Bina jenama diri menggunakan Facebook
Langkah pertama apabila menjual sesuatu produk yang sama sahaja dikalangan pesaing-pesaing yang lain adalah dengan membina jenama diri kita sendiri.
Apabila produk sama, jenama diri kita sebagai usahawan atau penjual dapat membezakan kita dikalangan pesaing. Manusia sedia ada dengan personaliti, gaya dan cara yang berbeza.
Gunakan platform media sosial seperti Facebook untuk membantu sasaran pasaran kita dengan berkongsikan maklumat melalui teks, imej, video dan juga link yang berkaitan dengan industri yang dijalankan dan ini akan dapat membantu dalam membina jenama diri kita sendiri.
Beri nilai tambahan seperti ebook
Beri nilai tambahan yang pesaing tidak berikan. Mungkin perkhidmatan tambahan atau produk tambahan. Sebaiknya sesuatu yang tidak menggunakan kos pada pihak kita.
Contoh terbaik adalah dengan memberi ebook percuma yang berkaitan dengan produk yang dijual. Sebagai contoh, sekiranya produk yang dijual adalan produk kesihatan, maka, kita boleh menghasilkan ebook ringkas percuma bertajuk “15 Kaedah Menurunkan Berat Badan” untuk pelanggan kita.
Apabila memberi nilai tambah seperti ebook percuma, pelanggan akan lebih berminat dan memudahkan keputusan membeli dari kita dan bukan dari pesaing.
Gunakan teknik yang berbeza seperti video marketing
Sekiranya ramai pesaing menjual produk yang sama, buka mata pada ruang dan peluang di mana pesaing kurang menggunakan sesuatu platform pemasaran.
Sebagai contoh, sekiranya terlalu ramai pesaing menggunakan media seperti Facebook atau Instagram dalam promosi, apa kata kita berubah kepada penggunaan pemasaran video di YouTube atau menulis di blog untuk membezakan diri kita dan pesaing.
Mungkin ramai masih belum menggunakan pemasaran video atau blog dalam industri kita, oleh itu, menjadikan platform yang lain daripada kebiasaan akan memberi kelebihan kepada kita.
Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial telah membantu ramai usahawan Internet mencapai kejayaan perniagaan online. Bermula dengan tiada idea perniagaan, sehingga memulakan perniagaan dan menjana pendapatan di Internet.
Sekiranya anda berminat untuk memulakan perniagaan Internet anda sendiri, sertai saya selama 6+ bulan secara part-time di Open Education Malaysia. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277. Pengambilan terbaru bermula tidak lama sahaja lagi!
*Program ini boleh diikuti secara bersemuka di kelas (Mutiara Damansara) atau secara 100% atas talian sekiranya anda berada jauh dari Kuala Lumpur.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Setuju… Kita perlu berbeza sedikit dgn pesaing n maklum perbezaan kita itu pada pelanggan..
Ezwan
http://www.RahsiaBajuKurung.com
Seronok baca article IK. Always relevant to the current needs of online business.