Ingin menjadi speaker pakar? bhg 2

Menjadi speaker pakar adalah suatu karier yang boleh dikatakan lumayan pendapatannya. Ini kerana, tidak ramai yang berkecimpung dalam bidang ini- maklumlah, berucap di khayalak ramai dikatakan perkara yang ditakuti lebih daripada mati! Bak kata orang,  dengan air liur sahaja boleh membuat duit. Namun bukan setakat itu sahaja…

Untuk menjadi speaker pakar, perlu melengkapkan diri dengan bukan sahaja ilmu-ilmu berceramah sahaja, tetapi juga ilmu yang anda ingin kongsikan dengan orang ramai.

Tanpa ilmu dan pengetahuan dan skill berucap, siapa yang sanggup membayar kita RM untuk berucap kan? 🙂 Selain dari RM, menjadi speaker pakar adalah kerjaya yang memuaskan oleh kerana anda dapat menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada orang ramai. Menyampaikan ilmu yang bermanfaat adalah antara 3 amalan yang tidak akan putus apabila kita meninggal dunia kelak.

Berikut adalah beberapa soalan yang ditanya melalui post semalam.

SOALAN: Bagaimana pula kalau kita yang masih belum berjaya, tapi ingin memberi talk supaya orang bersemangat untuk mendengar?

Kejayaan adalah subjektif. tidak semestinya anda menjadi jutawan sebelum boleh memberi talk. Tetapi kejayaan boleh dilihat dari pelbagai aspek.

Katakan anda pernah mengajar seorang anak murid yang datangnya dari kawasan pedalaman. dan anak murid tersebut mendapat 8A dalam SPM. itu juga boleh dijadikan bahan kejayaan anda. anda boleh memberi talk motivasi dan ciptakan formula bagaimana anda berjaya mengajar seorang yang lemah, menjadi berjaya.

Katakan anda seorang guru yang pernah membawa pasukan bola sepak sekolah anda ke peringkat pertandingan sekolah-sekolah nasional. carikan kisah menarik disebalik perjalanan itu, mungkin “team” anda adalah team underdog. itu juga boleh menjadi kisah kejayaan talk anda mungkin dari segi “teamwork”.

Mungkin juga anda seorang manager yang berjaya mendapat pusingan keuntungan dalam team dibawah management anda 5 kali ganda di syarikat anda bekerja. Kejayaan itu boleh menjadi kisah kejayaan yang dikongsikan.

Tidak semestinya anda mencapai kejayaan yang cemerlang, asalkan anda dapat mencari kisah kejayaan yang anda dapat kongsikan melalui pengalaman anda. Aturkan talk anda berkisarkan kejayaan tersebut.

SOALAN: Perlu tak mengakui kelemahan kita sendiri tentang topic yang kita sampaikan kepada pendengar?

Perlu. Terutama sekiranya topik yang kita ingin sampaikan itu memang kita lemah. Nasihat saya, pertama sekali, jangan beri talk topik yang kita lemah. Jauhkan daripada itu. Tetapi, mungkin kadang kala, ada soalan dari peserta talk kita yang kita tidak tahu hendak menjawab. Dalam kala ini,  sebaiknya memang anda perlu mengaku kelemahan anda dalam topik yang dipersoalkan.

Contoh, anda boleh kata: “maaf, kepakaran saya adalah dalam topik promosi, tetapi soalan anda berbentuk undang-undang cyber law, sebaiknya anda mendapat keterangan dari mereka yang lebih mengetahui. namun, sefaham saya dalam persoalan anda adalah… (beri jawapan anda)”

Lebih kurang begitu. Beri penjelasan bahawa topik itu kita lemah, kemudian beri alternatif untuk mendapat jawapan mereka. Dan terakhir sekali, anda boleh memberi jawapan anda juga berdasarkan pengalaman anda 🙂

Soalan seterusnya akan dijawab tidak lama lagi…

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

4 thoughts on “Ingin menjadi speaker pakar? bhg 2

  1. Assalamualaikum.,sya baru 15thun .,,jadi apa langkah awal yg sya perlu ambil untuk jadi pakar motivasi /penceramah

Leave a Reply

Your email address will not be published.