Antara strategi & teknik Part 2

Memang banyak cara kita mendefinasikan STRATEGI & TEKNIK semalam. Komen anda banyak membantu. Bagi mereka yang ingin gambaran yang lebih luas, lihat posting semalam! 🙂

Another way to look at STRATEGI & TEKNIK adalah, Teknik menjawab kepada “WHAT?” manakala strategi pula menjawab kepada “HOW?”, “WHERE?”, “WHEN?” dan “WHO?”

Sebagai contoh, untuk perniagaan Internet.

Autoresponder adalah TEKNIK. Tetapi ilmu mengenai autoresponder sahaja tidak mencukupi. Perlu tahu, bilakah hari terbaik untuk hantar autoresponder, atau bagaimanakah cara terbaik menyusun autoresponder yang diterima pelanggan secara berturutan, berapa lamakah interval terbaik untuk menghantar autoresponder… itu adalah strategy

Network adalah TEKNIK. Tetapi strategy adalah dengan siapa kita patut network? apakah terma network? bagaimana network tersebut dapat berkembang dalam masa 6 bulan hingga 1 tahun dari sekarang? adakah kita network dengan mereka yang melakukan perniagaan Internet sahaja atau bukan perniagaan Internet?

Mengeluarkan produk baru adalah TEKNIK. Tetapi, bilakah masa terbaik untuk mengeluarkan produk (timing)? Produk apa yang terbaik dalam cross promotion? Apakah produk susulan selepas mengeluarkan produk baru ini? Bagaimanakah produk baru ini dapat membantu menaikkan jualan produk lama?

Walaupun kedua-duanya penting, tetapi, TEKNIK boleh dikatakan dipelajari melalui teori, manakala STRATEGI di pelajari melalui pengalaman (atau daripada mereka yang berpengalaman).

Sebab itu dalam peperangan, pengatur strategi adalah general yang berpengalaman dan bukan yang pakar dalam teknikal perang.

Strategi adalah amat penting untuk membezakan anda dengan pesaing. Ini kerana, ramai orang sedia tahu teknik-teknik perniagaan Internet, tetapi, tidak ramai yang arif dalam strategi perniagaan.

Strategy is looking at things in a bigger picture!

Nasihat saya adalah untuk anda lihat perniagaan anda atau perancangan perniagaan anda in a bigger picture. Draftkan satu strategy yang lengkap. Sebabkan ramai usahawan Internet terlalu menumpukan kepada teknik tanpa mementingkan strategi, maka, amat sukar untuk bersaing oleh kerana rata-rata ramai sudah memahami teknik. Dan kesemuanya menggunakan teknik yang sama 🙂

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

28 thoughts on “Antara strategi & teknik Part 2

  1. ‘Teknik’ adalah cara untuk melakukan sesuatu. Contohnya teknik nak buat laman web, melukis dan sebagainya. Teknik juga sesesuatu yang boleh dipelajari dan difahami. Biasanya teknik akan menghasilkan sesuatu dalam bentuk fizikal dan juga virtual. 😀

    ‘Strategi’ adalah cara pemikiran yang boleh berubah-ubah mengikut keadaan dan situasi bila ia diperlukan. Seperti strategi promosi, pemasaran dll. Biasanya lain produk atau perkhidmatan; berbeza dan berbagai strategi promosi dan pemasaran boleh difikirkan. 🙂

    Hisham;
    â€Dalam perniagaan di internet ‘TEKNIK’ itu asas dan ‘STRATEGI’ itu strukturnya.” 😉

  2. Mengatur strategi sebenarnya suatu yang agak boring sebab ia memakan masa yang lama. juga, hasilnya akan dapat lambat … tu yang ramai tak suka mengatur strategy bila berniaga.

    teknik sesuatu yang boleh dilaksanakan dengan cepat, dan pulangan pun cepat. ramai suka fokus kepada teknik.

    secara peribadi, saya lebih gemar mengatur strategy oleh kerana strategy akan memberi keuntungan yang lebih besar pada jangka masa yang lama. 🙂

