Beberapa hari lepas ketika rakaman siri “Temu Bual” di Astro, salah satu soalan yang diajukan kepada saya adalah, apakah 5 kekuatan saya yang membawa saya kepada kejayaan.
Siri “Temu Bual” di Astro
Jawapan saya adalah:
1. Fokus
Mempunyai daya fokus yang kuat. Apabila menetapkan matlamat, saya memberi fokus yang amat hebat kepada matlamat tersebut. Perkara-perkara lain yang tidak membawa kepada pencapaian matlamat itu akan menjadi sebagai “gangguan”…
2. Mencari ilmu
Saya agak rajin mencari ilmu dengan cara membaca dan juga bertanya pada mereka yang lebih pakar…
3: Bijak mencari peluang
Saya banyak berfikir dan mencari peluang. Setiap hari saya akan fikirkan beberapa idea perniagaan. Bila tidak ada benda nak buat, saya akan fikir peluang-peluang menambahkan pendapatan…
4: Kreatif
Bukan sahaja kreatif dari segi rekacipta, tetapi, kreatif dalam cara pendekatan. Saya sering mencari idea-idea baru dalam pendekatan perniagaan atau konsep. Sebagai contoh, menggunakan pendekatan “Tip Satu Minit” untuk blog.
5: Kesabaran
Untuk berjaya, sememangnya terdapat banyak cabaran. Cabaran dalam perniagaan, cabaran dalam usaha, tak lupa juga cabaran dari segi mental apaila terdapat segelintir dikeliling kita cuba menjatuhkan dan melemahkan usaha kita…
Senaraikan apakah kekuatan anda dan asahkan kekuatan tersebut supaya ianya dapat memberi pulangan kepada anda. Amat penting untuk mengetahui kekuatan kita supaya kita dapat mengasahkannya dan praktiskan kekuatan-kekuatan tersebut.
Sememangnya kita sering dengar untuk kita fokus kepada kekuatan kita. Tetapi, pernah tak kita berhenti seketika dan menyenaraikan apakah kekuatan-kekuatan kita? 🙂 Setelah identify kekuatan kita, lagi mudah untuk kita gunakan kekuatan kita itu.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Kadang2 tu, kita tak sedar kekuatan2 yang ada pada diri sendiri. Sebabnya ialah kita lebih tertumpu memperbaiki kelemahan2 yang ada.
Ada apa2 cara/method untuk kenali kekuatan diri sendiri?
Terima kasih …,
Ya memang benar, “Kita adalah siapa yang di kebanyakan masa kita fikirkan tentang diri kita”. Apabila kita sudah sampai tahab kalau setiap kali mengigau pun sentiasa bercakap tentang apa yang kita buat, pasti akan berjaya dgn cemerlang. Spt Shueqry berkata… dah masuk dlm minda bawah sedar….
Terima kasih Irfan Nampaknya fokus menjadi perkara utama. Sering hilang fokus akhirnya satu benda pun tak jadi.
Setuju dengan ..
Kekuatan yang ada digunakan dengan sebaik mungkin dan kelemahan yang wujud di tukarkan kepada kekuatan untuk support kekuatan yang sedia ada.. 🙂
Ramai di kalangan kita yang hilang fokus pada matlamat asal dan seterusnya tergelincir dari landasan dan terus berhenti untuk kembali fokus…….ini realiti sebenar, mereka lebih fokus pada kelemahan mereka bukan pada kekuatan mereka………
http://thinkerich.blogspot.com
perkara pertama yang berlaku pada diri kita adalah memberi fokus yang tinggi kepada sesuatu perkara.
tak gentar dengan kritikan yang bertubi-tubi. hahaha…
Jadi kekuatan dan kebolehan yang ada sebagai motivasi diri, bukan sebagai matlamat untuk masa depan kita. 😀
kita sebenarnya banyak kekuatan dari kelemahan..jom kita sama2 senaraikan ia..
taqiyuddin
CEO
http://www.taqiyuddin.wordpress.com
Irfan …saya sedar…dekat bawah website…hakcipta terpelihara 2006. Tlg tukar ke 2007. Terima kasih. Perspektif kecekapan. Atau membuat auto-year. Terima kasih. Very much admire u. Teruskan mengajar bangsa Melayu untuk celik kewangan dan be smart street.
mmg benar ,
fokus yg buat kita capai matlamat kita..
