Kaizen adalah konsep yang diketengahkan oleh orang Jepun yang bermaksud: perubahan kearah kebaikan sikit demi sedikit… Orang Jepun berpegang teguh kepada konsep ini sejak tamatnya Perang Dunia ke II lagi dan sehingga kini, Jepun merupakan negara yang amat maju di Asia dan juga di mata dunia.
Untuk berjaya, anda perlu menanam konsep ini. Fikirkan diri anda sebagai jentera kearah kejayaan. Setiap hari, perbaiki hanya 1% daripada usaha anda. Esok, anda akan imrpove 2%… lusa pula 3%… dalam masa 100 hari dari sekarang sekiranya setiap hari anda dedikasikan untuk memperbaiki cuma 1% daripada usaha anda ke arah kejayaan, anda berjaya perbaiki diri anda 100% dari keadaan anda kini!
Kaizen… cuma satu perkataan, di mana tiada perkataan bahasa Malaysia ataupun Inggeris yang serupa dengannya! Itulah dianya Rahsia Orang Jepun Terbongkar 🙂
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Jadi kita perlulah mempelajari lebih banyak contoh daripada negara maju seperti Jepun!!
Hari ini lebih baik dari semalam
peribahasa melayu pun kata”sikit2 lama2 jadi bukit”..jadi belajar la walaupun sikit demi sedikit..pasti satu hari apa yg dipelajari(ilmu) jadi byk…
Dalam usaha mendaki kejayaan itu terlalu banyak halangan dan rintangan yang terkadang mampu merebahkan segala kekuatan. Dari itu kekuatan mental amat dihargai,namun tidak semua berkemampuan untuk menongkah ombak ganas yang dapat membunuh kesungguhan yang diazam…mungkin sahabat sejati serta keluarga amat diperlukan untuk membangkitkan semula segala keceriaan..dan sememangnya mereka juga adalah pendorong terhebat untuk kejayaan…
Memang betul dan bagus untuk dipaktikkan oleh kita rakyat Malaysia. Andainya kita juga dapat mengikut jejak langkah atau mempraktik perkara yang sama,pasti kita jua akan dikenali di mata dunia. Tapi agak mengecewakan kita apabila ada segelintir muda-mudi kita cuma meniru “sesuatu yang tidak sepatutnya”.
yah!
teringat nama syarikat rakan saya,
kaizen image 🙂
bagi saya.. biarlah kita buat sedikit-sedikit dan menampakkan hasil.. daripada tidak berbuat apa-apa lansung..
sy sukakan perkataan kaizen kerana ia memberi maksud yg begitu memberi semangat pada semua..dan diri sy sendiri.malah dlm Islam pun Tuhan lebih sukakan umatnya yg melakukan sesuatu itu dgn jumlah yg sedikit tetapi kerap berbanding melakukannya dgn jumlah yg byk namun hnya kadang2 dan jarang2 sekali..mksudnya usaha yg berterusan usaha yg hanya ‘hot-hot chicken’s opping'(hehe..pepatah sndiri) …THANKS DOCT..!
Sikit-sikit, lama-lama jadi gunung kan? ya kah? Tapi kalau sikit-sikit, bila nak kaya? Hehe..
Apa pandangan En Irfan tentang loan utk ASB tu? Bukan ke mula dgn byk akan membuahkan hasil lebih cepat? Mengikut perkiraan saya, berbanding kita guna simpanan sendiri (bootstrap), adalah lebih cepat kalau guna loan bank (yg mana interestnya lebih rendah berbanding average dividen @ pulangan ASB itu sendiri).
Kaizen juga bermaksud Continous Improvement…keep on improving…even the best can be improved.that’s Japanese Style of Mgmt. Org Jepun memang popular & terkenal dgn kerajinan mereka bekerja..malah mereka kerja dari pagi hingga ke malam. Budaya mereka memang beza dgn kita..kita ambik yg eluk saje lah. Mereka pergi ke Karouke lepas kerja utk tenagkan fikiran/release tension & meeting kalu perlu..sampai umah 11-12mlm. Siapa balek awal isteri naik risau seolah2 suami kena buang kerja.
Sini Malaysia lain..blh ke blk lambat kalu isteri tak bising? tepuk dada tanya selera?Pilih2 lah yg sesuai dgn budaya & agama kita..sy kenal org Jepun semasa di USA dulu.
Jangan angan2 tai ayam dah.. nanti paling tinggi kemajuan pun 3 percent je.. (3 hari je bersemangat untuk merubah diri..) ahaks!
erm..mcm mana pn, berurusan dgn letcurer dan kwn2 jpnese di sini agak menyukarkan sbb mereka sangat leceh..lama kelamaan makin terbiasa dan konsep kaizen mmg ada dipraktikkan dlm aktiviti semasa eksperimen dlm makmal.. Ganbattene minasan..
Islam memberitahu kita dahulu lagi dengan istilah Istiqamah. Buat sikit-sikit dan berterusan.
cam ne berjaya
Benar saya ada baca mengenai Kaizen kejayaan mereka sungguh universal cara perlahan lahan.
Ya apply tak semua bidang perniagaan tetapi yg perlu dipakai saja.Ya sungguh berkesan.
kaizen….
perubahan…change…hijrah…
macam2 boleh bubuh.
orang jepun berjaya sebab dia halusi betul2 perkataan tu. Bahasa kita pun takde la tak bagus sangat. Cuma kita jarang nak memperhalusi “perubahan tindakan” yang kita buat tu. “Kesungguhan” sebenarnya yang kurang dalam “perubahan”
Orang jepun memang pendek2 tapi akal panjang…
ooh..patut la
jepun baru mengalamai gempa bumi..dan jalan raya mereka amat teruk kebanyakan jalan hampir terbelah dua
tapi..mereka dapat siap kan dalam masa 6 hari sahaja…
kalau rakyat malaysia..mungkin ambik masa 3 bulan..atau lebih
Bagi saya, pepatah melayu pun dah memadai : “sikit-sikit lama-lama jadi bukit”, kalau sikit tak akan jadi bukit… mana boleh sikit jadi bukit… tapi sikit-sikit boleh menjadi bukit… ini menunjukkan komitment yang rendah tetapi cukup tinggi… senang cakap disiplin… mudah untuk bercakap tetapi susah untuk melakukan.. perkara disiplin lebih mudah kalau dipraktikkan dengan cara orang lain mendisiplinkan kita… insyaAllah kita akan berdisiplin walaupun dalam hati geram… 🙂
istiqamah = kaizen
org jepun mmg begitu..mereka akan berbincang dgn rakan2 mereka dahulu sblm membuat sesuatu keputusan…yg mana baik @ buruk…
orang jepun dari kecik lagi dah diasuh disiplin, hormati orang lain, kebersihan, ikhlas, sayang kepada negara sendiri tak macam disini sikap penting diri sendiri ketika memandu, buang sampah merata-rata, vendalizem,tak hormat orang,
thanks en.irfan…gud topic
perubahan yg perlu diterapkan dalam diri sendiri utk lebih baik dalam segenap segi…