Buat Keputusan Hari Ini!

Ramai antara kita tidak membuat keputusan untuk menjadi kaya. Sudah tentunya, ramai yang mengharapkan kekayaan. Ramai juga yang mendoakan kekayaan. Tetapi langkah yang sering dilupakan adalah untuk anda membuat keputusan menjadi kaya.

Tetapkan matlamat anda untuk menjadi bebas kewangan. Tanamkan niat di hati bahawa anda akan berkorban dan berusaha untuk mencapai matlamat kewangan tersebut. Tanpa membuat keputusan, anda bagaikan berdiri ditengah-tengah pagar “Jadi kaya pun tak mengapa… tak jadi kaya pun tak mengapa”.

Mulai hari ini, tetapkan keputusan anda untuk menjadi bebas kewangan. Tetapkan keputusan untuk memulakan perniagaan. Keputusan ini akan memberi fokus kepada anda untuk mencapai matlamat anda.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

36 thoughts on “Buat Keputusan Hari Ini!

  1. Hati dah lama berkata nak jadi kaya..(mcm mat jenin lah pulak), tapi perbuatan,perlakuan tak menuju ke arah itu..
    Kalu saya tak dtg seminar @ tak beli lagi buku saudara tak pe ker..?

    ….mmm oklh saya usahakan nak dapat buku awak dulu..

  2. Dengan membeli buku boleh menambahkan minat kiter untuk menceburi bidang yg boleh mendatangkan kejayaan.

    Saya dah beli buku Rahsia Jutawan Internet Terbongkar & banyak manfaat yg telah saya dapat.

  3. orang bijak adalah orang yang pantas merebut peluang..
    mereka bukan sahaja pantas, tetapi juga bijak menggunakan kepantasan itu untuk memintas semua halangan dan mencapai kejayaan..
    So, buat keputusan yang bijak hari ini.. dengan membeli buku rahsi jutawan internet terbongkar! penulis: Irfan Khairi 🙂

    Regards

  4. Kebanyakkan orang nampak peluang tetapi tidak melihat.. ada wang tapi tak tau nak buat apa2.. Andai anda berpeluang dan mempunyai modal USAHAKANLAH rancangan anda SEGERA…

  5. Tanpa membuat keputusan, anda bagaikan berdiri ditengah-tengah pagar â€Jadi kaya pun tak mengapa! tak jadi kaya pun tak mengapa”.

    Tak betul..tak betul..saya selalu nak jadi kaya apa.

  6. Tang tips yang ini buat aku tersentuh sikit..selama ni aku nak bebas dari penjara yg aku buat, tapi usaha ke arah kebebasan tu belum bersungguh lagi..teruskan Irfan..bagi tips2 yg hebat utk di kongsi bersama..

  7. Dalam banyak-banyak tips, tips ni yang paling saya suka. Ye hidup kita ni kena ada matlamat atau pun tujuan.Tanpa tujuan kita akan tetap macam ni sampai bila-bila.Tak salah membuat satu matlamat besar, apa yang penting cuba untuk mendapatkannya.. Tanya diri kita, ‘Apakah kita rugi menetapkan matlamat hidup kita?’

  8. korang mesti kesian kat aku,why? aku skang kerja sebagai wanding orang dengan metal detactor kat sebuah syarikat mikik USA. silap hari bulan jumpe bomb!meletup! takpelah janji dapat duit dan boleh buat bisnes internet suatu ari nanti.

    aku nak pesan kat mu! apabila kita berjaya nanti
    jangan ceritakan kisah zaman teruk kita dulu kerana ia boleh memakan diri sendiri.
    contoh: seorang kaya dari kota bharu selalu berkata kepada kawan dia, aku dulu kerja kontrak
    punggah tanggi tahi dari tandas ke tandas.
    Akibatnya, orang selalu berkata kat dia, dulu dia tu kerja punggah tahi jer!!!!!.
    dia sepatutnya berkata, aku banyak pengalamn tentang ini,itu! tanpa jawapan tepat….

  9. Keputusan untuk jadi kaya tanpa ada modal walau RM1.00 boleh ker ? In this case must need RM860. So tak semua orang ade …….cuma semua orang pasti ade keputusan untuk jadi kaya…. Cam ner tu ?

  10. keputusan sudah…perancangan dlm proses…perjalanan akan dteruskan…kejayaan menanti dihadapan..thanks Irfan

  11. siapa yang hendak hidup susah atas dunia ni.Semua orang nak kaya,cuma jalan dan lorong yang dimasuki itu silap.Supaya tak silap ikut aje apa yang jutawan dah buat.

