Irfan Khairi as seen on TV

ikww.jpgHari ini saya dijemput sebagai tetamu undangan sebuah program TV baru untuk Astro- Wacana Wanita. Yea!

A women’s talk talk show dikendalikan oleh host berpengalaman, Dang Suria. Dang Suria juga sebagai producer Wacana Wanita.

Satu perkara yang terdetik di fikiran saya ketika shooting tadi adalah, saya teringat salah satu appearance terawal saya di TV, iaitu pada tahun lepas “Usik-Usik bersama Chef Wan”. Kalau anda ingat, ia adalah ketika saya ditemuramah bersama Siti Nurhaliza…

Ketika penggambaran Wacana Wanita tadi, terdapat 3 tetamu jemputan, seorang pakar motivasi (Dr. Rubiah), seorang lagi fashion consultant (tak ingat nama!) dan saya sendiri.

Ketika sebelum penggambaran, tetamu fashion consultant tu ketahui saya sering juga menjadi jemputan di TV dan beliau meminta tips dari saya oleh kerana kini dirinya tengah nervous! Boleh nampak jugalah kerisauannya…

Tersenyum saya teringat ketika menjadi tetamu di Usik-Usik Chef Wan tahun lepas, saya juga turut rasa nervous dan gelisah- sampai nampak di muka!. Sehingga Siti Nurhaliza di backstage yang menasihatkan sayaย untuk “relax sikit & bertenang”.

Tip hari ini…

There’s always a first time! Sekiranya anda ingin melakukan sesuatu, dan takut-takut, atau nervous, atau gelisah- JANGAN RISAU. Memang anda perlu melalui itu semua. Memang perasaan itu akan dilalui oleh setiap orang. Melakukan sesuatu yang baru adalah diluar zon selesa seseorang.

Apabila sesuatu yang baru itu dilakukan berulang kali, anda akan berjaya mencipta satu zon selesa baru. Lama kelamaan, anda tidak lagi akan merasa takut, nervous, gelisah & risau!

Sekali lagi, terima kasih kepada media-media yangย tak jemuย memanggil saya. Kali ini, my thanks to Astro! Saya rasa Astro suka saya kut, dah 2-3 kali dah panggil saya ni ๐Ÿ˜‰ Also, terima kasih kepada anda yang sentiasa menyokong!

ps: Ada lagi berita baik yang saya nak kongsikan dengan pembaca Tip Satu Minit mengenai saya & Astro. Tapi, “biarlah rahsia” dulu. Nanti banyak sangat pulak good news dalam masa seminggu…. ๐Ÿ™‚

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

29 thoughts on “Irfan Khairi as seen on TV

  1. Chee Kui…bro Razzi pun jeles gak ni ๐Ÿ˜† Rasa geram-geram le di hati ni, rasa naaaaa…kkk sangat masuk TV ni cam Irfan ๐Ÿ˜› Kena work harder la kan sampai orang TV rasa kita worth it to be invited!

    Guess, theres no other way, we just have to be unique! ๐Ÿ˜‰

  2. ehmm…memang betul pun. lain skit cara cakap dalam rancangan usik2 chef wan dengan workshop yang saya ikuti bersama tambah pula Chef wan tu kuat mengusik! Nampak gelabah gak time tu,hehe..

    tapi bila dalam nescafe kick start tu dah nampak banyak improve! Tapi dari dulu sampai skrg, style camtu jer walaupun dah jadi jutawan internet.takder hati nak ubah penampilan ker? ๐Ÿ™‚ Gud luck !

  3. Setuju! Setuju!

    1st time… nervous sangat2x!!
    2nd time… nervous jugak
    3rd time… nervous sikit2
    4th time… rasa bdebar sikit
    5th time… rasa seronok pulak.. ๐Ÿ™‚

    6th time… yea! NAK lagi, NAK lagi!!!

