6 Petanda anda sesuai dan patut mulakan perniagaan!

Apakah petanda anda sesuai untuk menjadi seorang usahawan? Sering kita fikirkan patut atau tidak kita mulakan perniagaan.

sesuaitak

Dalam hati sering terdetik teringin untuk mulakan perniagaan, namun mungkin juga ada perasaan takut dan tidak tentu…

Apatah lagi bila pelbagai alasan dalam minda mula menjelma seperti tidak punyai modal, malu jika gagal, tiada masa, tidak tahu nak jual apa dan seribu satu lagi alasan!

Bak kata guru saya, Dato Dr Fadzilah Kamsah…

Orang lain buat duit, kita buat alasan.

Sememangnya amat benar. Jadi, berikut adalah antara 6 petanda bahawa ANDA PATUT memulakan perniagaan. Sekiranya salah satu ini adalah anda, maka, anda PATUT mulakan secepat mungkin!

1. Anda punyai banyak idea

Satu petanda usahawan adalah, mereka mempunyai banyak idea dan selalu berfikir. Golongan ini juga sering bertanya dalam minda “what if…” dan sering terbayang diri sendiri menjalankan perniagaan. Melihat orang lain menjalankan perniagaan pastinya menarik minat diri juga.

Dan dalam memerhati orang lain menjalankan perniagaan, berbagai2 idea dan buah fikiran datang dan memberi niat untuk memulakan perniagaan satu hari nanti.

Sekiranya sudah berniat, maka itu adalah petanda yang sangat baik! Namun, jangan tunggu “satu hari nanti” oleh kerana ia tidak akan datang sekiranya anda tidak mulakan sekarang!

2. Anda mendapat inspirasi dan motivasi dari kejayaan orang lain

Sekiranya anda sering melihat kejayaan orang lain, dan mendapat inspirasi dan motivasi menyuntik dalam diri sendiri, itu tandanya juga anda sangat sesuai menjadi seorang usahawan.

Sesetengah orang (bukan anda), akan iri hati, dengki, berfikiran negatif apabila melihat kejayaan orang lain. Perasaan sebegini akan menutup minda dan hati pada rezeki dan kejayaan.

Sekiranya apabila anda melihat kisah kejayaan orang lain dan ia bagaikan menyuntik semangat pada diri anda sendiri, ini menunjukkan anda mempunyai azam untuk berjaya juga sebagai usahawan.

Jangan ditunggukan lagi oleh kerana semangat inilah yang akan memberi momentum kepada anda untuk menjadi usahawan yang berjaya!

3. Anda suka membantu orang

Pastinya kita tahu, lebih banyak kita beri, lebih banyak yang kita akan dapat. Sekiranya peribadi anda adalah anda suka membantu orang lain, tak kira kenalan atau keluarga, tak kira mereka yang anda kenali ataupun seseorang yang anda tidak kenal pun, petandanya anda mempunyai keperibadian usahawan.

Perniagaan adalah penyelesaian kepada apa sahaja masalah. Sifat suka membantu dan menyelesaikan masalah orang lain sangat penting dalam diri seorang usahawan. Apabila seseorang mempunyai masalah, dan diri anda tergerak di dalam hati untuk membantu, itulah sebaiknya peribadi usahawan yang berjaya.

Oleh itu, bantu diri anda sendiri dan mulakan perniagaan sekarang!

 

4. Anda sedang membaca ini!

Ya, minda usahawan adalah minda yang suka mencari ilmu. Malam tadi walaupun kelas habis lewat malam, peserta-peserta tetap bermotivasi mencari ilmu keusahawanan. Anda yang sedang membaca ini, juga adalah jenis yang suka membaca dan mencari ilmu!

95% daripada artikel dan maklumat keusahawanan tidak akan di baca. Tetapi, anda yang membaca ini adalah petanda anda suka mencari ilmu baru, dan untuk berjaya dalam perniagaan, amalan mencari ilmu ini adalah sangat penting- nombor #1!

5. Anda sedar dan terkesan dengan keadaan ekonomi Malaysia

Mungkin kini gaya hidup anda sudah stable, dan tidak sukar. Ataupun mungkin anda terkesan juga dengan keadaan ekonomi Malaysia sejak implementasi GST. Tidak kira kedudukan anda kini, sama ada selesa ataupun tidak, sekiranya anda tersedar bahawa agak penting untuk menjana wang tambahan untuk masa hadapan diri dan keluarga, maka, perniagaan adalah untuk anda.

Perniagaan Internet membolehkan anda memulakan dan menjalankan perniagaan pada kos yang rendah dan masa yang flexible. Contohnya, antara strategi yang saya kongsikan malam tadi adalah bagaimana caranya mengautomasikan perniagaan kita 80% supaya kita lebih mempunyai waktu terluang dan bebas- dan tidak terikat dengan perniagaan sentiasa.

Hujung minggu lepas, saya keluar dengan keluarga ke One Utama Damansara. Terkejut juga melihat beberapa kedai ternama terpaksa tutup kedai. Bila bertanyakan pada pemilik perniagaan, rata-ratanya sedar keadaan ekonomi kos yang tinggi menyukarkan mereka. Bagaimana keadaan ekonomi kita 2017, 2018, 2019 dan seterusnya?

6. Anda suka cabar diri sendiri

17 tahun lalu saya mulakan perniagaan saya yang pertama adalah kerana ingin cabarkan diri saya sendiri. Tahun ini, Alhamdulillah telah membina business school saya di Dubai, Irfan Khairi Institute of Business Dubai juga kerana ingin mencabar diri sendiri.

Sekiranya dalam diri anda sendiri anda mempunyai perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru dan inginkan cabaran baru, apa kata jadikan cabaran tersebut peluang menjana pendapatan.

Sememangnya memulakan perniagaan adalah amat mencabar. Tetapi tanpa perasaan suka pada cabaran ini, usahawan akan gagal. Jika anda suka pada cabaran, dan sering terfikir dan mempunyai niat ingin keluar dari zon selesa anda, perniagaan adalah jawapannya!

Sama ada sekiranya anda suka mencari ilmu ATAU sedar dengan keadaan ekonomi anda dan keluarga ATAU suka pada cabaran, ini adalah antara petanda anda patut menjadi usahawan. Bukan sahaja usahawan yang biasa, tetapi usahawan yang berjaya!

Jadi, adakah perkara-perkara di atas kena dengan diri anda?

Sekiranya “YA” dan anda terniat dan mempunyai azam untuk memulakan perniagaan, nasihat saya adalah jangan tunggu lagi. Anda terhutang pada diri anda sendiri untuk memulakan apa yang anda mahu.

Jangan tunggu bulan jatuh ke riba kerana ianya tidak akan terjadi. Apa yang perlu anda lakukan adalah anda yang perlu kejarkan cita-cita anda yang setinggi bulan dan bintang!

 

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.