Perniagaan Internet bermodalkan RM20,000!

Anggap perniagaan Internet anda bermodalkan RM20,000!

Memulakan perniagaan Internet memerlukan kos yang amat rendah- kurang dari RM200 pun sudah boleh memulakan perniagaan Internet. Di ambil kira, bayaran bulanan untuk web hosting (sewa tapak kedai kita) dalam RM20 sebulan pun boleh menjalankan perniagaan sehingga peringkat antarabangsa.

Namun, ianya adalah satu kelemahan apabila kos rendah, kita sering tidak mengambil endah atau berikan tumpuan yang kurang terhadap perniagaan kita.

Saya pernah memulakan perniagaan bukan Internet (offline) beberapa tahun lalu bermodalkan RM40,000. Wow… memikirkan wang yang dilaburkan sebanyak itu, setiap detail kita akan tumpukan perhatian. Setiap hari tidak mengenal cuti kita akan usahakan perniagaan kita. Kesemua kerja-kerja “leg work” yang sukar juga kita akan lakukan ke hulu dan ke hilir. Tekanan yang diberikan adalah amat tinggi! Belum dikira sewa tapak perniagaan adalah RM1,500 sebulan (tak masuk kos overhead elektrik, aircond, air, internet, insurance dan sebagainya). Nak membayar staff lagi!

Oleh sebab wang yang dilaburkan adalah besar, dan bayaran bulanan adalah tinggi, 100% usaha dan tenaga dicurahkan untuk perniagaan kita tu 24 jam sehari!

Tapi, bila perniagaan Internet, modal yang diperlukan adalah rendah- (harga sekali beli barang-barang dapur di TESCO sahaja). Sewa bulanan amat rendah (sekali bawa keluarga makan di McDonalds). Overhead pun tiada – tolak bayaran bil2 asas rumah sahaja… tekanan pun tiada 🙂

Untuk memberi daya motivasi yang maxima dalam menjalankan perniagaan Internet, anggap bahawa modal yang anda keluarkan digandakan 100x!

Kalau modal RM200, ertinya, anggap bahawa anda telah melaburkan RM20,000! Bayar bulanan web hosting yang RM20 sebulan, anggap anda membayar RM2,000!

Sekarang, anda akan dapat merasai tekanan dalam menjalankan perniagaan. Sudah pasti anda akan sedaya upaya mengusahakan perniagaan Internet anda untuk mencapai kejayaan dalam masa yang terdekat 😉

ps: Ingin memulakan perniagaan Internet dalam masa 7 hari? sertai Workshop Jutawan Internet. Tempat semakin terhad!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

18 thoughts on “Perniagaan Internet bermodalkan RM20,000!

  1. Assalamualaikum

    Irfan,saya nak tanya!Bila kita buat satu website jual satu produk,kita akan ada link dengan 1.web untuk borang kalau order pos 2.web untuk order terus dan bayar melalui kad (kredit/debit) dan lain-lain web yang berkaitan untuk satu produk sahaja misalnya, Jadi kita kena bayar untuk berapa website atau bayaran adalah untuk satu bundle (semua sekali)macam ada webhosting Rm80 setahun.Ingin tahu sangat sebab tak tau nak tanya pada siapa.Terima kasih.Wassalamualaikum.

  2. Ya, saya sangat setuju dengan pendapat seperti. Biar kita merasakan sedikit tekanan, dengan ada tekanan ia akan melahirkan motivasi untuk kita bekerja mencapai matlamat. Kita akan bekerja dengan kuat,kuat,kuat lagi untuk mencapai matlamat yang kita inginkan!

    Teori seperti memang selalu diperkatakan oleh ahli psikologi. Dari tekanan akan melahirkan motivasi dan mencetuskan daya usaha untuk berjaya…

  3. memanglah , kalau rm200 dengan rm20,000 mestilah kita saya takut rm20,000 kita hilang…jadi kenalah buat betul2…

    tips ni, buat saya bersedia utk anggap rm200 jadi rm20,000…
    lepas ni mesti lebih tertekan…
    rm200 pun dah tertekan,,apatah rm20,000…

  4. Kebetulan saya ni bukan orang senang jadi, saya mula berniaga di internet bermodal RM300 pun saya rasa takut hilang, takut rugi mcm dah belanja berpuluh ribu ringgit… Risau!

