Ada orang nak beli ke?

Ok, hari ini saya pula nak tanya anda soalan πŸ™‚Β Soalan ini memang sering saya terima. Mungkin anda juga pernah dengar soalan sebegini, atau anda sendiri pernah tanya soalan ini.

Apabila merancang untuk memulakan perniagaan, satu perkara menjadi tanda tanya dan juga menghalang kita mengambil langkah memulakan perniagaan tersebut. Soalannya adalah:

Ada orang nak beli ke produk/perkhidmatan ini?

Bagaimana caranya hendak mejawab soalan ini? Apa yang perlu kita lakukan untuk memastikan jawapan ini?

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

47 thoughts on “Ada orang nak beli ke?

  1. Mungkin masyarakat masih belum didedahkan dengan jenis produk / perkhidmatan seperti ini. Kitalah yang tahu dan kenal maka perlulah membawa kapada masyarakat tantang kewujudannya.

  2. dimana ada “demand” di situ ada “supply”
    setiap produk pasti ada pembeli cuma yang penting kene ada “strategiyang genius” untuk menarik pelanggan membeli produk kita.

    mokhtar
    http://www.cetakbaju.com

  3. A’salam…

    Kalo kita bertanya begitu…pada saya mungkin kita tak tahu target market kita pada barang atau produk yang akan kita jual atau beri pada pengguna. Dalam erti kata lain kita tidak bersedia untuk menjual barang atau produk kita. Mungkin sekadar prsediaan untuk menjawab soalan orang. “Apa produk yang kamu ada kamu?”. Atau sekadar mengikut orang. “dia ada produk, aku pun ada”. Apa pendapat .

  4. Hmmm,
    Saya memang selalu menerima soalan begini apabila memberi idea untuk memulakan perniagaan dengan kawan-kawan.

    ” Boleh laku ke produk ni? Ada orang nak beli ke ? siapa nak beli ? ”

    Pada saya, kalau kita tidak cuba untuk memasarkan produk yang kita nak jual, kita tidak akan tahu ada permintaan ataupun tidak.
    ” Daun serai daun kayu, belum try belum tahu ”
    Kalau kita rasa produk kita mempunyai permintaan di pasaran, mengapa tidak kita menjualnya. Kita tidak perlu takut akan pernyataan sama ada boleh laku ataupun tidak produk yang kita ingin jual.
    Pengguna Internet di Malaysia sahaja melebihi 10 juta orang. Di sini dapat kita lihat bahawa peluang untuk mendapat pembeli adalah tinggi.
    Yang penting kita memasarkan produk tersebut. Promosi amat penting dalam perniagaan.

    Cuba kita lihat perniagaan yang telah mendapat nama di pasaran hari ini seperti KFC. Tidakkah kita terfikir, sebelum dia mendapat nama di seluruh dunia, mungkin dia juga mengalami persoalan macam ini. Tetapi setelah melakukan pemasaran dengan strategi tersendiri, nama KFC telah terkenal di seluruh dunia.

    Tak kenal maka tak cinta. Sekiranya kita tidak cuba untuk memasarkan atau memperkenalkan produk kita, tidak ada orang akan tahu keistimewaan produk tersebut. So, macam mana kita nak tahu sama ada boleh laku ataupun tidak produk yang kita ingin jual……

  5. Bagi saya, kalau serius nak mulakan perniagaan, kena tau market demand. Baru la kita supply.

    Utk online marketing, cara yg paling mudah utk mengesan jika ada demand utk sebarang produk adalah dengan mengikuti perkembangan semasa online forum dalam niche kita.

    The more people asking about certain things in our niche, that’s where money can be made πŸ˜€

  6. Ha. I always ask myself this type of question.

    Saya rasa ia terpulang bagaimana kita pasarkan. Cara kita dan bersesuaian dengan apa yang market mahukan. Tapi masih jugak menjadi halangan.

    Quite true. Soalan ini akan melembabkan plan. It happens to me.

