Ramai yang takut-takut memberitahu idea yang mereka miliki. Sebagai contoh, apabila terfikir idea yang hebat, idea tersebut di simpan- takut nanti orang lain curi pula idea kita.
Bukan mengatakan ia tidak pernah terjadi- memang ada kalanya sekiranya kita berkongsi idea yang hebat, orang lain akan ceduk idea kita dan kita tidak dapat apa apa.
Tapi benarkah kita tidak dapat apa-apa?
Sebenarnya, apabila kita membebaskan idea hebat kita kepada orang lain, kita akan menjadi lebih kreatif. Ini kerana, secara psikologi, ia memaksa kita untuk mencari idea yang lebih baik daripada idea asal tersebut. Ia juga memaksakan kita mengambil tindakan yang pantas untuk merealisasikan idea kita.
Dengan hanya menyimpan idea yang kita ada, kita bagaikan tidak mempunyai apa lagi dan idea tersebut adalah “reserve” terakhir yang kita miliki. Ini hanya menghalang diri kita untuk berkembang menjadi lebih maju.
ps: Tip 1 minit adalah contoh saya berkongsi idea-ideaΒ danΒ memaksa diri saya untuk menjadi lebih kreatif dan hasilkan lebih banyak tip-tip baru & pencapaian baru π psst… Ahad ni ada lagi pencapaian terbaru saya. Nampak gayanya dapat lagi la ucapan “tahniah” dari anda π
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Setuju sangat tu. Saya sendiri seringkali berahsia ttg idea perniagaan yg saya ada. Sapa tak takut idea kena cilok kan? π Tapi, tak salah klu kita berkongsi sedikit sebyk ttg idea dgn org lain, yg mungkin bukan competitor rapat kita. Mungkin dgn rakan sealiran supaya mrk boleh memberikan feedback yg berguna utk memantapkan lagi idea tersebut. Partner saya utk berkongsi idea dah tentulah suami sendiri π Beliau boleh mengkritik dan juga blh menambah apa yg patut berdasarkan pemerhatian dan pengalamannya dlm kerjaya dan berurusan dgn org pelbagai peringkat di dlm organisasi.
Utk memastikan org tak mencuri idea mmg merupakan penggerak bagi saya utk segera melaksanakan plan/idea perniagaan yg ada dlm fikiran. Dgn bertindak pantas akan membolehkan kita menjadi yg pertama memasuki fikiran pengguna/perintis etc. Untungnya pasaran byk dimonopoli oleh mereka yg terdahulu.
Askum..
Kali pertama saya tengok lam rancangan gedik santai, saya tengok biasa jer.
Tapi bila baca Tip 1 minit ni saya dapat rasakan memang luar biasa.
Saya tidak pernah membaca tip2 ni dari mana2 pakar.
Idea memang “Power” kerana suka berkongsi idea. Mungkin nilah sebabnya idea jadi hebat.
Tahniah!
Memberi idea adalah salah satu sumbangan kita kepada masyarakat. Jangan kita menjadi sebagai penerima sahaja tanpa mahu memberi. Lebih banyak kita beri, sebenarnya akan lebih banyak kita terima.
Saya cadangkan diwujudkan blog untuk mencurahkan segala idea bagi pembaca Tip 1 Minit ( siapa setuju angkat tangan π )
Hisham;
PS – “Doc, apa keputusan dengan idea joint venture dengan P2..DotCom yang saudara Man cadangankan” π saja nak tanya?
Ideas want to be free… Kalau Tim Berners Lee pendam idea untuk WWW, kita mungkin tak berurusniaga melalui Internet seperti sekarang ini. Kalau Linus Torvalds tak umumkan usahanya untuk apa yang jadi Linux sekarang ni, mungkin perisian sumber terbuka tidak gah seperti sekarang.
Kedua-dua Tim & Linus tak jadi orang paling kaya atau beruntung melalui idea atau hasil kerja awal mereka, tapi, mereka berkeadaan baik sekarang, lebih baik banyak berbanding kalau mereka tak kongsikan idea mereka dari dulu lagi.
Pengasas Wikipedia juga tidak kedekut mengongsikan ideanya. Kini Wikipedia adalah encyclopaedia maya terbesar dunia, dan beliau sendiri mampu mengaut untung melalui perniagaan-perniagaan lain yang berkaitan, walaupun tidak melalui Wikipedia secara langsung.
Jeng, jeng, jeng… Saya sedang kongsikan idea/visi perniagaan saya dengan ratusan orang. Mungkin saya bukan orang yang paling beruntung pada masa akan datang, tapi saya pasti, saya akan dapat tempiasnya sedikit sebanyak dalam masa terdekat.
Mari kita brainstorm ideas… Creative commons rule!
Betoi la Doc., saya setuju sangat tip hari ni, sebab saya pun kadang-kadang camtu, takut-takut nak sembang pasai idea baru kita, bimbang takut orang lain ambil idea kita. Dah la susah nak cari idea yang bagus kan.