  3. ASM wr.wb.

    jutaan Terima kasih tips hari ini. Satu salah strategi yang berikan adalah memperkenal produk terbaru disamping produk sedia ada. Strategi saya pun macam itu, hendak memperkenalkan “Kopi” brand terbaru yang sedang “meletup” sekarang diutara Semenanjung. Harganya cukup murah.Saya akan launching website dalam masa terdekat berkenaan Kopi untuk Lelaki dan Perempuan. Sesiapa nak joint boleh menghubungi saya melalui e-mail hebatrasa@yahoo.com.my. Kopi ini pasti hebat untuk dirasai dan jualan. Tak percaya yaa…

  4. irwan, yes, kena banyak strategize…

    remember my project shooting di UK late last year tu, STRATEGY X, it’s all about strategy and “How to strategize your business especially in Malaysia market”

    Tapi, sebab timing tak betul, and product tak lengkap sepenuhnya, tu yang tak keluarkan dulu 🙂

    I recommend everybody to learn and strategize their plans.

  5. salah satu strategi adalah mencipta emosi pelanggan supaya membeli dan dipertimbangkan dengan logik.(cilok pendapat marketer tersohol)

    salah satu strategi pemasaran bagi pengeluar produk software adalah network dengan megazine, bagaimana? megazine mengiklankan software atau produk itu dengan harga lebih murah daripada harga sebenar yang dijual di website. apabila pelanggan membuat pembelian, mereka perlu memasukkan REGISTER CODE untuk mendapat harga yg ditawarkan oleh megazine(lebih murah sedikit). website owner dapat menjejak pelanggan yang datang daripada megazine itu melalaiu REGISTER CODE. lebih kurang macam affiliate partner jugak, cuma dengan megazine….

  6. kalu begitu memang boleh tambah Pendapatan Sampingan banyak-banyak

    untuk menjadi Usahawan Internet yang berjaya dengan strategi dan teknik2 yang power lagi memikat.

    walau apapun melayu memang boleh melakukan perniagaan internet sehingga ke pulusuk dunia dengan strategi yang unik dan berkesan. siapa lagi kalu bukannya irfan dan juga mereka yang telah berjaya.

    TAHNIAH! MELAYU BOLEH!

    sekian terima kasih…

  7. Nasib baik jugaklah pendirian saya tak begitu jauh dgn Irfan.
    Kepada yg nak mencari kelainan,jgn pening kepala.Cuba study dulu teknik yg boleh digunakan utk perniagaan anda.Bermacam-macam teknik boleh digunakan.Betul kata Teknik yg betul biasanya boleh berjaya.Cuma,margin keuntungan terpaksa dikongsi bersama-sama dgn.org lain yg menggunakan teknik yg sama.So,dari keadaan itu.Kita akan memikirkan bagaimana nak mengalahkan mereka yg guna teknik-teknik yg sama-Di situlah munculnya strategi.Kengkadang kita tak perasan yg kita sedang mencuba strategi baru yg kita cipta sendiri.Cubalah yakin pd.diri sendiri.
    Strategi yg ampuh biasanya datang dari dalam organisasi kita sendiri.Saya suka tengok strategi ASTRO-Ananda Krishnan,yg boleh mengaut berjuta RM dan terus memonopoli rancangan realiti TV-Akedemi Fantasia.Coraknya/tekniknya mungkin hampir sama dgn rancangan realiti TV lain.Tapi,strategi “Air Mata”,sensitiviti latar belakang keluarga,kelompok berfizikal minoriti(yg memerlukan idol/wakil utk memberi self-confident) dan sedikit molekul”bertudung/pandai mengaji/nasyid” berjaya diadun dgn begitu hebat sekali sehinggakan ramai org.kita tak perasan yg mereka sedang menaja/memberi biasiswa kepada peserta2 AF kat dalam tue.
    Secara kalkulatifnya,kita adalah sebahagian dari perancangan strategi itu dan kini sedang menjayakannya.Stesen-stesen TV lain,mungkin gunakan teknik yg sama iaitu Realiti TV,tetapi,strategi bisnes yg dijalankan adalah sama dgn stesen TV yg lain.Faktor utama kejayaan strategi ialah ia mesti unik dan terus unik,kadangkala ia perlu berada di luar kotak pemikiran orang-orang biasa(Dgn.anggapan bahawa ilmu teknik telah berada di hujung jari..!!)

    P/S:Penulisan adalah berdasarkan “observation” bebas.Tidak berniat utk.menyentuh mana-mana pihak.Ianya lebih kepada huraian bagaimana strategi bekerja.Di harap tidak “Gam” post saya ini.Saya cuma berniat baik dan sama-sama belajar dari kejayaan pihak lain.Tq.