bila ade fokus, segala-galanya akan tercapai…
saya sendiri pernah melakukan, bila saya ingin terjun dari batu yang tinggi di air terjun saya takut tp bila saya tipu diri saya sendiri dgn mengatakan saya boleh..boleh..boleh.. saya tak takut,, saya tak takut,, saya tak takut terus saya berani lompat dari batu…
tu mmg minda bawah sedar kita yang buat kita berani…
saya sgt percaya pada cara ni…hingga skrg saya masih menggunakkannya utk melakukan sesuatu yg saya kurang boleh melakukan…
Terima kasih kerana berkongsi tips tersebut. Memang jika kita tak fokus kita tak kan dapat mencapai matlamat yang ingin kita capai dalam masa yang ditetapkan.
Kadang2 kita hilang fokus kerana daya pengawalan emosi dan minda kita tidak kuat.
Mengenali kekuatan diri sebenarnya bukan semua org tahu dan dpt kenali diri sendiri 100%. Kadang2 sebagai manusia kita berpotensi untuk mengenali diri kita sendiri dengan jelas tetapi kadang2 kita tidak yakin bahawa ianya adalah kekuatan diri kita.
boleh tak kita share macam mana secara mudah kita nak kenali kekuatan diri kita sepenuhnya.
TQ
Memang seronok berfikiran kreatif.Kadang-kadang idea boleh datang bila-bila je.Contoh tengah memandu kereta pun boleh dapat idea bisnes.
Kreatif membolehkan kita memaksimumkan keuntungan dengan mencipta sesuatu yang baru samada dari segi produk mahupun jualan produk kita
Assalamaualaikum
kebayakan daripada kita masih tidak mengetahui kelebihan diri sendiri…macam saya.
saya nak tanya dotor satu soalan boleh 😀 rasanya kawan-kawan dah tanya. seperti mrk kata, tak semua orang pandai mengenalpasti kekuatan diri, bagaimana caranya?
ape beza kekuatan dan kemahiran pula. kadang-kadang mungkin tersalah senarai akibat keghairahan menyenaraikan perkara-perkara berkaitan. sebenarnya, saya tak tahu nak tanya sapa, jadi saya tanya di sini, mungkin dan kawan-kawan mahu menghuraikannya?
kekuatan juga subjektif untuk di huraikan, dan kadang-kadang orang nampak kekuatan kita, the question : benarkah itu kekuatan? atau keterampilan yang kita nampak pada orang lain..saya keliru skit hari ini. harap ada yang membantu
ikhlas,
Dik Mal,
Blog Pembangunan Diri dan Motivasi
http://norakmal.blogspot.com
e.norakmal@gmail.com
Saya setuju konsep menggunakan kekuatan diri untuk berjaya..cube selami kekuatan diri dan bangunkan..jika berpeluang..boleh x bagi tips2 menghadiri temuduga..mungkin tips berbeza dengan yg lain2..hehe
Teringat tentang ebook Rich Schefren iaitu “Internet Business Manifesto” yang mengajar bagaimana untuk mengenalpasti kekuatan diri dan bina perniagaan berdasarkan kekuatan yang kita ada 🙂
Gunakan kekuatan diri yg kita miliki ke tahap maksimum.Bak kata org, belakang parang bila diasah pun boleh menjadi tajam, inikan pula mata parang. Kekuatan yg mmg dianugerahkan Tuhan patut disyukuri dan digunakan utk manfaat. Kekuatan yg samar2 boleh dijana sekiranya kita ada kemahuan.
Kelemahan diri pula jgn dijadikan penghalang, tetapi satu motivasi yg menggerakkan kita utk berubah demi kebaikan. Klu rasa lemah skil komunikasi, pergi kursus komunikasi. Rasa lemah strategi perniagaan, banyakkan membaca ilmu berkaitan perniagaan dan tips mereka yg telah berjaya.
oh… ramai nak tahu cara mengenalpasti kekuatan diri?
memang ada caranya, tapi, nak tulis di tip satu minit agak panjang oleh kerana ada pelbagai kekuatan. apakata nanti saya tulis buku mengenai caranya? 😉
tentu sekali kami berbesar hati untuk mendapatkannya 🙂
Ikhlas,
DIk Mal
Saya juga akan terus membaca bukan sahaja tip satu minit, satu jam pun boleh kalau ia memberikan faedah-faedah yang diberikan seperti ini. Terima kasih atas tip tersebut…..
Saya amat teruja untuk mendapatkan buku cara mengenalpasti kekuatan diri. bila agaknya ianya akan berada di pasaran? TK
Terime kaseh . . .
