Terdapat dua cara sahaja dalam mengejar cita-cita. Cara berjalan & cara berlari…
1) Berjalan…
Sekiranya anda taking your own sweet time. Anda berusaha pada kadar yang perlahan, sedikit demi sedikit. Hari ini mungkin bersemangat… esok lusa kurang semangat. Setiap pagi bangun tidur, anda rasa it will be the same day as yesterday. Untuk menyiap kan sesuatu kerja, ia mengambil masa yang lama. Semangat anda adalah rendah walaupun sememangnya mempunyai matlamat dan cita-cita. Dalam mencapai sesuatu yang membanggakan, ia mengambil anda berminggu-minggu atau berbulan-bulan walaupun anda merasa diri anda cukup bermotivasi. Anda sering rasakan kejayaan adalah jauh lagi…
Berjalan mengejar cita-cita mengurangkan momentum anda. Ia juga mengambil masa yang amat lama dan kadangkala, ia membosankan apabila tiada apa yang tercapai dalam masa terdekat…
2) BERLARI!
Sekiranya anda bersemangat setiap hari. Bangun pagi dan rasa teruja bahawa hari ini anda akan mencapai matlamat anda tetapkan pada hari ini! Setiap masa adalah amat berharga dan anda menyiapkan segala kerja anda dengan pantas dan cekap! Anda mempunyai semangat dan momentum yang tinggi. Selang beberapa hari, anda mencapai sesuatu yang membanggakan diri anda sendiri… Anda rasa puas dan ketagih dengan kejayaan dan setiap jam sentiasa membuat anda lakukan sesuatu kearah mencapai cita-cita anda!
Berlari mengejar cita-cita akan meninggalkan orang lain jauh ke belakang!
Berjalan adalah mudah dan dilakukan oleh semua orang. Berlari adalah lebih sukar dan memenatkan- oleh itu, ramai tidak melakukannyaย cuma apabilaย terpaksa! ๐
Pilihannya adalah pilihan anda!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
berlari memang memenatkan…dan kadang-kadang kita terjatuh….kadang-kadang saya rasa saya ni berjalan sahaja….tetapi tip hari ini macam memberi saya “powerbar” untuk berlari.TQ ….tips yang baik.
ya….mulai ari ini saya juga akan berlari.
sudah penat berjalan malahan baju pn sudah dibasahi peluh namun tidak sampai2 juga…
berlari dan terus berlari. semoga ari ‘esok’ saya akan sampai ke salah satu destinasi..=)
terima kasih Irfan atas kata2 yg penuh makna.
Pilihan di tangan kita. Tapi ada jugak yang berlari tak sampai, berjalan apatah lagi.. Kesian juga ya.
Saya rasa dulu memang saya berada dalam golongan orang yang berjalan dalam mengejar cita-cita saya.
Tapi hari ini saya sedar yang saya akan berubah untuk berlari mengejar cita-cita dan meninggalkan orang belakang.Thanks Irfan ๐
Pada saya sebelum memulakan larian kita perlu berjalan dahulu untuk “warm-up” ๐ . Jangan sampai terjatuh dan sukar untuk bangun.
Walau apa pun kenal pasti potensi diri untuk menilai keupayaan sebenar diri kita.
Yang penting kita tahu bagaimana untuk “BERJALAN’ dan bila pula untuk “BERLARI”. ๐
Hisham;
“Masih berlari-lari anak” ๐
Kalau berjalan tu sempat lagi singgah-singgah minum lepas tu sambung jalan balik. Kalau berlari kita terus pergi ke mana kita nak tuju je.. jadi masa memang takde terbuang. Saya pun nak cuba untuk berlari la dari sekarang.. bukan lari dari masalah, tetapi tangani masalah dengan cepat, buat perkara tu dengan cepat juga.
terima kasih atas tips ni
Just what I need today
Saya seperti kebanyakan orang selalu berjalan sebab itu lah memerlukan motivasi lebih ni untuk berlari. Tapi berlari kena ke depan bukan berlari ke belakang… tak gitu ye!! Baru lah dapat pakai BMW 5 Siri macam pakcik dalam iklan Petronas tu…
Pilih merangkak dulu kot… baru nak pandai berjalan.
thanks ,
post kali buat saya bersemangat untuk siap kan asignment saya… dari pagi tadi saya asyik termenung…nak buat apa dengan asignment saya ni…no idea…skrg kembali bersemangat seperti hari pertama dapat asignment tu…
, kalau boleh, esok post lah sesuatu yang boleh saya bertambah semangat…semakin hari semakin hilang semangat saya…selepas baca post ni, saya kembali bersemangat…harap esok pun ade post yang boleh tambah kan semangat saya…
thanks
han
Assalamualaikum,
Berlari atau berjalan mesti ke arah yang betul dan melompat pun tak apa.Jangan sebab nak cepat kaya tanpa memikirkan Halal dan haram.Berfikir dan majulah secepat mungkin tapi melangkah dengan berhati-hati agar tidak tersalah langkah.
