Cuba fikirkan…
Masa kita kecik-kecik dulu, zaman salah seorang sahaja ibu bapa kita bekerja. Selalunya bapa, ibu jadi suri rumah…
Zaman sekarang, lihat diri kita (atau abang/kakak kita bagi yang muda-muda), zaman sudah berubah di mana kedua suami & isteri perlu bekerja untuk menampung keluarga akibat ekonomi meningkat…
Fikirkan apa akan jadi 5 tahun lagi, 10 tahun lagi, atau 20 tahun lagi…
Bagaimana suami & isteri perlu menampung keluarga?
Pakar-pakar perniagaan berfikir, dalam satu masa nanti, kesemua keluarga perlu memikirkan memulakan perniagaan secara “part-time” untuk menampung keluarga. Ini kerana, ekonomi semakin naik, harga barang semakin naik dan yang penting sekali, lifestyle semakin meningkat.
Satu hari nanti, ia akan jadi amat sukar untuk hidup dengan hanya “makan gaji” kedua suami & isteri. Perniagaan secara sambilan dimestikan!
Sekiranya anda belum lagi memulakan perniagaan, fikirkan ini. Mulakan perancangan untuk memulakan perniagaan satu hari nanti 😉
Soalan…
- Bagi anda yang belum memulakan perniagaan, apakah yang menghalang anda dari memulakan perniagaan? Mungkin rakan-rakan sini dapat membantu.
- Bagi mereka yang dah ada perniagaan, apakah penghalang sebelum memulakan perniagaan? Mungkin dapat kongsikan pengalaman bagi mereka yang belum memiliki perniagaan.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Penghalang saya masa mula-mula berniaga ialah untuk mendapat ilmu tentang perniagaan yang saya ceburi sekarang iaitu printing t-shirt.Susah nak mencari seseorang melayu yang boleh menjadi mentor kepada kita yang kosong tiada apa-apa ini.Bagaimanapun, sebab minat yang mendalam saya mulakan juga perniagaan t-shirt printing secara kecil-kecilan dan saya buat kajian dari segi proses mencetak sehingga pemasaran.Saya juga mula berkerja dengan seseorang yang membuat printing tshirt untuk belajar teknik-teknik dan kaedah yang betul.Saya dapatkan maklumat nama supplier dan lain-lain keperluan semasa bekerja dengan beliau.Disebabkan saya rajin membaca tips satu minit (credit to )dan juga usaha yang tiada henti serta sentiasa berdoa kepadaNYA, perniagaan saya mula menunjukkan hasil yang memberangsangkan.Sesiapa yang berminat untuk belajar t-shirt printing bolehlah melawati laman web saya di http://www.cetakbaju.com .Terima kasih
slmt pg ,
saya belum ada perniagaan tapi sedang diusahakan untuk menjalankan perniagaan internet ni.
yang menghalang saya memulakan perniagaan ialah kekurangan modal untuk melabur ke perniagaan.
tapi semua itu telah saya usahakan. semalam saya dah dapat beli beli domain name & web hosting. dan dalam sebulan lagi akan saya lancarkan perniagaan saya. masih byk yang perlu belajar ttg Cpanel.
doakan lah saya berjaya …
thanks…
saya masih tercari2 untuk menjalankan perniagaan sambilan..
tak tau per lagi..
Saya sedang menjalankan perniagaa t-shirt secara sambilan. Memang saya ada impian untuk mengembangkan lagi business saya kepada pasaran yang lebih besar. Tapi saya tak tau apakah cara yang paling berkesan dan paling menjimatkan kos buat masa terdekat ini. Untuk jangkamasa pangjang saya sudah ada plan perniagaan ini tapi modalnya agak besar sekikit la. So saya tangguhkan dulu impian saya…
zai.. apa kata zai cuba cari sponsor,ini adalah contoh soalan dalam borang sponsor dan contoh orang yang dah berjaya dapat sponsor.
(saya pun nak buat jugak)
1. Describe the event / program that will be sponsored.
Ensure that you provide enough information for the potential sponsor to understand what it is that they are being asked to get involved with.
2. Where will the sponsor’s logo / images appear?
Ensure that the sponsor understand how their logo / images will appear in the eyes of the public.