Ye memang betol, Insya’ Allah saye akan cube
mohon doa bersame
saye baru nak mencobe-cobe ni . . .
Sebenarnye, saye ni bukan rakyat m’sia tapi saye sangat, bangge dengan irfan khairi yang sebagai anak melayu yang saye anggap berjaye untuk memberi motivasi membangkitkan semangat baru bagi anak tempatan yg baru ingin mecobe.
semoge kite jadi tuan dinegeri sendiri
mz husin – Batam Indoneia
Macam mana cara saya nak mulakan perniagaan kios ais krim, disini saya dapat melihat perniagaan ini hanya dimiliki oleh kaun cina dan orang melayu dalam perniagaan ini terlalu kecil.
Memang benar ,orang yg sudah mengenali diri sendiri baik kelemahan dan kekuatan bagi diri dia sendiri paling tidak dia lebih siap (punya dasar )untuk menhadapi tantangan di masa mendatang cayooo….. mr
Salam semua,
Kepada bro IK, adakah kekuatan tu sama dengan semangat?
Saya rasa kekuatan saya dalam perniagaan internet adalah saya tidak pernah putus asa…
Walaupun saya selalu gagal dalam bisnes internet…saya tidak pernah rasa putus asa kerana saya berpegang kepada kata2 ini…
“setiap kegagalan membawa aku semakin hampir kepada kejayaan”
Salam Mari teman berteman bersama saya..
Agak menarik entry kali ini yg diberikan oleh Tuan IK.. Bagi saya la nk tahu kekuatan kita pertama sekali kne kenal pasti siapakah diri anda sebenarnya? Sebagai contoh tanya pada diri sendiri SIAPAKAH AKU?
Tq..
kekuatan diri saya : tidak hirau pada kritikan orang lain..
sebab kalau terlalu dengar kepada kata-kata orang, semangat boleh luntur.
tak ramai yang nak sama-sama memanjat tangga kejayaan, tapi ramai yang nak sama-sama jatuh ke bawah.
setuju tak?
salam,
memang ramai yang tidak sedar akan kekuatan mereka. Duduk & fikir seketika apa kekuatan yang kita ada dan gunakan dengan sebaiknya..
Setuju dengan IK…kekuatan dalam diri juga jangan dilupakan kerana ia adalah nadi penggerak untuk kita maju lagi ke depan!!!
5 kekuatan yang boleh juga saya contohi. terima kasih IK.
Salam…salam…
Tak berani nak komen 🙁
Rasanya, kena tunggu bisnes betul-betul berjaya dulu kot…baru bleh confirm yg mana satu kekuatan diri 😉
Assalamualaikum IK,
Bagi saya setiap manusia ada kekuatan dan kekurangannya. Apa yang selalu saya buat ialah apa saja kekurangan yang saya memiliki sekarang, saya akan cuba ubahkan ia menjadi kekuatan saya dan memperbaikinya berperingkat peringkat.
Sebagai contoh, dulu saya jarang membaca, tetapi selepas mengikut nasihat IK dan ingin majukan diri dalam bidang internet, banyak juga buku yang saya baca. Alhamdulilah banyak juga ilmu yang saya tak ketahui selama ini dapat saya praktikan.
Shamsul
http://www.rahsiastormreaders.com
http://www.mentorjutawanebook.com
salam semua.
Kekuatan diri hanya kita yang tahu potensi dan kelebihannya. Ambillah peluang untuk menggunakannya kepada perkara yang membina dan Insyaallah, ia akan memberi manfaat di kemudian hari.
Tahniah IK atas tip yang berguna!
Salam Ceria 😉
Boleh saya tanya pd IK, fokus pd proses atau fokus pd matlamat? Mana yang lebih penting eh?
Salam bro irfan,
Sokongan isteri bukan ‘KEKUATAN’ ker?? 🙂
Kekuatan IK mahir dlm percakapan, listening B4 speaking..
Salam IK,
minta izin ambil petikan ini.. untuk paste dalam blog saya..
http://muddathsir.wordpress.com/
Terima kasih
macamana nak jadi JUTAWAN DALAM tempoh 40 hari???????????? saya dah macam-macam usaha buat….tapi x juga jadi kaya………
sangat membantu saya.. trima kasih
malikiyau middin
iyyakanakbudu waiyya kanas tain.kekuatan milik allah s.w.t mintalah kekuatan itu