Irfan,kenapa tak beli set sendiri dan buat video motivasi sendiri macam Oprah yang bangunkan HARPO untuk terbitkan show dia sendiri.Baru ini saya ada terbaca dia (oprah) dah naik jemu dengan talkshow dia dan jadi agak gemuk serta macam-macam lagi.
bangunkan sendiri production house dan terbitkan sendiri Siri motivasi periagaan Beli aje handycam dan buat satu sudut dalam rumah untuk sudut penggambaran lalu terbitkan sendiri program motivasi.Kalau stesyen TV memang dah kenal rasanya tak adalah masalah besar sangat untuk jual produk Kalau buat sendiri kos dia lebih rendah dan pengalaman adalah guru yang terbaik.Hanya pandangan saya yang suka untuk belajar dan buat sendiri kebanyakan perkara agar belanja dapat di kecilkan.Semoga succes selalu dalam ketaatan pada agama.Wassalamualaikum.
Saya lebih suka katakan, “Kita berlari dan ajak rakan lain sama-sama berlari. Jadi sama-sama maju. Jangan tinggal kuitan orang lain di belakang. Islami bukankah gitu.”
Zamri Mohamad, sekiranya sudah puas ajak rakan lain sama-sama berlari dan sama-sama maju, tetapi pilihan mereka adalah untuk jalan bagaimana? Mengikut Islam, adakah kita berlari kejar juga kejayaan atau tidak?
Saya sendiri berhadapan dilema ini apabila rakan pergaulan tidak bermotivasi untuk mencapai kejayaan yang luar biasa. Adakah mengikut Islami sekirannya saya meninggalkan mereka di belakang?
Apa pendapat ?
Kita suka ‘berjalan’ sebab kadang2 kita rasa kita mempunyai banyak lagi masa…at the end menyesal sebab peluang masa telah berlalu.
saya memilih untuk berlari, bila dah sampai saya akan mengajar cemana orang lain boleh berlari dan sampai ke hujung seperti saya.
Terpulang pada mereka, nak berlari atau berjalan, atau berjalan dulu baru berlari. Atau memilih untuk tidak melakukan keduanya sekali.
Owh, teringat Triathlon, berenang, berlari dan berbasikal!
– Shueqry –
Assalamualaikum Irfan…
Tq sangat2 atas tip hr ni. Baru sy tahu yg ada 2 cara utk mencapai kejayaan. Most of the time sy berlari utk mencapainya tetapi sy kerap terjatuh kerana tak mendapat bimbingan yg sepatutnya sy terima.
Sy terpaksa bersusah-payah bangun semula utk meneruskannya lagi dgn bantuan org luar. Ianya sungguh menyakitkan dan memenatkan, tapi sy xmahu berputus asa.
Idea Hakimi amat bagus! Sy harap dpt merealisasikannya. Mungkin dah ada idea spt ini tp belum melaksanakannya, sy harap xtangguhkan lama2.
Tentang belanjawan pembikinannya, sy rasa xperlu risau kerana tentu byk organisasi ya ingin sponsor kerja2
Kami semua amat2 memerlukan tunjuk-ajar dari seorg pakar seperti Irfan.
Tq & Selamat Berjaya!!
Han > Kalau tip kali ini, buat anda bersemangat, esok lusa, baca kembali tip hari ini. Laku kan apa sahaja yang boleh trigger motivasi anda.
Hakimi > Dalam proses. Mencari pengalaman lagi. Alhamdulillah, pengalaman banyak diberikan oleh pihak2 media kepada saya.
Zamri & Sufi > Sekiranya kenalan kita atau sahabat kita tidak semotivasi kita untuk berjaya (berlari), tidak salah kita tinggalkan mereka (yang berjalan). Islam inginkan umatnya gemilang & cemerlang. Sekiranya rakan-rakan memperlahankan motivasi kita, boleh kita tinggalkan kerana ia hanya memudaratkan kita (tetapi, jangan sampai putus kawan pula… maksudnya, tinggalkan dari segi pencapaian). Hard, but true!
Saya pun masih di tahap “lari-lari anak” je… Perlu tingkatkan lagi usaha dan motivasi diri utk mula berlari dgn lebih pantas! Kdg2 tu rasa ada byk sangat t/jawab nak dilaksanakan serentak membuatkan kita terkejar2, tapi dlm membuat perkara rutin dan bukannya utk mencapai matlamat/impian! It’s especially true for a work-from-home mom like me… Again, time management sangat penting bagi memastikan semua berjalan dgn baik. Jgn pulak yg dikejar tak dpt, yg dikendong berciciran.
