Testimoni memberi impak!

Sememangnya anda boleh katakan produk atau perkhidmatan anda bagus atau hebat (angkat bakul sendiri la…), tetapi, apa yang dapat memberi impak yang lebih adalah, memberikan testimoni dari pelanggan anda untuk tatapan bakal pembeli.

Testimoni di lihat sebagai rujukan pihak ke tiga yang memberi kredibiliti kepada anda. Kenapa testimoni penting? Secara psychologynya, manusia tidak suka menyertai sesuatu bersendirian…

Pernah tak anda merancang pergi ke restoran dengan keluarga, kemudian tiba di luar restoran itu, nampak didalamnya, kosong sahaja… tak meriah… takde orang… anda sekeluarga pun beredar cari restoran yang “ramai sikit orang”. Pernah kan?

Testimoni memberi impak seperti itu. Ia menunjukkan bahawa orang lain telah mencuba produk atau perkhidmatan anda. Dan orang lain telah manfaat dari produk atau perkhidmatan anda! Jadi, ia memudahkan lagi anda untuk membuat sebarang jualan.

Apabila bertemu pelanggan yang amat menyukai produk anda, jangan lupa meminta testimoni dari mereka. Mereka tidak akan fikir dua kali untuk memberikannya kepada anda! (contoh-contoh testimoni Workshop Jutawan Internet)

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

10 thoughts on “Testimoni memberi impak!

  1. Testimoni Tip 1 minit
    “wah memang hebat laa tip yang diberikan oleh Irfan Khairi”

    🙂

  2. Yup saya pernah terjumpa situasi begitu kita akan pegi kekedai yg ramai org….dalam hati kedai tu mesti masak tak sedap sbb tak de org…ha yg ni ramai jom kita masuk….

  3. Betul tu Irfan, saya sendiri dapat melihat testimoni sebagai satu alat promosi yang amat penting. Selain dapat menyakinkan pelanggan untuk membeli, ia juga memberi tanggapan positif terhadap produk yang dipasarkan.

    Cuma bagi yang baru memulakan perniagaan, bagaimana caranya untuk mendapatkan testimoni orang ramai selain daripada pembeli produk? Dalam erti kata lain, produk baru yang belum dipasarkan tentu belum ada testimoni.

    Harap jika Irfan kelapangan, dapatlah sedikit sebanyak menjawab persoalan ini.

    Terima kasih Irfan.

  4. Ya tip yang menarik. Saya ada berurusan dengan jual beli dengan sebuah laman web. Dari testimoni ramai yang mengatakan cekap dan cepat. Baru pertama kali berurusan mengambil masa yang lama dan meminta testimonial dari saya. Saya sangat marah kerana menunggu terlalu lama. Saya meninggal kat web tanpa testimonial.

  5. by the way tahniah utk baby baru…..bertambah rezeki dari ILLAHI(jgn mare ye saya ucapkan tahniah di blog nie)
    betul testimoni penting dan dapat meyakinkan customer utk membuat pembelian kerana telah terbukti oleh pembeli terdahulu…bukti!!

  6. eh, eh sapa yang dpt baby baru ni..
    anyway, artikel berkenaan testimoni ni sbnrnya mmg betul. sebabnya, dari pengalaman saya sendiri sebagai pembeli online, saya akan membaca testimoni terlebih dahulu sebelum membuat keputusan membeli sesuatu produk. testimoni akan jadi lebih kuat jika diberikan oleh individu yang memang popular. contohnya testimoni Azizi Ali terhadap buku “rahsia jutawan internet terbongkar”- “He walks the talks” (chewaaah…;)). saya merasa sangat yakin untuk membeli buku tersebut slps membaca testimoni azizi ali itu. Bagi saya, testimoni memang adalah yang paling utama dalam perniagaan internet ni. yalah, kannyer kita kenal penjual tu kan…

  7. Yang menjadi masalah ialah penggunaan testimonial palsu. Ada yang berbuat demikian untuk tujuan penipuan. Ia sesuatu yang tidak patut berlaku dalam mana-mana perniagaan. Tapi ia tetap berlaku… demi mencapai matlamat.

  8. Macam mana nak galakkan pengguna yang pernah menggunakan produk/perkhidmatan kita untuk memberi testimoni? Kebiasaannye pelanggan tak mahu untuk meluangkan sedikit masa mereka untuk mengisi borang testimoni tanpa mendapat apa2 kelebihan kepada mereka.

  9. Nak dapat testimoni first buy susah sikit tapi kalau dari return customer yes. Dia datang balik mesti ada good impact dari produk atau servis.

    I akan minta customer i bagi testimoni bila masuk 2nd buying.Boleh mintak dia bagi nama samaran je kalau dia tak nak bagi nama betul.

Leave a Reply

Your email address will not be published.