Sering kali perniagaan Internet di kaitkan dengan B to C (Business to Consumer). Iaitu, perniagaan menjual terus kepada pengguna. Sebagai contoh, menjual makanan kering terus kepada pengguna.
Satu aspek yang sering dilupakan dan barangkali boleh memaksimakan keuntungan perniagaan Internet adalah B to B (Business to Business). Ini pula bermaksud perniagaan menjual produk/perkhidmatan kepada perniagaan lain. Sebagai contoh, menjual makanan kering terus kepada kedai-kedai makanan.
Ada yang tanya, boleh jadi jutawan ke dengan hanya menjual produk seperti rempah atau keropok di Internet? Jawapannya, sudah tentu BOLEH dengan menjual dalam unit yang lebih besar (pukal) kepada peniaga-peniaga lain π
Sekiranya menjual kepada pengguna, kebiasaannya, pengguna akan membeli dalam unit yang kecil. Tetapi, sekira menjual kepada kedai-kedai, belian adalah berbentuk pukal. Fikirkan bahawa terdapat berpuluh ribu kedai-kedai runcit halal dan juga kedai-kedai runcit cina dan india di negara-negara barat. Kedai-kedai ini boleh menjadi pelanggan anda sekiranya perniagaan anda adalah B to B.
Bukan sahaja untuk makanan, tetapi produk-produk lain juga seperti sekiranya menjual peta Malaysia, kita tidak bergantung kepada pengguna (pelancong) sahaja, tetapi, kita boleh menjual secara pukal kepada travel agent (perniagaan)– sepertimana saya pernah lakukan.
Buka fikiran kepadaΒ peluang-peluang perniagaan Internet. Sekiranya perniagaan Internet anda B to C, fikirkan bagaimana ia boleh menjadi B to B juga π
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Tak kiralah perniagaaan internet B to B atau, B to C ke!
Perkara lain yang penting ialah “How to go faster from A to B” π
Dari pengalaman saya dua elemen penting ialah ‘money'(wang) dan ‘time’ (masa). Kebanyakan orang memilih wang tetapi masa memainkan peranan yang lebih penting. Betul ke..? π
Hisham;
“Kalau ada wang tapi tiada masa, berjaya ke kita agaknya ye..??” π
Salam Doc,
Bagus tips ni..trimas π
B to B & B to C….kedua-duanya penting dalam mengembangkan perniagaan internet.
Assalamualaikum
Tuan-tuan yang mulia,
Saya memilih periagaan hanya untuk satu maksud iaitu “Barangsiapa periagaan dan jual beli tidak melalaikan dari mengingati Allah dia akan masuk Syurga tanpa hisab di Akhirat nanti.Sebab golongan ini akan diseru dan satu golongan akan bangun terus masuk Syurga”, inilah satu-satunya matlamat saya dalam perniagaan.Biar keuntungan yang lain mengejar dari belakang seperti kesenangan,kemewahan dan sebagainya
terima kasih atas ilmu yg kongsikan. kejayaan dan perubahan terletak di minda sendiri. siapa kita sekarang tidak penting, yang penting mahukah kita menguasai minda sendiri untuk sentiasa menambah dan mempraktikkan segala ilmu yang diperolehi bersesuaian diri sendiri.
Kalau nak lebih bagus buat A to Z dalam bidang kepakaran kita.Cth: Jual kereta – Baru,lama,supply pada individu , sykt @ kerajaan, repair,renew roadtax, insurans,alatganti,urusan jpj dll.Asalkan berkaitan dgn kereta.Jual gambar kereta atau t-shirt kereta pun boleh..
Menarik tu.. Kekadang kita dok fikir camne nak menjual kpd customer, terlupa pulak yg kita boleh jadikan another Business sbg customer kita. Blh difikirkan dan dipertimbangkan dlm membuat plan perniagaan yg seterusnya…
Muchas gracias fot the tips! π
betul gak…..kalau duit banyak tapi sibuk takde masa ngan family tak best gak…
masa itu emas….
semoga kejayaan milik kita semua,
dan yang penting kejayaan memerlukan
usaha yang berterusan..
Taqiyuddin
http://www.taqiyuddin.wordpress.com
tips yang bgs ni …
dlm niaga, kalu kita ada network lebih cpt lah perniagaan kita berkembang..
kalu takde network, kita hanya ada 24jam sehari…
kalu ade 10 network, kita akan ada 240jam sehari…
kan 10 kali ganda kan keuntungan kita…
Selama ni terfikir jugak, cuma tak pernah buat.Terima kasih atas tips tu..
