Manual proses perniagaan

Dalam semua perniagaan, tidak kira besar atau kecil, usahawan yang bijak perlu menyediakan manual proses perniagaan.

Kunci sesuatu manual proses perniagaan adalah, ia memberi aliran kerja atau proses menjalankan perniagaan dnegan mudah dan tepat.

Dalam erti kata lain, manual proses perniagaan adalah rekod bertulis langkah-demi langkah mengikut turutan, apa yang perlu di lakukan untuk menjalankan proses-proses perniagaan tersebut.

Penggunaan manual proses perniagaan yang efektif boleh memberi sesiapa sahaja menjalankan perniagaan tersebut oleh kerana prosesnya dapat diduplikasikan dengan mudah.

Katakan, anda bertukar pekerja untuk membantu anda dalam perniagaan. Manual proses tersebut dengan mudahnya akan menunjukkan setiap langkah yang perlu di ambil untuk menjayakan perniagaan tidak kira siapa yang mengendalikan perniagaan anda.

Contoh penggunaan manual proses yang efektif adalah McDonalds! Tidak kira siapa sahaja yang bekerja dengan Mc Donalds, walaupun hanya lepasan SPM, mereka dapat mengendalikan proses-proses menjayakan Mc Donalds.

Adakah anda mempunyai manual proses untuk perniagaan anda?

ps: Terima kasih pada peserta-peserta Workshop Jutawan Internet pada hari Sabtu lepas-FULL HOUSE!Β moga bertambah lagi usahawan-usahawan di Malaysia! πŸ™‚Β Β Tempat semakin terhad!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

17 thoughts on “Manual proses perniagaan

  1. Setuju dengan Melalui manual proses perniagaan ini, sekurang-kurangnya atau setidak-tidaknya akan dapat mengurangkan risiko di dalam perniagaan..

    Selain itu, sudah tentu hala tuju perniagaan sudah nampak dengan jelas melalui jalan yang telah dirancang!

  2. Bagi yang takde manual tu mungkin agak leceh untuk dimulakan, tapi ianya amat berguna di masa hadapan.Tambah pula bagi yang mempunyai ramai pekerja dan pekerja yang selalu bertukar ganti. Terima kasih atas tips ini

  3. sekiranya sesuatu proses perniagaan itu boleh di-manual-kan, maka, ianya sesuatu yang boleh diduplikasi dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.

    jadi, ia akan menjimatkan masa anda apabila proses-proses yang rutin boleh diagihkan kepada orang lain. maka, lagi banyak dapat menjimat masa πŸ™‚

    kerja harian saya amat sibuk, tetapi, dengan manual proses, banyak kerja dapat diagihkan dan mengurangkan kerja saya. tu yang sempat menulis tip satu minit!

  4. betul, saya sangat bersetuju dengan . manual proses penting untuk memastikan perniagaan berjalan lancar dan sistematik setiap masa. taklah risau jika pekerja bertukar ganti, macam kfc dan seumpamanya.

  5. Manual perniagaan yang baik mungkin boleh digunakan oleh pesaing (sekiranya sampai ke tangan mereka) untuk menduplikasi model perniagaan kita. Bagaimana kita mengurangkan kemungkinan ini daripada berlaku?

  6. Kita tak rasa manual proses tu penting bila perniagaan berjalan lancar, tetapi bila ada masalah, mungkin manual tu mula menjadi penting dan menjadi tempat rujukan. Kita yang biasa buat kerja pun kadang-kadang lupa macam mana nak buat, apatah lagi nak diagihkan kepada orang lain.
    Memang ia penting kepada perniagaan kita. Kena buat manual la lepaih ni…

    Thanks

    http://jomwebtemplate.com/ebookseo

  7. Kita telah biasa sesuatu perkara yang kita buat kita ingat dalam kepala sahaja tanpa kita catit aliran sesuatu proses itu. Manual proses perniagaan adalah salah satu cara kita boleh mengingati kembali bagaimana menjalankan sesuatu perniagaan yang kita telah lakukan lebih efektif dan berjaya.

    Sekian Sharifah Azran Alam

  8. My First Internet Business Development Manual: πŸ˜‰

    Computer & Internet Tutorials
    Where to Get Autoresponders?
    Where to Place Online Ads?
    Where to Find Ezines & Groups?
    Where to Find People Online?
    Getting Listed in Search Engines

    Hisham;
    “Manual saya mula-mula berjinak dengan internet business” πŸ˜€

  9. Manual proses perniagaan penting sebagai semakan perjalanan perniagaan kita. Manual tersebut perlulah ‘flexible’ untuk disesuaikan dengan keadaan dan situasi ketika manual tersebut diimplementasikan.

    Manual ni bolehlah kita katakan sebagai piawai ataupun ‘standard’ kerja untuk mencapai matlamat perniagaan kita. πŸ™‚

    Hisham;
    “Manual = Copy = Duplicate” πŸ˜€

  10. Assalamualaikum.

    Jangan kedekut dan takut orang tiru. KFC,McDonald dan sebagainya tak akan berkembang kalau semua takut-takut orang tiru. Bila kita pemurah, Allah akan lebih murah kepada kita dan kita tidak akan jadi miskin sebab kita pemurah.Bila kita takut dan kedekut makin susah hidup kita.Wallahu a’lam.

    Wassalamualaikum.

  11. Salam & Kawan2

    Kalau kat ofis dipanggil Fail Meja. Kegunaannya, kita ikut manual kerja, lepas ni buat apa, lepas tu buat apa. Bagaimana pun bagus juga saranan ni..Contoh la, kalau terjadi sesuatu terjadi pada pada website kita, kan senang nak setup balik, dari pembangunan web, buat SEO, hantar posting ke server, dan seterusnya. Kalau kita simpan dalam “memory” saja dikuatiri akan lupa..Cadang-cadang nak buat begitu laa..

  12. Betul tu raja-forex tu.

    Tapi dulu masa kat opis lama, SOP = Standard operating procedure. Dengan ada kerja2 SOP nie kerja2 memang menjadi lebih mudah. πŸ˜€

  13. Mungkin saya tertinggal membuat manual proses ni yg menyebabkan kerja2 kurang lancar apabila pekerja baru ambil alih tugas…. ish3..

    terima kasih, tak sia2 baca tips2 kat sini…

Leave a Reply

Your email address will not be published.