“But, now I realized that good idea can become the best idea once we share with others out there”
Contohnya jelas bila saya ada idea untuk tulis e-book, saya simpan tajuk tu takut orang tau. Rupanya tindakan tu kurang tepat. Tapi, akhirnya siap jugak e-book saya tu, tajuk dia “SEO 3 Gergasi”.
http://www.jomwebtemplate.com/ebookseo
TQ Doc. Tips yg. amat baik…
Tahniah dan terima kasih atas kejayaan dan ilmu yg dikongsikan. Ramai pakar motivasi kata “lebih banyak kita memberi akan lebih banyak lagi kita menerima”. Tapi fikirkan juga pemberian macammana yg mendatangkan pulangan. Pendapat saya apa juga pemberian yg mendatang manfaat kebaikan pada manusia dan alam sejagat pasti ada ganjarannya yg mungkin di luar akal kita, sesuatu pemberian yg mendatangkan keburukan, walaupun pada zahirnya mendatangkan keuntungan, sebenarnya ia tetap memberi kesan buruk samaada pada diri kita atau anak cucu?.. Fikirkan bersama…
Idea yang berlainan sukar untuk mendapat tempat kecuali dengan usaha kita untuk memberitahu dan memperkenalkan kebagusan idea baru kita..
wassalam..
dgn member yg bisnes minded mmg bagus kita kongsi idea. bukan saja kita bermotivasi malah boleh sama-sama realisasikan. dlm bisnes tak boleh sorang2 kena berjemaah, sekrang-kurangnya 2 org. barulah berkat.
Yang memberi komen di tip satu minit juga akan rasa seperti berkongsi ilmu & idea dan setiap hari akan rasa diri semakin mempunyai idea-idea hebat… betul tak? π
idea pertama kadang-kadang banyak kekurangannya,untuk mengelakkan kita pening kepala pikir sorang-sorang adalah lebih baik kita berkongsi dengan orang lain,at least kita org yang pertama membuka idea itu walaupun tiada keuntungan fizikal yang menyusul.
Tetapi secara tidak langsung kita telah memberikan imej yang positif kepada org sekeliling kita dan merangsang idea baru daripada org lain itu dengan cara mereka bertanya dan memberi pendapat kepada kita,ini merangsang otak kita berfikir lebih aktif. Kadang-kadang idea mereka langsung tidak terfikir oleh kita dan sangat berguna.
Betul tu . walaupun mungkin idea tu hanya sedikit tetapi dapat memberi manfaat kepada ramai…
atau pun idea yang banyak dan memberi manfaat kepada seorang…
atau pun idea yang banyak /sikit tapi langsung tak beri manfaat kepada orang..
itu tak penting .. yang penting dapat berkongsi idea dan ilmu .. lepaih tu terpulanglah pada memasing…
ADIOS..
Btl tu , kalau idea disimpan tiada gunanya… lebih baik kita kongsikan bersama rakan-rakan kita atau di tips 1 minit ni…
bila kita kongsikan idea kita, mungkin idea tu akan berkembang lebih baik yang kita sendiri punya idea….
btl ?
Salam semua,
Berkongsi idea? Tentu sekali perlu! Dengan perkongsian idea akan memaksa otak dan minda utk mencipta lebih banyak idea yang lebih baik. Seperti yang cakapkan lah. π
Berkongsi idea, tidak menyebabkan anda kehilangan idea. Atau idea anda dicedok. Tapi kritikan dan saranan ke atas idea itu, akan mencetuskan anjakan idea yang lebih baik! π
Ilmu, bila dikongsi baru bercambah..Itulah sinonimnya idea. π
Salam Maju Jaya
‘Kejayaan Adalah Hak Milik Anda’
Dik Mal
Ampang, Selangor
Blog Pembangunan Diri dan Motivasi
betul yang mazny cakap..saya pun banyak benda nak cakap tapi takut salah n tak diterima orang je.
CEO
http://www.taqiyuddin.wordpress.com
Assalamualaikum…
Bila kita tidak kedekut,Isyaallah sifat pemurah ini akan menjadikan orang lain juga tidak kedekut dengan kita.Idea sesuatu yang tidak berharga dan harganya ada bila kita buat kerja keatas idea tersebut.Saya percaya pembaca blog ini semuanya pemurah dan sedia untuk kembangkan idea kita menjadi sesuatu yang bermakna.Ilmu akan berkembang kalau kita warwarkan dan pandangan orang lain akan membantu mengembangkan idea tersebut.Insyaallah
Wassalamualaikum
Assalamualaikum
Betul,ilmu memang untuk dikongsi bersama
3 kepala lebih bagus berbanding 1 kepala betul tak? π
Betul… sebab itu kita kena gunakan konsep idea pemetaan (idea mapping).. dengan gunakan konsep ini, kita dapat kembangkan idea tersebut melalui pelbagai cara dan akhirnya akan mendapat satu idea yang kreatif, inovati dan menarik.. π
jika kita inginkan kejayaan dlam perniagaan kita misti megikuti perkembangan semasa.jangan degar apa orang kata.
bab kongsi idea ni,tringat dulu masa jual insurans (skrg dah x buat),team kami ada design questionnaires utk buat survey kt public.rasa mcm dah best le questionnaires tu,takut nak bgtau team lain nti kena curi idea.tp mentor team saya selamba je bg fotokopi pd team lain.reason dia->questionnaires tu kurang penting,yg paling penting ialah dlm kepala mesti tau nak kupas idea questionnaires tu supaya terkesan di hati org lain,& satu lg effective skill untuk present kat org lain.kupasan dlm kepala & skill tu yg org lain xbleh difotokopi.salute IK!tips IK memang terkesan di hati saya.
Terima kasih, nice site. Apakah baik untuk menyampaikan ide tanpa pikir panjang dlu?