  4. Assalamualaikum

    gembira dengan keadaan sekarang?Kalau dapat saya ingin ambil peluang untuk jadi pemikir agama.Fikir sahaja dan bukan bertindak menjadi penceramah agama.Fikir satu orang Islam mempengaruhi persekitarannya (mempengaruhi alam).Agama Islam di Malaysia tersebar dengan sebab adanya pedagang-pedagang Islam yang berniaga dan menyebarkan agama serentak.Bila menyampaikan ilmu internet merata-rata gunakan peluang ini untuk menyebarkan fikir agama di tempat yang pergi.Berfikir sahaja tau dan bukannya berceramah tentang agama.Bila kita dapat bawa orang Islam yang jauh dari agama dapat kembali dekat kepada agama itu adalah lebih baik dari mengislamkan 10 orang bukan Islam (kafir). sekarang merata dalam dunia penyebaran ilmu internet, saya doakan semoga akan kekal dalam keadaan demikian dan orang kenal bahawa Irfan Khairi usahawan muslim dari Malaysia yang telah berjaya.Semoga sentiasa selamat dan di pelihara Allah serta berjaya dunia dan akhirat.Wallahua’lam.

  5. hmm, cemana jadinya saya bila 1st time ditemuramah sekali ngan Irfan dan Fazley? Owh, maybe gemuruh habis!

    aritu terserempak 1st time ngan Irfan sekeluarga kat Popular kk saya dah jadi gagap ..

    hehe, kenangan terindah bagi saya ๐Ÿ™‚

    – shueqry –

  6. Kenapa tak jadikan cemburu dalam hati tu sebagai satu motivasi dan pendorong semangat untuk kita pun berjaya satu hari nanti macam Irfan.he3

  7. Tahniah dengan kejayaan demi kejayaan yang kecapi.

    Saya harap dengan muncul wira2 internet marketing kat public media camni, public akan lebih exposed dengan internet marketing dan semoga dapat kurangkan fobia untuk buat transaksi kat internet ni….

  8. chee kui & razzi > nak masuk tv, senang je… cari screw iver, bukak je peti tv ๐Ÿ˜‰

    hakimi > antara langkahnya adalah saya menyertai telaga biru ๐Ÿ˜‰

    irwan > waiting for my reply?

    insyaallah bulan ni, ada 1-2 lagi jemputan media. harapan dapat saya sampaikan mesej2 motivasi melalui media pula.

  9. Askum, tahniah Irfan..
    Kini saya mempunyai seorang idola dan pendorong
    kejayaan dunia akhirat,harapan saya ingin terus melihat kejayaan
    Tip 1minit dorongan saya menjadi jutawan muda masa kelak, thanx alot jumpa di puncak kejayan…Millionaires mind

  10. Bismillah, Assalamualaikum Tahniah di ucapkan. program TV @ Astro tu bila disiarkan? Inda sabar nak tengok d TV. Sababnya masa program TV Nescafe Kick-Start, saya bnyk miss. Hanya sikit saja tengok episod final. Didoakan sentiasa didalam keadaan sihat walafiat. Terima kasih kerana saya mendapat banyak tips yang sangat berguna dlm blog ini.

  11. senorok betul bila dgr masuk TV…
    rasa2 nak juga… tp bila kat org ramai saya segan…hehe.
    tak tahu mcm mana nak masuk TV macam …hehe..

    han

  12. Askum semua…! Tahniah atas kemunculan irfan kat tv skali lg. Semuga dgn penonjolan diri di tv akan mbuatkan lebih dikenali ramai dan bisnes u akan lebih maju lg di masa depan.
    Sy pun minat gak masuk tv mcm , sy sanggup hadapi perasaan gelisah & xselesa tu, tapi sesuai ke muka sy ni utk masuk tv?
    Dr ada tips tak pasal ni?
    Tq

  13. “chee kui & razzi > nak masuk tv, senang je! cari screw iver, bukak je peti tv”

    HAHAHAHAHAHAHAHA!!! Kelakar habis arr! ๐Ÿ˜†

    Nanti I cuba k ..saya rasa muat dgn badan saya yang ‘kecil’ ni hehehehe…

  14. Muzri, I rasa muat ๐Ÿ˜†

    Ikut IK cakap …lakukan sesuatu yang diluar zon selesa… Ini memang tak selesa langsung, menghenyakkan tubuh ku dalam TV tu… hehehe…

    Nanti bila dah selalu buat, hilanglah segala kegelisahan dan kerisauan. Barulah boleh cakap orang…, “Eh aku hari-hari keluar masuk TV!” ๐Ÿ˜†

  15. salamz
    wah nampaknya dh nak dekat ngan taraf moivator @ pun mmg dah jd motivator?(correct me if i’m wrong).artikel dalam majalah maskulin pun dah makin pelbagai…

Leave a Reply

Your email address will not be published.