  7. Sebelum mewujudkan produk/perkhidmatan, mesti pastikan kesesuaiannya terhadap lokasi perniagaan…bersesuaian dgn skop perniagaan..
    satu lagi kena berani mencuba market pasaran..baru tahu ada permintaan ke tak

  8. Pertama tanya diri kita sendiri, adakah kita juga perlukannya? Buat soal selidik, kpd beberapa kategori bakal pelanggan utk pastikan % sambutan. Itu pendapat saya je ….

  9. Assalamualaikum,

    pada pendapat saya,sebelum soalan tersebut dikemukakan kepada orang lain,

    tanya dahulu diri sendiri samaada adakah kita sendiri akan membeli barangan tersebut jika orang lain menjualnya.

  10. Salam & Kawan-kawan
    Ya, selagi kita yakin, dan tidak berputus asa. Bagaimanapun kalau untuk perniagaan Internet, website kita mestilah ‘niche’,bersih dan ada power punya sales letter. Macam saya pun laaa…he.he.he

  11. “Ada orang nak beli ke produk/perkhidmatan ini?”. Pertanyaan begini memang perlu dikikis dari minda kita. πŸ˜‰

    Terdapat orang yang dihanyutkan oleh desakan kawan dan rakan. Kata mereka, tak payahlah nak susah-susah, dah banyak dah orang tak berjaya melakukan perkara tersebut. Yang berjaya pun tidak diberi ganjaran yang sewajarnya. Ini merupakan ‘pemikiran negatif’. πŸ™‚

    Sebaliknya, gantikan dengan ‘pemikiran positif’ dengan berkata, “Mungkin orang ini belum lagi menggunakan semaksimum mungkin kekuatan-kekuatan yang dimilikinya. Mungkin orang itu tidak membuat persediaan bagaimana menghadapi masalah dan cabaran-cabaran. πŸ™‚

    Hisham;
    “Hapuskan gambaran kegagalan” πŸ˜€

  12. yer! Soalan ini pun seringkali juga saya tanya diri sendiri.

    Tapi biasanya.. untuk nak sedapkan hati…
    saya akan jawap.. mesti punya ada orang beli .. cuma yang beza.. sikit atau banyak je.. πŸ˜€

    ho! ho! ho!.. apa-apa pun.. untuk tidak membazirkan masa menjual sesuatu yang tak ramai orang nak beli.. better buat market research dulu.. macam supply & demand, timing, dan market penetration..

  13. hurmm..mcm mane ek ?saya pun ada gak terpikir bila sesuatu idea biz yang saya nak buat muncul…kadang motivasi pun hilang bila teringatkan persoalan ini…harap dapat bg jawapan…terima kasih πŸ™‚

  14. jawapan dari saya ialah bergantung pada diri kita. jika kita yakin boleh jual, pasti boleh jual. tetapi keyakinan itu hendaklah disertakan dengan tindakan yang betul seperti kita membuat kajian pasaran yang berkaitan dengan barang yang hendak dijual. dan yang penting, kaedah pemasaran yang betul dan berterusan itu penting, kalau tidak, memang susahlah nak jual barang…

  15. erm..camner kalau kite wat test market..amikla produk yang seumpamanya yang dah sedia ada dalam pasaran..try dulu..tak pun kite try je wat offer kat market..tgk ade demand or respon tak..walaupun actually kite tak start lagi produce product or service tu..tu salah satu yang terfikir..rakan2 len msti banyak lagi idea kan..sy pun byk lagi =)..
    p/s:ni first time saye post kat sini! slame ni membce jer..pasifla katekan.

  16. Pada pendapat saya (amatur dan belum pernah mengambil subjek perniagaan), persoalan ni mungkin boleh dijawab dgn memerhatikn keadaan sekeliling atau melihat pada keperluan.

    Katakanlah begini, pelajar2 asrama selalu lapar pada waktu malam, kalau saya jual makanan malam2, ada orang nk beli? Jawapannya tentulah ya, sebab ada keperluan. Cuma, persoalan yg penting, berapa ramai pelajar yg lapar pada waktu malam? Ataupun mungkin, kalau saya jual, boleh dapat untung ke?