  12. saudara irfan,sy ingin memulakan perniagaan kecil2an spt menjual lampin pakai buang utk baby dan kanak. masalah saya bagaimana utk meneruskan perniagaaan secara atas talian kerana saya tak tahu utk membuat website.kalau boleh..bagaimana cara utk saya memulakan.ingin belajar dan dengar pendapat saudara.

  13. Terima kasih diatas nasihat dan tips-tips yang diberikan. Saya akan pastikan yang satu hari nanti saya akan bersama-sama dengan Irfan dapat bertemu disatu majlis membincangkan cara-cara untuk menjadi seorg yang bebas kewangan. Saya kagum dengan pencapaian setakat ini. Saya harap dapat memberikan saya sedikit sebanyak bimbingan untuk saya menjadi seperti skrg. Jumpa lagi di puncak kejayaan. Salam hormat dari saya Azrin Anas

  14. Keputusan?
    # Tepuk dada..tanya selera

    Usaha?
    # Di mana ada kemahuan…di situ ada jalan

    Cabaran?
    # Hendak seribu daya..tak hendak seribu dalih

    Kejayaan?
    # Kecil Tapak tangan..nyiru ku tadahkan

  15. just do it. lepas tetapkan matlamat, kena buat.jangan tunggu2 lagi.cikda nak kongsi pengalaman cikda stat bisnes online ni.tak pandai pun, tapi cari org yg pandai. pastu kita slowly belajarla..memangggg cikda nak kebebasan kewangan.bukan setakat nak kaya. up lagi pada kaya.hehehe

  16. saya ini mempunyai banyak cita cita dan saya tidak dapat membut keputusan antara mana cita cita yang patut saya pilih dan yang mana membawa keuntungan yang berlipat ganda dalam duni macam boleh di cuba tapi untuk menjadi seseorang yang berguna memang susah

  17. kalau nak jadi kaya … senang Baca Banyak Banyak AYAT SERIBU DINAR SETIAP MALAM DAN HARI INSYA ALLAH KAYA….

    KALAU TAK CAYA BUKA AL QURAN

  18. kalau nak jadi kaya kena minta pada Allah. Sebab Allah maha kaya.

    Jadi jom berusaha bersama saya dalam projek menternak dan membekal lembu dan kambing seluruh malaysia.

    Saya membekal pelbagai jenis baka kambing dan lembu bagi seluruh rakyat malaysia.

    Insyallah semua jadi kaya. 019-3402082

  19. askm… saudara irfan…
    Betul 2, klu x ditetapkan matlamat mcmana nk t’capai… kekayaan umpama raja… kita teringin nak berjumpa ngan raja dalam istana tapi dalam masa yang sama kita takut nak melalui pintu2 pagar istana tersebut.. takut pada PROTOKOL,PENGAWAL2,PEMIKIRAN YG NEGATIF YG SLALU DPIKIRAN GAMBARAN YG BUKAN2… Padahalnya… sekiranya kita betul2 teringin amat bertemu dgn sang RAJA.. dengan tekad yang kuat kita MAMPU MERINTIS APA SAJA RINTANGAN DHADAPAN…. DAN AKHIRNYA KITA BERJAYA BERJUMPA DGN RAJA OR KEJAYAAN..;)

  20. terima kasih kerana berkongsi Irfan. 🙂

    sebenarnya, semua kita perlu kaya. hakikatnya, tidak semua akan kaya… jadi, kita berpeluang untuk tergolong di kalangan orang luarbiasa ini. cari jalan ke arahnya. insyaALLAH… hukum mencari, akan ketemu juga…

    kepada satu hal… jika kaya itu ditampakkan jijik, hina dan tidak semestinya perlu jadi akan kepadanya…

    cuba fikirkan… apakah anda dapat lakukan jika sekiranya anda miskin.

    cuba fikirkan pula… apakah anda dapat lakukan jika sekiranya anda kaya.

    fikir-fikirkanlah… pilihan anda, anda yang pilih. 🙂

    p/s: bukankah hidup ini sendiri adalah suatu pilihan…???

  21. irfan tolong ajar saya cam mana nak buat duit daripada rumah. saya ada dgree tapi saya lebih suka buat bisness.Suami saya ada sarankan supaya beli buku irfan khairi tapi saya masih cuba joint buat duit dengan skim dlm intrnet yang kononnya boleh menjana pendapatan beribu-ribu.Bila dah rigster tak ada hasil seperti yang dijanjikan.pada mulanya dia tunjuklah kan skrin saya kononnya untung rm20 lepastu senyap.

    saya dah baca perniagaan internet di bawah kelolaan u i amat berminat dan yakin macam mana saya nak buat bisnes dlm internet yang saya boleh saya lakukan daripada rumah di samping anak2.