Salam
Tips hari cukup bernas. Contoh kita boleh, usahakan dengan bermacam-macam produk seperti formula B to B iaitu mengedar bekalan Kopi kepada warong-warong dan kedai kopi atau Supermarket. Siapa nak bekalan kopi boleh lawat laman web saya untuk menjadi ahli. Harga murah. Cepat siapa, cepat dia dapat. Lumayan tau. Kompeni pun masih baru. Thanks
wah.. !!!
ini lagi menarik.. boleh juga cuba ni.. tapi kawan2 bolg ada idea tak atau sendiri macam mana nak adaptasi kan idea ni jika orang tu hobinya baca komik (maksudnya hobi ini boleh di jadikan duit la)
Penyumbang ekonomi terbesar negara adalah B2G dan G2G.
Masih banyak perlu dilakukan untuk industri B2C dan true B2B (tanpa melibatkan government-linked companies or govt-owned agencies) di Malaysia.
menarik gak tu. rasanya dua-dua penting dan dua-dua ada dia punya pros and cons.
B2B kalau dari cons pulak, maybe dari segi payment di mana kita tak dapat cash straight away spt kalau kita buat B2C. anyway, satu pencetus idea yang menarik jugak nih utk buat B2B based dari business yang B2C.
Thanks doc.
Errr… ni tak relevan ngan topik hari ni. Tapi ptg tadi saya mengemas dokumen2 dan fail2, terjumpa majalah masa A-Level dulu. So, saya pun belek2 laa… Irfan kelas 13J ke? “Red”? π
hahha… jutawan kerepek ubi kayu. nak jadi jutawan kena kembangkan perniagaan anda. jika setakat setempat aje, takder maknanya.
jadikan ia sebagai platform utama ke arah jutawan kerepek. freindcaise pun ok juga. friendcaise?
Tips yang bagus. Boleh bermula dengan B to C, kemudian kembangkan ke B to B. π
B2B amik sedikit masa untuk establish. B2C bagus untk permulaan dan juga percubaan
Selalunya akan berkembang dari B2C ke B2B, bila B2C berjaya, membuktikan kemampuan produk dan perkhidmatan pelanggan yg xcellent
terima kasih ,saya tak pernah terfikir sebelumm ni.Mudah2an Irfan di berikan kesihatan untuk memberikan saya tips untuk berjaya sekalu gus mengurangkn penderitaan untuk berbelanja.Memandangkan ekonomi saya yg teruk sekarang ini.
Bagi saya B2C untuk permulaan dulu, ubah kepada B2B juga bila kita dah establish dalam B2C dan dah ada kredibiliti
B2b ni kira kita jadi pembekal la, modal kena besar juga.
TTg masa pun ptg jugak. kadang kita ada peluangtapi takde masa nak jual/promote.
Satu cara gunakan orang lain. Biar utg sikit sbb share tapi bisnes jalan.
auraminda.com
betul tu, B2B sebenarnya lebih baik untuk jangkamasa panjang. tidak perlu modal besar pun. Cuba dulu dalam kuantiti kecil utk kenal pelanggan lebih dekat. Anda boleh mencuba alibaba.com ataupun web B2B saya sendiri iaitu maltrade.com
selamat berjaya, insyaallah.
yang mana satu bisnes yg lebih menguntungkan melalui internet, menjual kraftangan sarawak r mengiklankan home stay serta pengangkutan untuk yg ingin ke kuching, sarawak atau bolehkah saya membuat kedua dua bisnes sekaligus
nak try jadi jutawan laa jugak… jutawan soya, jutawan satay, jutawan kerepek ubi…
jutawan oh jutawan… minda jutawan…
jom gerakkan minda jutawan dengan B2B dengan lebih ekstrem lagi…
wuhuuhu…
I think Irfan should write a book which is specializing in “perniagaan internet B to B” because I believe there are some differences between the method of running B to C and B to B internet business. Or at least Irfan may write some articles of how to run B to B internet business. I’ve got an idea which is related to B to B internet business; open a small bread factory (start from my home kitchen!) and sell the breads to distributors or retailers online. Ahha!
B2B memang untung kalau tau caranya..ini adalah satu peluang yang ramai terlepas pandang