Peluang sekali seumur hidup

Adakalanya dalam menjalankan perniagaan, atau baru ingin memulakan perniagaan kita akan terjumpa atau diberi “peluang sekali seumur hidup”. Dalam kata mat salleh, “Once in a lifetime opportunity”

Peluang begini biasanya adalah sesuatu yang kita rasa kita tidak boleh lepaskan. Kalau lepaskan, terasa AMAT RUGI. Ini kerana peluang begini tidak datang selalu.

Namun begitu, perlu ingat bahawa, walau hebat mana sekalipun peluang “sekali seumur hidup” yang datang ke arah anda, sekiranya peluang tersebut tidak ada dalam matlamat utama anda atau minat anda, abaikan sahaja!

Sering kali bila kita menerima peluang sekali seumur hidup ini,  mata menjadi kabur untuk menerimanya, walaupun ianya bukan matlamat utama dan minat kita. Menerima once in a lifetime opportunity yang salah hanya akan mengsasarkan perjalanan anda dari matlamat utama anda.

Katakan “TIDAK” walaupun sekiranya lepas, terasa sayang 🙂

ps: Terima kasih kepada peserta-peserta Workshop Jutawan Internet di Sabah hari Sabtu lalu- FULL HOUSE!. Orang-orang Sabah amat sporting. Cantik sangat pantai-pantai di Sabah! Workshop Jutawan Internet seterusnya akan di adakan di KL, jangan lepaskan!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

24 thoughts on “Peluang sekali seumur hidup

  1. biasa dengar ayat macam ni dalam bisnes MLM.
    Saya setuju dengan , jika peluang tu tak ada dalam jadual matlamat kita, abaikan je…TQ sebabkan ingatkan saya dan kawan-kawan yang lain

  2. salam doc,

    Betul tu!, sikap terasa syang nak lepaskan peluang ni mcm dah sebati dgn diri sy. Ok lah salah satu cth sy berjumpa 2 org sifu internet pd th 2006. iaitu permulaan tapak sy membina pernigaan internet. Sy jumpa doc dan saifulsham serentak di pesta buku pwtc pd awal 2006. masa tu bsemngat nak jmpa doc nak dpt autograf dan free gift limited utk 25 org!..haha, sampai beratur2..last2 turn sy, sy hanya sempat tanya pasal ‘shipping cost’..doc jwb simple je. ikutnak tanya byk tapi org ramai kt belakang..hehe..kelakar betul.

    Ha, pd hr tu juga sy berkenaln dgn saifulsham..masa tu mmg puas hati sy tanya psal pniagaan diorg sampai keletihan mereka…dan sampai skrg network tu masih kuat la org cakap:-)..

    kalau sy x berani bertanya dan kepd 2 org sifu t’sbut, sy rasa ia ibarat tiada apa2.

    kesimpulan sy, bila kita bjmpa peluang yg mmg jarang sekali kita dpt, grab it!..berjaya atau tak, gementar @ malu bertanya itu tolak ketepi..kalau motivasi kita kuat..tiada asap negatif yg akan menghalang kita..

    zaizen

  3. Memang benar seperti yang Doc. cakapkan 😀 . Kita sering kali terjumpa peluang yang memang sukar untuk dilepaskan.

    Di sini minda kita memainkan peranan untuk memilih “PASSION” sebenar yang dijadikan matlamat utama kita. Jangan kita terlalu mengejar berbagai peluang yang datang kerana ia akan menghilangkan fokus utama kita.

    Kesempatan ini juga saya ingin memaklumkan satu peluang untuk mengembangkan perniagaan.
    “Kalau lepaskan, terasa AMAT RUGI. Ini kerana peluang begini tidak datang selalu.” 😉 :

    GERAK USAHAWAN NASIONAL 2007

    Tema : Pengembangan Dan Pemantapan Rantaian
    Tarikh : 25 – 26 Ogos
    Masa : 9.00 pagi – 6.00 petang
    Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)Kuala Lumpur

    Di Rasmikan : Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi(Perdana Menteri Malaysia)

    Usahawan, Bakal Usahawan, Siswazah, Pesara dan orang ramai dijemput menyertai program ini.