    Seterusnya, mungkin melalui perbincangan seharian. Kita sering dgr org kata, “Kan senang kalau boleh buat begini dgn begini”. Di sini menunjukkn bahawa, perkara tu boleh dipermudahkn dgn cara yg lain. Cara ni boleh diambil sebagai idea perkhidmatan utk mmpermudahkn org melakukn perkara tu. Contoh, syarikat kewangan, mungkin dulu org sll merungut ssh nk uruskn hal kewangan sendiri, dan syarikat kewangan ni menggunakn idea tu utk memberi perkhidmatan mnguruskn kewangan anda semua.

    Dan yg terakhir, melalui pembacaan lah. Saya yg mengambil kejuruteraan sll mmbaca buku2 berkenaan dgn kursus ni. Apa yg saya dpt lihat, terlalu byk idea perniagaan yg boleh dilakukn kerana bidang kejuruteraan ni sgt memerlukn byk peralatan. Sehinggakn skru pn boleh dijadikn idea perniagaan, cuma, setiap skru yg hendak dipakai hendaklah menepati piawaian yg dh ditetapkn. Ada org nk beli? Dah tentu syarikat2 pembinaan nk beli sebab tu keperluan mereka.

    Pendapat saya, x ramai peniaga yg risau ttg ada org nk beli atau tidak. Tapi yg penting, berapa ramai yg nk beli atau guna, brg atau perkhidmatan tu.

  17. Assalamualaikum!
    Memang betul.. Soalan ini selalu tertulis dikotak fikiran saya..

    Apa jawapannye yea ..

  18. saya sudah membeli buku rahsia jutawan terbongkar, saya juga sudah mempunyai idea produk yang mahu saya niagakan.
    pertanyaan saya yang tiada dalam buku tersebut belum terjawab.
    pertanyaan saya:perlukah memohon lesen perniagaan untuk perniagaan internet secara kecil-kecilan…

  19. asmkm Irfan.. pekabar? shueqry here..

    jawapan saya :

    – buat kajian,cari apa masalah orang
    – cari penyelesaian pada masalah tersebut
    – compilekan penyelesaian tu dalam eBook, video, C OM atau buku fizikal.. atau jadikan ia satu bentuk perkhidmatan.
    – buat “back-end product” yang berkaitan.

    Untuk pastikan ada orang beli produk kita, cari permintaan dulu, untuk cari permintaan, cari masalah yang dihadapi orang.. owh, ni dalam buku Irfan yg saya ikut sampai ke hari ni..

    Kalau prosesnya terbalik, payah nak jual..

    shueqry
    http://shueqry.blogspot.com
    blog minda dan pembangunan diri

  20. nak mencelah sikit, jangan marah yer..
    gambarkan kita jadi pelanggan kepada produk kita sendiri, kalau kita takut nak beli produk kita sendiri, maka jangan buat, kalau kita berani nak beli produk kita sendiri, boleh teruskan…. diri sendiri tak pernah menipu diri sendiri..(sebenarnya saya tak layak untuk memberi komen dalam site yang ada kelas ni)

  21. teringat kisah abang Nazri Pasir Mas, pengasas Magsaver. masa mula-mula dia perkenalkan produk penjimat minyak dia,tiada orang yang percayakan dia termasuk rakan kongsi. sekarang, dia dah berjaya…

  22. Macam mana nak jawab soalan tu. Kalau nak jual, sapa nak beli produk kita ni. Rasanya yg. penting, kita kena cari produk yg. betul niche dan demand tinggi. Tu ja yg boleh saya jawab. Pengalaman saya, mula-mula saya start bisnes internet ni dok pikiaq cam tu jugak. Tapi bila dah start bisnes ni, kalau kena dengan cara ada jer orang beli.

    http://www.jomwebtemplate.com/ebookseo

  23. first time gak ni,
    1. Boleh guna strategi cipta keperluan contohnya nak jual seliper tapi org kampung semua tak pakai seliper,so beritahu diorang kalau tak pakai seliper nanti terpijak duri atau paku atau pun kecacingan gunakan pakar kesihatan untuk cipta keperluan ini.
    2. Tinjau-tinjau trend di tempat orang lain kalau-kalau boleh diguna pakai ditempat kita..menjadi yang pertama ditempat sendiri.

