Memulakan perniagaan tentunya sesuatu yang agak teruja. Lebih-lebih lagi bagi usahawan yang baru. Namun, usahawan baru mungkin kurangnya pengalaman dalam perniagaan dan terlepas pandang beberapa perkara penting sebelum memulakan perniagaan.
Berikut adalah 3 perkara yang sering ditinggalkan oleh usahawan baru, tetapi amat-amat penting bagi usahawan yang berpengalaman!
1. Apabila merancang, ramalkan keuntungan yang kurang dan perbelanjaan yang lebih
Sering kali apabila memulakan perniagaan kita akan melakukan ramalan perbelanjaan dan keuntungan. Selalunya ramalan perbelanjaan yang dilakukan adalah rendah manakala ramalan keuntungan pula adalah tinggi.
Bagi mereka yang berpengalaman dalam perniagaan tentunya tahu pelbagai masalah yang tidak diduga akan muncul. Ramalan bukan sahaja perlu realistik, tetapi juga diberi ruang sekiranya ramalan tidak menjadi benar terutamanya tersasar.
CARA: Teruja dalam memulakan perniagaan sentiasa membuatkan kita fikir perbelanjaan adalah rendah dan untung adalah tinggi. Perlu berhati-hati terutamanya usahawan yang baru!
2. Sentiasa selidik dan analisa pasaran
Penyelidikan dan analisa pasaran adalah sesuatu yang agak membosankan. Mana taknya, iabukan lah aktiviti yang dapat lihat dek mata menjana keuntungan. Tidak seperti pemasaran atau berjumpa dengan pelanggan.
Namun, penyelidikan dan analisa pasaran adalah amat penting khususnya untuk perniagaan baru. Lihat sahaja perniagaan besar-besaran yang sanggup melaburkan jumlah wang yang besar untuk melakukan pelbagai penyelidikan dan analisa.
CARA: Perniagaan kecil-kecilan, walaupun tidak perlu melaburkan wang yang besar, namun sekurang-kurangnya perlu melaburkan masa dalam penyelidikan dan analisa supaya dapat mengenal pasti sasaran pasaran dan perbaiki sebarang kelemahan perniagaan.
3. Tambahkan ilmu akan menambahkan pendapatan
Terlalu ramai usahawan baru hanya terus terjun dalam bidang perniagaan tanpa ilmu perniagaan. Akhirnya, mengeluh mengatakan sukar untuk mendapat pelanggan, sukar untuk bersaing, sukar mendapat keuntungan tinggi dan seribu satu lagi alasan termasuk keadaan ekonomi yang tidak mengizinkan.
Cara untuk berjaya dalam perniagaan adalah dengan menambahkan ilmu perniagaan. Lihat sahaja perniagaan yang hebat atau pesaing anda yang hebat. Mengapakah perniagaan mereka terus berkembang maju walaupun melalui cabaran yang sama?
CARA: Jawapannya adalah mereka mempunyai ilmu perniagaan yang lebih. Jangan hanya terjun dalam bidang perniagaan tanpa ilmu, cari ilmu terlebih dahulu untuk menambahkan pendapatan perniagaan.
Tidak lama lagi akan bermula pengambilan terbaru bersama saya Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Program 6 bulan+ separuh masa yang akan memabantu anda dari A hingga Z perniagaan Internet.
Tempat adalah eksklusif dan terhad, sekiranya anda berminat, klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran atau hubungi 03-77292277 bercakap dengan Cik Jay.
Program yang telah melahirkan paling ramai usahawan Internet di Malaysia!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Tip ini sangat berguna untuk usahawan, terutama yang baru melangkah ke alam usahawan. ia sangat bermanfaat. terima kasih
Ya betul…
Kena buat analisa dulu..
Kalau tak berani nak ambil stok lebih..
Ambil stok sedikit pada permulaan