3. How many people will see the sponsor’s logo/ images?
This directly affects that amount of money your sponsorship opportunity is worth.
4. Provide demographic information about the audience that will see the sponsor’s logo/images.
This is critical information for a sponsor. Include gender, age range, ethnicity,common interest. If you do not have specific information, provide estimates. Describe the geographic region(s) where the sponsor’s logo / images will be seen.
5. Will there be any form of media newspapers, magazines, radio, (TV, etc) involved?
The exposure that the sponsor will receive will consist of both an audience at an event and any media exposure. An estimate of the likely media exposure will have a big impact on the value of the sponsorship opportunity.
6. Are there any current sponsors?
Consider whether any other current sponsors may be competitors of the sponsor you are targeting or incompatible in some other way.
7. Provide an estimate of the amount of possible exposure for the sponsor based on a high and low scenario.
Ultimately, sponsors want know how much exposure they will get based on a good and a bad scenario.
8. Amount of sponsorship funds required and Frequency
Based on all of the above, carefully consider whether you should be asking for more or less than you were thinking. Sponsors will not contact you if they feel you are being unreasonable.
9. Deadline to receive sponsorship funds .
Is there an event or other deadline involved? Can it be changed?
10. Briefly outline benefits of sponsoring for the sponsor.
What benefits other than exposure are available to the sponsor? Will they receive free goods or services, association with a good cause, etc?
11. Outline the types of sponsors that you feel should be interested in your sponsorship opportunity.
Try to make a compelling connection between the products of a sponsor and your sponsorship opportunity.
12. Is there a detailed sponsorship proposal ready to give to interested sponsors?
Sponsors will want to see a detailed sponsorship proposal (particularly for large opportunities
thanks doc kerana tip hari ni, saya ambik serius tip hari ni.
Saya mmg memilih utk tak bekerja, nak tak nak terpaksa mencari satu cara yg membolehkan saya mendapat income. Sekarang Alhamdulillah dah dekat setahun saya menceburi perniagaan internet. Million thanks to Irfan for showing me the way! 😀
Tapi, semuanya taklah seindah dan semudah yg diharap (to be honest). Tahun-tahun pertama mmg mencabar. Silap2 dan klu tak kuat kita terkandas di tgh jalan! Semoga Allah cekalkan hati saya… So, bagi yg baru nak bermula, jgn lupa lengkapkan diri dgn ilmu. Klu kita lakukannya dgn cara yg betul, insyaAllah akan membuahkan hasil…
Bagi saya perniagaan di internet adalah lebih sesuai untuk mendapatkan pendapatan tambahan.
Telah 2 tahun saya menjalankan perniagaan di internet. Saya mempunyai 4 produk perkhidmatan, 1 ebook sendiri, 2 blog. Kesemuanya produk saya berkaitan dengan Promosi dan Pemasaran kerana saya berpendapat promosi dan pemasaran adalah paling penting dalam menjalankan perniagaan. 🙂
Memang betul apa yang dikatakan ‘Mazny’ 😉 “semuanya taklah seindah dan semudah yg diharap (to be honest). Tahun-tahun pertama mmg mencabar”
Halangan yang paling besar adalah “Diri Sendiri”. Motivasi diri perlu kuat dan abaikan pengaruh disekaliling kita yang boleh melemahkan semangat dan motivasi diri kita. Insyaallah kejayaan akan menjelma tetapi bukan dalam jangka masa yang singkat. 😀
Hisham;
P2..Dot Com Founder
Memang ramai yang ingin membina empayer perniagaan mereka sendiri supaya dapat meningkatkan taraf ekonomi keluarga.
Tidak kira bidang perniagaan apa pun yang penting usaha dan jangan putus asa.
Setiap perkara itu perlu berterusan dan tidak hanya berhenti disitu sahaja.
Minda kita kena betul dengan konsep perniagaan, tak semestinya hari-hari dapat untung aje ada masa rugi jugak.
Bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan eloklah membaca serba sedikit tentang buku-buku motivasi orang yang berjaya. Buku “jutawan senyap” pun bagus juga sebagai motivasi diri.
Dan yang mustahak, take your first step, dari situ kita perbaiki.
Semoga success kengkawan semua.