  8. post ni menarik. Saya dah baca 2-3 kali dalam hari ni. Byk tips yg saya rasa boleh saya gunakan utk memasarkan produk saya boleh saya gunakan.

    Thanks 😉

  9. Saya terima pandangan yuzafi ini dan kira ada logiknya..

    Berbalik kepada mereka yang menjalankan perniagaan internet, memang diakui amat ramai didedahkan dengan teknik bagaimana meningkatkan pelawat dan jualan. Akan tetapi masih ramai yang tidak konsisten dalam mencari keuntungan.

    Strategi yang salah dan tidak digunapakai adalah satu sebab kenapa kita lihat ada sesetengah laman web dicapai oleh ramai pelawat tetapi tidak membeli.

    p.s: kena banyak mencari dan membaca untuk rancang stategi.

  10. saya msh mentah dlm internet biz. ni, terima kasih pada semua yg saya dh baca blog mereka. bnyk saya dpt ilmu, antaranya: Lagi berkesan fakta dan maklumat yg dikongsikan lg tinggi peluang utk umum mengulang lawatan, sudah tentu akhirnya jd buyer. sebab pilihan terlalu bnyk.
    any way..tahniah yg dh berjaya… kekal niat/psg niat mencari KEREDHAANNYA, pasti kejayaan disertai ketenangan dan kebahagiaan. AMIN

  11. power-up your strategik… eh strategik pulak…

    kukuhkan strategi anda…

    banyak jugak teknik yang sama…

    tabik spring untuk mereka yang ada strategi…

    haha mari la kita susun startegi perniagaan kita agar lebih power lagi…

    power root…

  12. tip hari ini betul2 membuka mata saya….tak sangka selama ini saya terlalu menekan teknik berbanding strategi.Jom kita sama2 mula bina strategi..

    p/s: ada tak sekolah strategi kat malaysia ni?

  13. bro, nk tnya autoresponder nie xmencemarkan image (popularity) blog kite ke?.. sbb nanti tiap2 minggu user yg register dpt email..

    bukankah itu spam ker?..

  14. norrizhan shah – kalau website dia traffic tinggi, tetapi takde pembeli, mungkin dia dapat income ikut cara lain kot? advertising on autorespender ker? manalah tau dia kenakan seorang membership USD20, kalau ada 200 orang membership(untuk iklan autoresponder), dah banyak dia dapat tu….saya baru nak belajar biz internet jer,masih mentah lagi,banyak lagi kena belajar….

  15. Namun.. teknik tidak boleh diabaikan sama sekali kerana tanpa penggunaan teknik maka segala strategi akan menyimpang pd matlamat asal juga nanti!!

    Best regards,
    Best In Azran Alam!!

  16. saya setuju dgn semua….namun kalau saya, sy may be memberi tumpuan kepada strategik dlm perniagaan akan datang, sebab tu ia memerlukan jangka masa panjang (9 thn), tak ramai mampu jadik pakar strategik yang berjaya, tapi semakin luas pengalaman dan pergaulan seseorang, semakin banyak strategik yg boleh diatur dan dirancang…. tak gitu .

  17. herm, nampaknya, saya kena banyak blaja tentang merangka strategi dari senior2x di sini….ada perbezaan ke strategi dgn plan….sy masih keliru… maklumlah baru blaja mengenali dunia perniagaan

  18. bagaimana cara kita hndak mncari n mdptkan biz partner utk biz networking…bagaimana nak memulakan percakapan utk mmbincangkn soal biz dgn org yg kita tidak kenali…dlm satu biz networking,org yg tidak dknali adakah lebih baik dari name list ddlm fon yg kita kenali…

  19. ape maksud kualiti sebagai orientasi?? kenape penting nye kualiti perkhidmatan? kualiti produk??.. lecturer bagi tajuk susah2 la.. x paham…

  20. mcm ne lak kalau teknik komunikasi teraputik dan strategi komunikasi teraputik… ape beza nya??
    ada yang leh bg contoh x?

  21. Saya nak mulakan bisnes doorgift,macam mana untuk pasaran permulaan? Berapa banyak perlu saya buat untuk promosi?

Leave a Reply

Your email address will not be published.