya perlu tapi jika ia boleh diabaikan, cuba jgn budgetkan belanja anda utknya. Duit tu simpan & gunakan utk bisnes, cthnya bisnes internet yg tak perlukan modal besar tapi boleh mendpt pulangan yg besar sehingga boleh menjadi JUTAWAN! Tak tahu nak mulakan bisnes internet? Irfan ada jawapannya. Tiada org yg blh mengubah nasib anda kecuali anda sendiri.

  13. Assalammualaikum Irfan…

    Tips yg baik utk diamalkan 🙂 …

    Sebelum terlambat,saya nak ucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara yg ke-50 thn kpd Irfan, pembaca blog Tip 1 Minit,dan semua bakal2 jutawan … 😉

    ok,Insyallah,jumpa lagi…

    caucincau… 🙂

  14. Doc. Cayalah.com bila nak dilancarkan? Den dah tak saba nak ketahui pakej dan servis yang Doc. nak offer.

    Diharap cayalah.com dapat dimanafaatkan oleh usahawan2 dan bakal usahawan jutawan 😉 internet yang beginner’s macam den ni.

    Hisham;
    â€Orang NS kato cayolah” MERDEKA!!!

  15. Tq semua baru harini tau tentang benda ni, baru petang tadi dengar promo dlm radio tentang rahsiainternet.com.Insyaallah sama2 kita usaha.Harap2 & sahabat2 dapat bantu kerana saya interested to know further how to start

  16. saya juga ingin ceritakan sedikit tentang kejayaan seseorang yang berasal dari pulau pinang yang dahulunya memulakan perniagaan runcit secara kecil-kecilan di tepi kaki lima siapa tahu sekarang dia telah berjaya dalam perniagaan runcit secara besar-besaran dan dikenali perniagaan secara warehouse yang ke-3 terbesar di Malaysia yang berketurunan melayu..itulah dia pengasas asal yang bernama mydin telah menjadi MYDIN HOLDINGS SDN BHD..tahniah!! disebalik kesusahan terdapat kesenangan dibelakang hari…

  17. Salam
    Saya sekarang ini menjlankan perniagaan MLM dengan konsep E-dagang,tips yang diberikan amat berkesan dalam perniagaan ini
    thank
    at least I dah banyak terhutang budi dengan tips anda,semoga Allah memberkati hidup Sekeluarga
    amin

  18. Hi Semua…

    Memang pun 9/10 dari punca rezeki itu ada dari perniagaan, kalau tak silap saya dalam hadis pun ada mengatakan” Berniagalah kamu nescaya kamu akan kaya” lebih kurang begitulah buyinya dalam ceramah pasal ushawan yang saya dah sertai. Kalau kita lihat sekarang pun Kementerian Pembangunan Ushawan menggunakan pendekatan ” Ushawan sebagai kerjaya pilihan” dalam usha mereka melahirkan lebih ramai ushawan “kita”. Soalnya sekarang kebanyakan orang “kita” ni agak susah untuk menjadi ushawan tulen yang bermaksud mereka bila sudah kaya kemudian akan berkongsi idea dan pengalaman mereka kepada orang lain untuk berjaya sama seperti mereka. Apa pun adalah antara mereka yang telah berkongsi pengalaman dan idea yang telah membuatkan berjaya. Dalam akhbar Mingguan Malaysia 4 November 2007 ada artikel yang bertajuk “Mati Jana Duit” saya sangat tertarik dengan tulisan ini.

    Antaranya ia menceritakan bagaimana kebanyakan individu-individu ini bersandar kepada bakat, kreativiti dan genius kematian mereka dianggap kehilangan pada zaman masing-masing sebaliknya meninggalkan limpahan kemewahan kepada para pewaris mereka kebanyakan mereka adalah artis barat. Adakah merasakan di negara kita pun akan terjadi fenomena seumpama ini?
    Senarai individu Ternama yang meraih pendapatan tertinggi 2007:

    1. Elvis Presley
    2. John Lenon
    3. Charles Schulz
    4. George Harrisan
    5. Albert Einstein
    6. Andy Warhol
    7. Seuss
    8. Tupac Shakur
    9. Marlyn Monroe
    10.Steve McQueen
    11.Jamaes Brown
    12.Bob Marley
    13.James Dean

    mizemall.com

  19. assalam…

    saya teringin sgt nk jadi usahawan berjaya.Terima kasih insya’allah dgn tips ini saya akan berusaha sehabis boleh.