P/s: Saya sedang mengusahakan penternakan, InsyaAllah 8 Julai 2007 kandang saya akan siap dan kambing pun akan mula masuk. Nak cuba jadi usahawan tani pula. Tak boleh statik dengan satu business aje…kan ?
Assalamualaikum
‘My eam job’ adalah perniagaan yang merdeka dimana saya tidak dan perniagaan saya tidak bergantung kepada orang lain (pengedar dan pemborong)untuk bergerak.Juga masa saya tidak terikat dengan kerja sehingga terpaksa bawa handphone ke mana-mana.Saya suka untuk meniru gaya pengurusan Crystler dimana masa tertentu diuntukkan khas untuk berada di samping telefon.Mostly sayalah yang kena call balik le.Saya tidak suka di ganggu dengan call yang tidak menentu masa.
Ini cuma gaya hidup orang macam saya dan perniagaan menjadi impian serta cita-cita.Saya cuba kekalkan untuk meminimakan kehendak dan keinginan sebab saya sangat suka berbelanja.
Wassalamualaikum.
Inflasi sekarang makin meningkat. Seperti yang diperkatakan dalam Stars, jika sekarang belanja untuk makan perlukan RM20 sehari tapi 10 tahun akan datang memerlukan RM64 sehari. Jika 20 tahun yang lalu kebanyakan pelajar mendapat biasiswa untuk belajar di University tapi sekarang ini ibu bapa perlu tanggung atau membuat pinjaman. Kita perlu ada simpanan hari tua jangan bergantung pada anak kerana mereka juga ada tanggungjawab. Jika umur seseorang itu sehingga 75 tahun boleh hidup, ini bermakna mereka masih ada 20 tahun untuk hidup selepas pencen.Kita mesti ada simpanan untuk makan, kesihatan dan riadah untuk 20 tahun. Saya setuju dengan idea bahawa perniagaan samada sepenuh masa atau sambilan adalah cara terbaik untuk menambah kewangan kita.
Sekian Sharifah Azran Alam
Assalamualaikum,
Saya makan gaji lebih sepuluh tahun, sepenuh masa dalam bisnes pun lebih sepuluh tahun, sudah merasa jatuh bangun, susah payahnya. Kesimpulan jujur yg ingin saya kongsikan Irfan adalah model usahawan muda yg sgt patut dicontohi dari sejarah mula, kini dan wawasannya.
– mulakan dgn ilmu “mind set”
– kuasai ilmu kejayaan dlm bidang diminati
– patuhi ilmu pengurusan kewangan
– kembangkan ilmu strategi berwawasan.
Mudah-mudahan kita tidak perlu menempuh terlalu bnyk kegagalan sblm berjaya dan sentiasa dpt meningkatkan kejayaan walaupun kita sudah tiada. Amin
Yup, dijangkakan satu rumah/satu keluarga menghasilkan seorang ahli kerajaan profesional sudah ketinggalan zaman
yang sepatutnya, satu keluarga/rumah menghasilkan seorang Internet Businessman in the near future..i know i did..haha
Bg sesiapa yg ada perniagaan/projek tapi tak cukup “fund”, boleh hubungi saya utk dapatkan bantuan “fund”. Utk maklumat lanjut,email ke nazrismm@yahoo.com
Suatu hari nanti semua orang mempunyai perniagaan sendiri.Kalau harap makan gaji je hujung bulan dah kering.
Saya pun ada juga memulakan perniagaan secara sambilan , dapat laa untung sikit tapi sangkut di tengah jalan. Sekarang ni sedang mendalami ilmu perniagaan internet dan penulisan . diharap dapat la rezeki untuk menambah pendapatan keluarga
Salam semua,
Bagi saya pula Modal dan Action/Bertindak adalah 2 perkara penting untuk mulakan perniagan.. Modal masih boleh dicari tetapi action adalah dari dalam diri kita sendiri.
Adakah kita berani. jawapan ditangan sendiri :-).
Bagi saya, 3 perkara utama yang perlu difikirkan sebelum memulakan perniagaan iaitu a) Modal; b) Technical Know How; c) Contact / Promosi.