  22. saya adalah antara golongan2 yang tidak berpelajaran tinggi,tetapi apabila memasuki alam berumah-tangga melilau otak untuk mencari duit lebih.kerja sebagai k/tangan awam,berapa sangatlah yang ada.tambahan pula anak nak masuk yang kedua ni lagilah banyak nak guna.memang anak2 yang lahir akan ada rezekinya,tetapi kalau tak dicari,manakan jatuh dari langit wang seketul kan?saya ada hadiri kelas komputer 3 hari saja tp saya yakin dapat mahirkan diri nanti.pasal tu lah saya beli laptop 1.dapat tahu pasal2 ni dah lama tp buat masa ni ingat nak beli buku dululah.

  23. Terima kasih!!! Semangat saya yg hampir hilang utk jadi kaya akan berapi semula! saya akan dapatkan 3 juta ringgit sebelum reach umur 23 tahun!!!!! yeh!!!!!!!!!!!

  24. seronok nyer klau xde bebanan kewangan..tp sy byk btul prob ngan status sbgai penganggur wlpn bljr smpai universiti..tolong la sy..

  25. a,kum..irfan khairi,teruskn perjuangan demi bangsa dan negara. ramai org di sini memerlukan budi dan jasamu termasuk le saya nie, ada masa ku pun nak join u punya workshop

  26. saya memang xde modal untuk beli buku-buku irfan nie.maklum le name g penganggur.mcm mana ni….minat dah ade…tolong le saya…

  27. saya telah menceburi dlam perniagaan dari umur 21thn.lagi 2 hari genap 29 thn.sy tetapkan matlamat untk memperolehi pendapatan melebihi 5 angka sebelum usia 30 thn.alhamdullilah sy memperolehinya dalam usia 28thn.matlamat ug ingin saya capai adalah mencapai status jutawan sebelum usia 35tahn.sy ada 6 thn lg untuk diusahakan moga diizinkan allah.Sy membuat keputusan untuk mengahadiri seminar saudara pada 27/3/09 di kota bharu nanti.jumpa disana.ini mungkin keputusan kecil untuk hasil yg besar.

  28. emmm…saya nie mmg minat berniaga…tp kena buat part time jer ler sbb saya nie dah kejer…saya dah beli buku irfan tu. dari situ ler saya tetapkan…kena buat skrg…jgn tangguh2 lg…pada mulanya mmg xlengkap..itu xada..ini xada….tp kalu nak tunggu semua ada baru nak berniaga…sampai bila…sbb sampai bila2 pun xlengkap. Alhamdulillah dalam masa sebulan…akhirnya siap jugak blog saya tu

  29. dh lme sye impikan nk jd seorang yang mempunyai keperluan hidup yang serba serbi lengkap…tapi saye masih blm mampu utk mendapatkannya.saye minat sangat dalam perniagaan tapi saye xthu mcm mane nk dapat seseorang yang mampu memberi saye semangat dan motivasi…ramai org yang pandang rendah pd saye

  30. That’s right! Memanglah impian nak jadi kaya, tapi bila buat sesuatu tu mesti tak berjaya untuk diri sdr, sdgkan org sekeliling buat melalui galakan kita boleh pula berjaya.
    MAkin lama hilang rasa keyakinan diri,
    nak buat bisnes sampingan “MLM” tapi tak tau mcm mana nak provoke orang lain.

  31. Betul tu semua orang nak hidup serba lengkap, serba mewah,tapi nak dapat tindakan yang tepat untuk berjalan dengan semangat akan berjaya tu susah walupun pelbagai seminar,motivasi,buku telah hadir dan baca…
    Namun dengan mengikuti dan menghayati email dari IK serta ditambah dengan keinginan sendiri InshaALLAH hati yang keras pun mendapat rahamat dari ILLAHI.Terima kasih Dr.Irfan inshaALLAH suatu hari saya akan lahir sebagai insan berjaya.

  32. Insya Allah….mmg saya dah tetapkan matlamata untuk menjadi kaya & berjaya…

    saya dah mulakan langkah dengan membuat keputusan ini..now saya tengah berusaha untuk mencapainya..

    Tuan Irfan mohon doakan saya yee.

Leave a Reply

Your email address will not be published.