    Maklumat Lanjut di:
    http://promoprosper.blogspot.com/2007/07/gerak-usahawan-nasional-2007.html#links

    Hisham;
    “Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Berciciran” 😉
    P2..DotCom Founder

  4. Asmkm Irfan, apa khabar? Shueqry here..

    bercakap mengenai peluang seumur hidup, secara kebetulan saya terjumpa Irfan sekeluarga di tingkat 5 Centre Point Sabah, di kedai buku Popular minggu lepas pada petang hari Jumaat. Time tu Irfan pakai baju tshirt round neck long sleeve warna kuning dan sedang mendukung budak kecil..

    saya sungguh terkejut dan tak tau nak cakap apa! Owh, ini betul-betul peluang seumur hidup.. orang yang saya kagumi berada di depan mata, tapi oleh kerana gugup betul, takde sepatah perkataan keluar untuk menegur Irfan..

    Inilah yang dimaksudkan dengan kuasa minda separa sedar dan Law of Attraction. Impian saya utk nampak Irfan dari dekat dah jadi kenyataan 🙂

    Thanks Irfan, you’re always be the inspiration.

    – shueqry –

  5. Selalunya bila terlepas peluang tu , baru lah rasa itu peluang seumur hidup. Tapi apa nak buat dah terlepas. Ada juga pada masa tu di rasakan peluang seumur hidup tapi bila dah ambil peluang tu , menjadi kerugian la pulak . Tapi seperti kata pada masa tu mata jadi kabur.

  6. bila sebut pasal peluang sekali se umur hidup, kadang2 saya terfikir adakah kita sedar yang peluang tu datang pada kita..

    kadang2 peluang tu datang sekali jer untuk seumur hidup tetapi kita tidak menyedarinya

    so saya nak tanya mcm mana nak mengetahui yang itu adalah peluang ??

  7. salam..

    saya pun selalu terfikir sama macam mijie cctv..macam mana kita nak tau peluang itu adalah peluang keemasan kita..

    mungkin..kita hanya perlu selalu bersedia..get ready and look around..kata orang, good luck is when preparation meets opportunity..

    betul tak irfan?

  8. Tul tu .tapi seringkali kita jupe org yg cakap..”ni peluang sekali sajer…rugi kalo x amik”..tgk2 org yang rekemen kat kite tu x maju gak…jadi nilai pelaung sebelum terima…Thanks

  9. eh, shueqry nampak saya di Popular Sabah tak tegur pula? 🙂 memang Law of Attraction, tapi tak menjadi lah sebab tak tegur :). insyaallah kalau panjang umur, boleh berjumpa lagi. asahkan lagi “law of attraction” anda.

    bagaimana hendak tahu sekiranya peluang tersebut adalah betul2 “once in a lifetime terbaik”? lihat sahaja tip hari ini dari perspektif yang lain:

    peluang sekali seumur hidup kalau hendak di pastikan, biarlah ianya berteraskan matlamat kita dan mengikut minat & passion kita. itulah yang dinamakan “peluang”!

  10. biasanya peluang tu dengan perluwang jadi kebanyakan kita tak dapat nak merebut peluang itu kerana tidak cukup wang. semasa saya membuat marketing ramai yang hanya mahu tapi tak cukup capital…dan mereka tidak tahu bagaimana nak mengatasinya. Jadi kalau kita dapat wang sejuta pertama tiada masalah untuk mendapatkan yang berikutnya.

  11. ye Irfan, nampak sekali ngan isteri dan anak-anak, owh, what a happy family!

    saya nak tegur, tapi takde yang terucap sbb gugup abis! LOA saya tak menjadi sebab saya hanya imaginasikan berjumpa Irfan depan mata saja, bukan bercakap dan bersalam dengan Irfan.. hmm, kena asah lagi..

    insya allah, satu hari saya akan duduk semeja dengan Irfan, mungkin juga satu pentas motivasi dengan Irfan :-)Inilah yang selalu saya imaginasikan..

    saya amat gembira sampai dah takleh tidur malam sebab terlalu exicted hari tu!

    Thanks for the reply..

    -shueqry –

  12. Bagaimana nak tau itulah peluang seumur hidup kita? Rasenye ramai yang tidak sedar itulah peluang yang harus kita ambil. Apakah rahsia irfan dan yang lain untuk mengintip peluang yang ada? Selalunya optimistic people dan risk-taker yang saya rasa bijak mengintip dan mengambil peluang keemasan sebab mereka berani mencuba.