Nak berniaga tak semestinya bermula dgn modal besar. Kalau perlukan modal pun, ada banyak institusi yg boleh bagi pinjaman tapi kenalah buat kertas kerja sikit. Kalau berniaga internet biz, Irfan sendiri pun kata serendah RM300. Saya pun bermula internet biz dgn join beberapa program affiliate. Join free je. Cuma kena pandai promot je. Setakat ni pendapatan dari affiliate program dah boleh bayar duit rumah dan duit loan kereta. Sekarang sistem dah automatik.
“Technical Know How” boleh dapat dari pengalaman kita sendiri, boleh belajar dari mereka yg pakar dlm bidang dia. Contoh seminar irfan. Atau pun boleh upah / gajikan mereka yang pandai. Ianya bukan satu halangan besar.
Contact/Promosi – Ini penting dalam apa jua jenis perniagaan. Banyak cara & kaedah promosi yg boleh kita belajar & praktikkan terutamanya online marketing. Contohnya macam ebook Irfan sendiri. Banyak teknik online marketing. saya sendiri pun dah praktikkan. Memang berhasil. Yang terkini saya tahu guna “MySpace” utk pasarkan apa jua produk.Terdapat lebih dari 65 Juta database individu berdaftar dgn MySpace.
Yang terkini, saya baru je bina laman web sendiri iaitu program pengurusan berat badan. Saya sendiri adalah testimoni bagi program tersebut. Kalau anda sekalian rasa dah terlebih berat, atau dah masuk dlm kategori obes, bolehlah lawat laman web saya di http://www.langsingsihat.com
Selamat berniaga!
1. yang menghalang dari sy memulakan perniagaan … family factor (parent) =)
2. yang menghalang saya memajukan perniagaan …family factor (parent) juga… =)
apa yg saya buat sekarang nih.. pekak kan telinga (buat dek)… dan terus melaksanakan plan yg telah dirancang.
memang hebat sgt dugaan nak break from the pack sebab semua keputusan diri ditentukan oleh keluarga, sedangkan ekonomi keluarga semakin goyah.
mengenai modal perniagaan, insyAllah rasanya tiada masalah..resource byk …lagipun sy seorg bekas pelajar (banyak kelebihannye) =)
nak minta pendapat orang2 lama kat sini..any advise ?
diri sy:
umur 25+
lelaki (anak sulung dari 4)
bujang
Bermacam tip dah saya baca. Paling susah ialah nak setup choice pembayaran. Kalau guna paypal kena ada akaun di US. Ada pilihan lain ke? Please advise. Thank you.
Nak buat kerja sambilan untuk tambah pendapatan tapi masih tercari-cari sumber idea…
En. Irfan… Program Paid 2 click macam Numenmail.com tu ok ker?
Irfan, anda adalah role model kepada kami semua.. alhamdulillah atas tip2 yang diberi serta minat saya yang mendalam dalam internet business ini meletakkan saya di tempat yang betul..
setelah semua kajian dibuat serta ilmu yang saya peroleh dari buku2 perniagaan di internet, alhamdulillah bisness yang saya ceburi ini membuahkan hasil yg memberangsangkan..
satu ungkapan dari saya untuk anda semua: “mengorbankan wang ringgit demi untuk mendapatkan cara menambah pendapatan adalah lebih baik dari menghabiskan duit untuk perkara yang tidak bermanfaat”
lihat website saya untuk perkongsianbersama.
thanks
Saya sedang menjalankan perniagaa t-shirt terpakai secara sambilan. Memang saya ada impian untuk mengembangkan lagi business saya kepada pasaran yang lebih besar. Tapi saya tak tau apakah cara yang paling berkesan dan paling menjimatkan kos buat masa terdekat ini. Boleh tolong saya cari pemborong t-shirt baru?
saya seorang guru tapi masa lapang saya dihabiskan dengan membuat macam-macam kerja asalkan dapat duit, alhamdulillah dapatlah menampung sedikit sebanyak perbelanjaan saya
Kepada sesapa yg mahu mendapatkan kesihatan lebih baik, kekalkan kesihatan, menurunkan or menaikkan berat badan blh kunjungi laman web http://www.langsingsihatbernutrisi.com. ada testimoni saya dan ahli keluarga saya yg lain. website ini hasil bimbingan dr cd 123 Irfan Khairi. Saya perlukan bimbingan utk promosi laman web ini.
saya pun minat juga.macam mana nak besarkan perniagaan bundle saya.