  24. tanpa ada “provokasi” yg berlebihan takkan ada org yg akan perasan sesuatu produk/perkhidmatan.pengiklanan yg berkesan memainkan peranan.tak guna promote gamba besar-besarn di tv kalau produk yang sama boleh di jual oleh semua org(produk muka/kesihatan).

    produk yang bagus dan terbukti berkesan kalau di letak harga yg berpatutan,tidak salah kalau berbelanja lebih.tetapi kalau kos yg rendah dan semua org tahu,serta keberkesanan tak terjamin,buang masa sahaja beli..kalau mau cuba market,letak harga yg berpatutan setanding dgn kos sara hidup di malaysia berbanding kos sara hidup di UK.tak begitu irfan??

  25. Bagi yang lebih nekad,

    “Mak cik yang jual goreng pisang tepi jalan pun belum tau siapa yang nak beli goreng pisangnya hari ini…”

    Kalau dah ada idea,cukup survey,modal sikit dan BERANI mengambil risiko dan sahut cabaran..bolehlah pakai quote yang saya guna hingga ke hari ini…Apa tunggu lagi,Bertangguh itu pencuri masa.

  26. ,

    soalan ni selalu ade dlm permikiran saya…
    kdg2 bg jwpan sendiri je supaya fikiran tak serabuk sgt… jwp ade je…kalu tak byk ade sedikit…

    btl ?

  27. Saya mmg selalu bertanyakan soalan ni setiap kali pergi ke shopping kompleks dan tengok ramai org menaiaga di kiosk2 yg disediakan. Kebanyakannya jual mainan/stiker karakter (naruto, doraemon, ultraman etc, handbag & purse, aksesori wanita (rantai tangan maink, subang etc) Kalau barang yg ditawarkan agak pelik & kurang penting, mungkin makan masa utk tarik perhatian org membeli. Tapi disebabkan kedudukan kiosk di situ amatlah strategik sbb dlm laluan org ramai, maka besar juga kemungkinannya utk org singgah melihat2 (blm lagi tentu membeli)

    So, kesimpulannya di sini, sblm decide nak jual sesuatu, pastikan dulu faktor2 berikut:
    1) Permintaan sedia ada terhadap produk seumpamanya
    2) Kos kpd kita sbg pengedar supaya dapat meletakkan harga yg berpatutan
    3) Strategi yg boleh kita ambil utk mempromosikan produk tersebut

    Saya pernah buatkan market survey utk makanan kucing Friskies. Mereka akan keluarkan sampel produk (spt makanan kucing plus tablet susu dan plus seaweed) Sample akan diedarkan kpd pemilik2 kucing dan antara soalan yg ditanya: Kucing suka ke tak makanan baru tu, ada alahan ke tak lps makan, brp kerap beli makanan kucing, jenama apa yg digunakan sblm ni etc. So soalan survey ni, pengeluar Friskies boleh tahu sama ada berbaloi atau tak untuk mereka proceed dgn produk/perisa baru tersebut.

    Kesimpulannya:
    -Buat market survey dulu
    -Perhatikan senario di sekeliling anda
    -Jual barang yg boleh menyelesaikan masalah pengguna
    -Harga yg ditetapkan perlulah berpatutan dgn faedah yg didapati barangan tersebut
    -Fikirkan juga (in advance) cara promosi yg sesuai yg bakal dilakukan
    -Letakkan diri anda di tempat pembeli: adakah anda sendiri akan membeli produk sebegini

    Hope that helps…. in addition to pendapat bloggers yg lain πŸ™‚

  28. kita memerlukan petua untuk bisnes, dimana ada kemahuan disitu ada jalan… sy ada satu kemusyilan la,,, kalo online bisnes ni tang shipping cost adalah satu batu penghalang untuk jual produk kita ke luar negara….sbb cost terlalu mahal.. ada tak cara utk selesaikan kebuntuan ni? anyone can answer me?
    Tx..