  13. GERAK USAHAWAN NASIONAL 2007!!

    FREE tu…Tak boleh lepaskan peluang ini! P2, Thanks bg info awal…senang la org jauh mcm saya ni nak susun jadual turun KL.. 🙂

    Shueqry,

    kalau nak jumpa Irfan, ini lah masanya.. Tak pun, lain kali kalau mai sabah, gi la workshop ..gerenti puas hati punye lah!

  14. Assalamualaikum..

    Saya lebih suka kalau kita mencipta peluang dan bukan menunggu peluang yang datang sebab menunggu macam memperjudikan nasib pada sesuatu.Usahalah untuk mencipta peluang.Biar gagal selepas berusaha dan muhasabah diri selepas itu untuk mencari cara yang betul.Jangan selalu bermimpi kalau saya dapat itu dan ini boleh saya buat itu dan ini.Wallahua’lam.

  15. gerak usahawan nasional 2007, ada sesi bengkel dengan irfan kan 😀 sy dh potong dh iklan tu tinggal nak fax :d nak pergi…..

  16. memang . bila jupe ayat peluang sekali seumur hidup ia buat kita berat hati nak lepaskan nya…yela bila lepaskan nya mungkin dah takde di masa hadapan…
    tp dgn tips beri ni, buat saya sedar kalu takde matlamat tak guna kita ambil peluang tu…

    shueqry jupe ek… rugi lah tak tegur…peluang hanya mungkin dtg sekali…hehe

  17. ye, memang nampak rugi, tapi sungguh bermakna bagi saya sebab ia kebetulan, nampak dia depan-depan sekali ngan his family ..

    terima kasih pada kawan-kawan semua 🙂

    – shueqry –

  18. apakah tips untuk kita bezakan sama ada yang datang itu peluang atau sesuatu yang mesti ditolak??? saya amat sukar bezakannya

  19. memang betul tu,,, kekadang matlamat yang kita tuju dah betul,,,tapi peluang yang datang seolah-olah cuba memberi kita peluang yang seakan-akan menjanjikan kesudahan yang lebih sempurna dari peluang asal,,,disinilah kita perlu ada panduan asas tujuan kita…tapi walau bagaimanapun kita jangan lupa meminta petunjuk dariNya

  20. Memang kita akan terserempak dgn peluang sebegini, klu tak sekali pun, 2 3 kali je seumur hidup. Memang ada masa rasa rugi sgt klu dilepaskan begitu saja. Tapi mcm Irfan kata, klu kita tak minat dan takde matlamat pun dlm bidang yg mana peluang tersebut muncul, mugnkin kita kena let it go saja…. Klu kita grab pun, mungkin lps tu kita takkan buat dgn sepenuh hati. Tapi klu peluang yg muncul tu mmg yg dah lama kita nanti2kan dan impikan, so why not?! Jgn fikir panjang sangat… terus rebut peluang keemasan di dpn mata! 🙂

  21. Salam. Aduh! sayangnya kalau sesuatu peluang itu anda lepaskan begitu sahaja.
    Satu peluang yang baik datang, kemungkinan tidak akan datang untuk kali kedua.
    Jadi fikir-fikirkanlah ye…

  22. Saya berminat untuk memulakan perniagaan sendiri. Bagaimanapun masih ada rasa risau nak berhenti kerja takut kalau bisnes tak menjadi. Tapi kalau dapat peluang berniaga memang syok,,

  23. A’kum,
    Betul, kadang2 peluang yang kita sangkakan baik tu bukan kita yg punya.Mungkin ilmu kita yg kurang atau semangat yg lemah..
    Peluang yg baik itu perlulah diserasikan dengan kekuatan yg kita ada..
    Matlamat, misi, visi, perancangan dll…

    A’kum..

  24. Assalam…

    peluang yang baik akan datang juga satu hari nanti. Kita akan tahu peluang itu sesuai untuk kita atau tidak… Gunakan fikiran, hati, pikir betul2 adakah peluang itu matlamat kita, jika bukan lupakan…

Leave a Reply

Your email address will not be published.