Sy sgt brminat utk mbina perniagaan sndiri, shingga ari ni smangt sy makin berapi2..walaupn blum ada kjayaan yg ingin sy kongsikn stelah mnceburi bebrapa prniagaan, wlaupn sy kurng mdpt sokongn drp kluarga sndiri, namun sy masi brsemgat utk mncapai impian sy. skrg sy amat brminat dlm bidng printing dn sulaman tshirt, skiranya ada kwn2 yg sudi mbimbing,sy amt bterima ksih. bimbingan brbyar pn sy tak kisah krna sy tahu tiada ilmu yg dtg scra prcuma..danie7277@gmail.com
Assalamualaikum Tuan Rumah,
Artikel di atas menarik untuk diberi komentar khususnya pada petikan ini
“Bagi mereka yang dah ada perniagaan, apakah penghalang sebelum memulakan perniagaan? Mungkin dapat kongsikan pengalaman bagi mereka yang belum memiliki perniagaan.
Dalam kes saya, “ilmu”…
Hari ini saya berpendapat “Lebih baik melabur untuk menuntut ilmu dari guru yang tepat (walau sedikit mahal) berbanding dengan try & error..
Bertambah ilmu, bertambah keyakinan..bertambah maju bisnes..InsyaAllah
Salam ceria & inspirasi
“Pray Hard, work smart & creative”
Assalamualaikum
Nak berniaga kene buat ‘desicion’ yang kuat..kalau x kuat takut2 kandas tengah jalan je…
Salam..
Sebelum saya memulakan perniagaan online yg pertama (bkn pakar blogger) menjadi penghalangnya adalah kekurangan ilmu serta takut dgn kebolehan diri sendiri.
Tq
Kekangan utama saya untuk memulakan perniagaan ialah tiada modal yang banyak, tiada mentor dan takut kegagalan..
Banyak kali mencuba akibatnya saya selalu “melanggar dinding”
So… apa tips terbaik. Segalanya memerlukan usaha yang berterusan hingga ke hujung nyawa.
3 tahun yg lps, 1st time saya nmpk IK di TV, terus terbuka hati sy utk belajar internet mrktg. Lps tu saya selalu ikuti blog ni & dpt motivasi nak buat part time bsns thru internet. Maka terhasillah sapriplumbing. Saya combine skill yg saya ada (plumber) dan power of internet. Syukur… sapriplumbing kini dah berusia 1 1/2 thn.
Tapi sebelum tu, selama berbulan2 saya pening fikir nk buat bsns apa. Pening surf berbagai2 web nk dapatkan idea. Tapi bila fikir balik, berbaloi saya pening dulu, sbb hasilnya skrf, thru sapriplumbing saya boleh dpt extra income; financially lega sikit dari dulu. Pening berbulan2 tu cabaran pertama.
Cabaran kedua, ramai kwn2 x support idea internet mktg. Dorang x terdedah lg & x fhm. Tp sy teruskan juga sbb bg sy, kalau x cuba mcmn nak tahu hasilnya.
Jadi, saya mmg setuju dgn topik IK ni. Dlm keadaan ekonomi yg menekan ni, kena usahakan sesuatu supaya kita ada berbagai source of income untuk family kita. Supaya bila dahan utama patah, kita ada lagi dahan lain untuk bergantung.
TQ IK.
Apa pun.. Kita perlu melakukan dahulu.. Tak cuba dok dengaq baca tanpa praktikal. Pasti tak kemana..
Owh.. Syukur alhamdllh.. Selepas mencuba 3 taun..
Saya kini boleh kata tak putus lagi duit dengan menjalankan perniagaan di ebay.. AMIN..
Syukur..