    Tengok mata saya ni, hitam di sekelilingnya…nampak tak? Ni tak tidur malam la ni… 🙂

  5. Askum Irfan…

    Tq di atas tip hari ni.

    Sy akan berusaha lebih gigih lagi. Kalau rm200 dah jadi rm20,000 menggigil kepala lutut sy buat keje. Makin ligat la otak sy berfikir cara2 utk menjana pendapatan biz ni.

    Tq irfan, selamat maju jaya!

  6. ni bagi yg takde motivasilah. kalau dah bersemangat tak payah.

    tapi saya nak tanya , adakah semua produk boleh laku kita jual di internet,maksud saya dgn sedikit kajian.

  7. bro Razzi Rahman,

    wow, sampai tak tidur malam?
    cemana bro Razzi keep the motivation up? Apakah rahsianya?

    leh share tak? tq 🙂

    – shueqry –

  8. Teknik yang bagus untuk memaksa diri sendiri supaya serius dan bersungguh-sungguh. Memangpun even saya sendiri dulu lihat biz ni main-main sampai lah saya dapat first customer dari India sana, saya kata wow, perniagaan yang modal kecil tapi go international!

  9. Shueqry,

    “DO THINGS THAT YOU REALLY LOVE DOING IT! ;)”

    Kalau buat sikit mulai ngantuk je, lepas tu terbengkalai lak kerja, berbulan-bulan tak ada progress itu maknanya orang itu tidak melakukan kerja yang dia benar-benar suka and ‘not that crazy for it’ hampeh laa 😆

    Bro Razzi LOVE WRITING and DESIGNING so much jadi kalau 2-3 hari tak tidur, itu biasa. Tak letih pun sebab SO MUCH IN LOVE with my work. That’s the secret!…Shueqry pun boleh buat, Im sure!

  10. yerp.. betul semuanya…

    kene anggap diri sbg bos..
    nk bayar gaji staff.. + epf.. socso.. elaun blabla…

    kene cari income untuk next year dan tahun2 seterusnya..as a backup

    fuhhh 24/7 tekanan nye beb.. tapi insyallah hasilnya amat berbaloi…tapi jgn lupe pada yg memerlukan (zakat+sedakah+anak2 yatim)

    p/s : bukan sedekah kat anak Encik Yatim tau 😛

  11. Kebanyakan kita merasakan perniagaan internet ni sebagai part time sahaja dan kalau tak berjaya tak kisah kerana ada pendapatan utama , sebab tu la ramai yang tidak bersungguh sungguh.

  12. Memang betul kata Kalau kita anggap duit tu macam banyak, sudah tentu kita sungguh-sungguh.Bayangkanlah kalau orang yang tak mampu belanja RM300 untuk memulakan perniagaan internet sehingga sanggup mengorbankan duit makan sendiri.Bayangkan kesungguhannya untuk mendapat untung yang maksima.

    Bagi orang yang sederhana mungkin tak kisah sangat duit RM300 tu, tapi bagi yang tak mampu RM300 dikira macam Rm30,000.

  13. Good tips to keep me going on and on…! Kekadang kita take for granted bila bisnes yg kita mulakan hanya memerlukan modal yg sangat rendah. So, elok juga bagi tekanan pada diri sendiri supaya kita terus bersemangat utk meneruskan apa yg telah kita mulakan.

    As for me… saya pandang serius akan bisnes internet ni sbb this is my full time job (apart from being a wife and mother). W’pun agak slow… tp saya tak pernah jemu mempromosikan dan berdoa supaya satu hari nanti financial freedom akan menjengah dlm hidup saya…. insyaAllah. And at the same time… saya akan terus mencari idea utk menulis lebih banyak buku yg boleh meletup di pasaran supaya boleh makan duit royalti… 😀 Keje sekali, dpt duit seumur hidup. Best tuh!

  14. Itu yg betulnya.Jikalau kita gandakan modal kita kpd seratus, bererti kita akan lebih bersemangat dan lebih berhati2 dan bersungguh2 untuk berniaga lor..

Leave a Reply

Your email address will not be published.