Mazny – Jgn “berlari setempat” udah leee… ๐
thanks ,
hari ni pun saya baca pulak…
, kalau saya nak minta copy dan print post ni boleh? utk nak baca untuk hari lain…
Biasanya apabila kita berjalan risikonya kurang tetapi pencapaiannya lambat. Apabila kita berlari, makin laju larian kita makin tinggi risikonya dan pencapaian kejayaan juga menghampiri kita. Semuanya ada harga untuk menempuh tangga kejayaan.
Sekian Sharifah Azran Alam
Yang menarik ialah apabila “Lari kerana terpaksa”. Macam kena kejar anjing!
Dlm real life pula, boleh diterjemahkan sebagai motivasi utk kejayaan yg wujud kerana kesempitan hidup. Itupun ramai yg menyerah … ๐
Mazny – berlari setempat…hehe…macam saya je tu…
Salam kasih sayang,
Sekadar menambah, kita perlu berlari utk cpt sampai, tetapi berlari memenatkan, ramai mudah putus asa dek kepenatan, bilamana terasa destinasi masih jauh. Jadilah pelari sebagai hobi, nikmati alam sekeliling sepanjang larian, rasa gembira dan akhirnya walau pun dah sampai destinasi, tak sabar nak berlari lagi?
ehmm, berlari memang memenatkan. tapi cepat sampai. kalau berjalan memang tak berapa penat, tapi lambat sikit samapai.
kadang2 bila tak cukut stamina, letih jugak berlari ni. semput dibuatnyer..
saya kalau boleh nak terbang, cepat sikit sampai. tapi apakan daya…. ๐
baca tip hari ni lagi bersemangat rasanya.
lari jangan tak lari,..lari ikut ‘track’,kalau tak boleh lari ikut track lari lintang pukang pun takpa..lari ‘lingtang pukang’ orang kata macam ‘dare to fail’ gitu.
waaa…klu cmni, sy rasa sy masih tahap merangkak…takleh jadi ni…nt kena pijak lak…kena bgn berlari ni…
dulu masa skola wakil daerah untuk long-distance. rasanya pasni masih boleh lari untuk diri sendiri…bye bye rakan2 yg sama2 merangkak, aku lari dulu…aku harap korg minum la “redbull” motivasi .Irfan ni…kompem korg lari gak…
mm.. post kali nih mmg best.. cayalah! ๐
berlari mesti tahu teknik yang betul… bukan berlari macam kena kejar ngan anjing main redah segala apa yang ada kat depan… masuk semak ker… semua main redah ajer… berlari kena dengan teknik yang betul agar kita dapat berlari terus xpa henti….
berlari perlahan boleh menghasilkan jarak perjalanan yang jauh, berlari pantas selalunya hanya boleh dilakukan dlm jarak yang dekat:))
Linot – berlari setempat pun boleh berpeluh sebenarnya. Bakar kalori jugak tu. ๐ Tapi klu boleh, slow2 biar bergerak ke depan. Jogging kan lebih seronok berlari setempat dlm gym. Dpt tgk panorama sepanjang jalan….
Mazny – berkias2 la pulak… ๐
Saya setuju .semakin cepat kite bertindak…semakin kita menghampiri kejayaan..semakin gagal…semakin dekat kita dengan kejayaan..Insya-Allah..great tips
salam motivasi ini membuatkan saya memikirkan kembali apa hala tuju dan pendirian saya dalam hidup ini. saya rasa selama ini saya sudah puas berjalan dalam menuju cita-cita saya jadi saya akan mengubah pemikiran saya dan akan maju setapak dengan berlari pula dalam menuju hala tuju dan mengapai cita-cita saya. terima kasih doktor…
sy dlu memang x thu cre utk mengejar cite2…. maybe sy lbh suker brjln. tp setelah byk menbaca n sifat ingin belajar,, telah membuka minda sy n menbuatkn sy lbh suker brlari skrg. moga sy dpt mengejar cite2 sy.
thanx cgt2 irfan……
baik brlari2 kot..:)….bru kte dk kt dpn..
bagus sekali tulisan ini sngat mbantu byk org yang mgkin mulai bosan dlm bekerja mnjadi timbul api smngat keci dan mmbesar,,
smoga brmnfaat dan trus sukses
alhamdulillah.
insyaallah saye akn brlri utk mengejr cite-cite
andai jatuh saye akn bgun utk mncapai mtlamat yg sye inginkn. ๐
mcmne nak buat webside yg org akan followup kita @ kita buat webside org bayar pd kita
En. Irfan, adakah mengejar cita-cita secara berjalan itu tidak bagus?