Masih ingat apa yang telah disebutkan oleh YAB PM kita baru-baru ni “Saya meminta masyarakat tidak hanya menggunakan internet atau jalur lebar untuk kegunaan sosial tetapi juga menggunakan kemudahan ini untuk mempertingkatkan ekonomi masing-masing dengan menjalankan aktiviti perniagaan secara online”.
hendak memulakan perniagaan internet ni kena betul2 cukup ilmu,walaupun ianya secara online sebab kalau tak kena gaya boleh bungkus juga… kena cari dan belajar cara yg betul untuk berniaga online.
askm semua.. bagi sy keje sampingan sememangnya amat perlu pada zaman ni.. bagi yg sibuk bekerja, perniagaan internet adalah intenatif yg trbaik sekali.. saya sudah bt bisnes internet 5 tahun semejak menghadiri krusus IK, tahun pertama n ke2 memang mencabar.. tapi sekarang dah mantap.. 1 bln blh dapat 5 angka lg.. ape2 pun t kasih pada Ik kerana mendedahkan dunia perniagaan internt pd saya.. bagi yg bermasalah untuk mencari keje sampinan blh sms kat sy 0192502995.. sy akan bantu.. INGAT jika anda tidak memulakan langkah mencari keje sampinang mulai sekarg.. anda pasti akan TERAMAT RUGI SEKALI.. jom sambut seruan IK “Satu hari nanti, ia akan jadi amat sukar untuk hidup dengan hanya â€makan gaji†kedua suami & isteri. Perniagaan secara sambilan dimestikan!”
saya tepaksa pekak kan telinga apa yang orang kata, terutama orang yang paling hampir dengan saya seperti adik beradik dan suami. walaupun mendapat restu dari suami, dia tidak menaruh harapan yg tinggi terhadap bisnes online yang saya sertai. saya kena buktikan saya boleh melakukannya…
insyaallah , saya juga akan mulakan perniagaan sendiri bermula julai ini.harap dapat sokongan dari rakan2.terima kasih.
Salam,
Saya adalah seorang bapa yang bekerja di mana isteri saya adalah suri rumah sepenuh masa. Dengan gaji 4k sebulan belum membuatkan saya hidung senang. Just enough to survive..saya kini menjadi agen insurans sebagai part timers dan juga melibatkan diri dalam beberapa bisnes internet marketing dan juga MLM…what to do…dunia ini memberi tekanan…dan sesetengah tekanan itu adalah baik!!!
Saya tanpa disangka mempunyai bisnes part time setelah berjaya menguruskan badan sebanyak 40kg.
Pada mulanya saya hanya mahu mencuba, tetapi tak sangka hasil kejayaan saya telah menggandakan income saya.
Dengan gaji yg ala kadar, saya kini dah ada income dari bisnes sampingan yang datang bergolek dan tanpa disangka. Syukur
Saya bekerja dan juga melibatkan diri dalam bisnes network amrketing secara sambilan..tapi income sambilan sy tu lagi banyak dari gaji saya sebagai juruukur bahan…makan gaji sebenarnya mmg x cukup..jadi sesiapa yang berminat leh pergi terus ke website saya…http://rahsiabatuhitam.biz/
Salam
Saya sudah mengambil langkah untuk memulakan perniagaan secara online iatu Tempah Baju, perkhidmatan tempahan baju dan premium gift.
Saya baru je grade, tp x pernah apply kerja sbb ingin mencuba dalam bidang perniagaan.
=)
sy mmg ingin memulakan prniagaan tp masalah sy adalah modal… Yg x prnah ckup.
saya sudah ada bisnes tapi susah nak promosi..
as salam semua. saya seorang suami. baru 2 tahun berkahwin dan dikurniakan seorang anak. tinggal di cheras. saya kakitangan kerajaan manakala isteri saya swasta. pendapatan isteri lebih tinggi dari saya. jika digabungkan, pendapatan seisi rumah lebih kurang RM7k. tapi saya merasakan masih tak cukup. bukan kerana lifestyle yang mewah tetapi menanggung hutang keliling-pinggang. saya merasakan perlu bertindak segera bagi membawa keluarga saya keluar dari masalah hutang disamping dapat menaik taraf ekonomi kami.
kebelakangan ini saya terasa seperti ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan. atuk saya seorang peniaga, kakak saya peniaga, abang ipar saya perancang kewangan dan ejen takaful. seharusnya, tiada masalah untuk saya turut berniaga.
masalah saya sekarang adalah ILMU. saya merasakan itulah perkara pokok yang perlu saya berbuat sesuatu untuk mendapatkannya. kalau takda ilmu, macam mana nak berjaya. betul tak?
tooloonggg…