  20. sangat bagus sebab memberi buah fikiran kepada orang lain untuk berjaya dalam bidang usahawan.kunjungilah blog saya

  21. saya percaya rezeki ALLAH S.W.T.
    dengan usaha yang gigih akan terhasil cita-cita
    jadi jutawan.percayalah rezeki lebih byk dari
    berniaga.

  22. ni firstime sy lawat laman ni…
    amat menarik skali.
    sy pn mmg tringin sgt nk jd jutawan..
    gdluck seme kawan

  23. doa tanpa usaha janggal.
    usaha tanpa doa pun janggal.
    rajin rajin solat lima waktu.
    usaha mu akan tuhan bantu.

  24. Assalamualaikum..

    Sememangnya matlamat kita untuk berjaya,dan seterusnya menjadi usahawan JUTAWAN.InsyaAllah akan tercapai hasrai itu buat diri ini yang baru memulakan perniagaan sendiri..Amin!!

    .

  25. Salam;
    Selamat menjalankan ibadah puasa dan menyambut Kedatangan Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Batin
    Sebelum ini saya makan gaji
    Matlamat nak jadi jutawan boleh hidup selesa,batu keluarga dan handai,melancong dll- rasanya tak/lambat/kurang yakin berjaya
    Buat perancangan sebelum 4 tahun untuk berhenti untuk capai matlamat
    Sekarang dah hampir 1.5 tahun sepenuh masa berniaga-Dah nampak banyak perubahan walaupun permulaannya sukar .

    Wassalam

  26. dah bace dah.
    thanx irfan.
    teringin gak satu hari nanti nak jadi jutawan.
    biase la,org susah.

    aku x pernah jemu la cari perniagaan kat internet,kadang2 hilang pertimbangan,nak cari jalan mudah aku li ebook yang ntah ape2.
    satu pon x berjaye.

    aku tau buat web,aku grafik desiger,aku ade diploma,tp aku masih x dpt peluang kat internet.

    aku perlukan guide.macam2 aku cube sume hancur.

  27. tolong berikan tip yang berkesan untuk menjana pendapatan sebagaimana yang dilakukan oleh saudara. Saya nak cuba berjinak-dengan perniagaan internet tetapi tidak mahir….

  28. Seronok tengok org yg dah berjaya tu.Dah tahu
    9/10 rezeki dtg dari niaga.Nah cuba2 buat niaga tapi tak menjadi juga.Ada kat mana silapnya.Ni niaga internet..Dah gi kursus tak jadi juga..Hai tak habis berguru agaknya.
    Baca tip niaga dtg semangat juga..Ylah kena ada sokongan perangsang..

  29. assalamualaikum,
    apa itu jutawan
    j-jaringan minda
    u-usaha berterusan
    t-tawakal
    a-advance
    w-wawasan global
    a-amal dan lakukan sekarang
    n-niat kerana Allah

  30. salam…saya percaya dan kita sendri tahu 9/10 punca rezeki adalah dari perniagaan.
    nk mula berniaga mesti kne ada perangsang
    bile da baca kt sni motivasi2 rasa terbakar jek.. bertambah semangat tuk berjaya dlm bisnes

  31. saya ni sedang berniaga mini market..tapi keuntungan mini market agak tipis n perlukan pusingan modal yng banya..untuk ni saya ingin belajar berniaga internet ..dngr2 dia boleh memberi pulangan yang baik,,tolong kepada sesiapa yng boleh membantu saya untuk melaksanakan misi jutawan internet saya ni

  32. yang dah berniaga teruskan berniaga xkira kat internet ke.pasar malam ke,pasar pg ke yang paling penting jgn sesekali patah semangat
    utk langkah seterusnya kerana kejayaan semakin hampir dgn anda…orang yang berjaya adalah orang banyak sabar.goodluck.
    berniaga tidak semudah abc…………..z

  33. Salam semua sy baru niaga dlm 1 tahun lebih dlm msa yg sama keja gov,letih bro,,tpi seronok alhamdullah,nk try biz internet lak,cam na ek,.?

Leave a Reply

Your email address will not be published.