  29. Saya pulak.. masa nak lunch kena cari timing. soal boleh jual ke tidak saya selalu set dalam minda, ada orang beli. lagi-lagi kat internet. bezanya kuantiti sahaja.

  30. betl kata kawan2, test dulu. ni namanya risk taking. nak jadi usahawan mesti berani tanggung risiko. tapi sebelum tu pastikan buat market research. kalau dah yakin produk tu blh laku, apa tunggu lagi…

  31. Ada orang nak jual, adalah orang nak beli… Cuma kedua-dua pihak ni perlu dihubungkan. Bagaimana? When there’s a will, there’s a way. Ada macam-macam cara…

    Selamat berjual-beli…

  32. emm biasanya sblm saya jual sst produk/service tu tgk dulu demand/supply di dlm market.. kalo ada competitor kita kene buat USP.. utk bezakan produk/service kita berbanding yg sedia ada..

  33. kena kaji / survey dulu… pastu pastikan ape yg nak buat.. apa yg nak jual tu paling kurang pun mesti ada keistimewaan ataupun perbezaan.. kenalah berani ambik risiko. tp jgn gunakan bajet yg terlalu tinggi andai tak tahu lg pasaran yg bakal ada. Wallahualam…

  34. Pada saya, jika ikut ilmu ekonomi.. kajian mesti di lakukan berdasarkan permintaan (demand), setelah itu, barulah kita tawarkan (supply) produk atau perkhidmatan tersebut…

  35. “Ada orang nak beli ke produk/perkhidmatan ini???”

    Selaku pengguna, apa barangan yang kita beli? Kita beli barangan yang kita perlukan. Contoh, keperluan asas makanan, pakaian dan tempat berlindung.

    Kalau kita jual beras secara online melalui internet, pasti akan ada orang beli setiap hari. (pakaian dan kediaman saya tak berani nak cakap sebab saya bukan pakar…)

    Tapi kalau beras dijual online pasti akan ada orang beli bergantung kepada strategy dan teknik jualannya.

    Lokasi rumah flat 30 tingkat. Kedai runcit di tingkat groundfloor menyediakan khidmat menjual beras online melalui internet. Penghuni flat cuma perlu membuat pesanan dan membayar kos penghantaran melalui internet. Beras akan sampai ke muka pintu rumah. Pastinya ada pembeli setiap hari.

  36. kalau harga berpatutan @ lebih murah mungkin ada or nak. kalau kain cepat tukar trend rasanya susah. kalau buku ke mungkin lah. Selalunya macam kita terdesak cari barang baru kita beli.Kalau harian baik pergi super market je.

  37. jual apa pun di internet bakal mendatangkan keuntungan.
    lihat sahaja irfan jual map sahaja dah blh jadi kaya raya.
    saya pun ada juga website, but tak tau mcmana nak link supaya ada org beli.
    setakat ni hanya boleh view je.
    ntah siapa la blh beri tunjuk ajar.

  38. Yakinkan rezeki Allah ada di mana2. Ikhtiar, usaha, doa dan tawakkal pasti ianya berjaya. Setelah lakukan semua itu, yang lain serah padaNya dengan penuh keyakinan. Amin. Tak laku hari ini rezeki esok tak siapa yang tahu. tq

  39. aku pun tgh mencari2 kaedah pemasaran yg berkesan
    kalo nk wat business kdg2 pk ade org nak beli ke produk ni.tp ape pun kene yakinkan diri dan try dulu..gunakan modal yg kecil dulu

    bak kata pepatah

    “tak kenal maka tak cinta”

  40. aku nak jual pad herba untuk wanita,harga berpatutan hanya dari rm10-rm12 sahaja,amat berkesan untuk masalah yg di hadapi wanita,klu orglain jual pun aku nk beli,kemusykilan mcmana nk memasarkan dgn lebih besar???

Leave a Reply

Your email address will not be published.