Semalam saya berpeluang memberi taklimat mengenai perniagaan Internet kepada beberapaย ahli perniagaanย yang berjaya. Mereka telah lama berkecimpung dalam perniagaan, namun, taklimat yang saya beri semalam mengenai perniagaan Internet membuka fikiran mereka kepada era perniagaan yang baru.
Ramai antaranya ingin membawa perniagaan mereka yang sedia ada ke Internet. Bagi saya, mereka telah membuka fikiran ke era perniagaan baru.
Tetapi bila difikirkan dari sudut yang berbeza, apa salahnya juga sekiranya usahawan Internet membawa perniagaan mereka ke era perniagaan tradisional.
Sekiranya ada ebook, ianya boleh menjadi buku yang dijual di kedai-kedai. Sekiranya ada blog, ianya juga boleh menjadi buku atau seminar secara tradisonal. Sekiranya menjual produk di Internet, apa salahnya juga membuka atau menyewa gerai sementara di pusat-pusat membeli belah. Dan berbagai cara lagi…
Buka fikiran kedua-dua jenis perniagaan- perniagaan Internet dan perniagaan bukan Internet. Keduanya mempunyai keuatan masing-masing. Untuk maximize keuntungan perniagaan, gunakan kedua-duanya sekali- seperti yang saya sering lakukan.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Betul tu… ini salah satu strategi mengembangkan perniagaan sedia ada.. tidak kira tradisional kepada internet, ataupun internet ke tradisional.. kerana kedua2nya mempunyai pasarannya terendiri.. ๐
Perniagaan akan berkembang jika kita pelbagaikan skop pemasaran kita. Lagi banyak cara pemasaran tentu lagi besar peluang yang kita perolehi. Jadi kena ambil kedua-dua cara internet dan tradisional.
http://www.mybengkung.com
http://www.nonaku.com
asmkm, shueqry here..
pendapat saya, dengan menjalankan bisnes online dan offline, kita dapat mencipta multiple streams of income. Dalam masa yang sama, kredibiliti juga bertambah sebagai usahawan yang memang benar-benar serius dalam perniagaan.
shueqry,
kota kinablu, sabah.
yes, multiple streams of income amat penting. sebab itu bila ahli2 perniagaan kesemuanya excited apabila mendengar peluang untuk menggandakan peluang pendapatan mereka di internet pula. business dah ada, why not bawa ke internet pula. sama juga bagi kita usahawan internet, business dah ada, why not bawa ke bentuk tradisional pula.
Bagi saya, kalau kita terbitkan ebook dan jual sebagai buku di kedai2 buku.. ianya akan counter productive. Ini kerana, tujuan utk menjual ebook adalah utk memudahkan pengedaran informasi tanpa perlu ke kedai2 buku tersebut.
Lagipun, it would kill the purpose why we are selling the information as ebook in the first place, which is to ensure smooth delivery of the information to third party without going through the hassles of handling overhead costs like employee’s salary and so on.
Tapi, itu hanyalah pendapat saya sahaja…
apa pun cara perlu sentiasa difikirkan, lihatlah KFC ….. “tak makan nasi ke”
Assalamualaikum.
Bagi Dik Mal, multiple streams of income tu penting. Penting yang macam mana? Amat penting.
Contoh e-book yang Irfan cakap pernah Dik Mal fikirkan. Bawak e-book anda jadi buku. Ini amat bagus, sebab kita mestilah menulis e-book yang benar-benar berkualiti.Atau blog jadi buku. Dik Mal pun sebenarnya sedang cuba mempelajari macam mana untuk membukukan blog [blog-to-book]. Lagipun, dengan membawa perniagaan online ke offline [ tradisional ] kita lebih berpeluang untuk berevolusi dalam perniagaan kita. COntoh mudah. Dari blog ke e-book. Dari e-book ke buku. Dari buku ke seminar. Dari seminar ke akademi. Dan seterusnya. ๐
Tips yang amat bagus dan berkesan.
Dik Mal
Ampang, Selangor
http://norakmal.blogspot.com
Walaupun kedua-duanya (perniagaan internet & perniagaan tradisional) mempunyai kekuatan masing-masing, tetapi bagi saya “advantage” lebih kepada perniagaan di internet.
Jika dilihat dari sudut modal; perniagaan internet tidak memerlukan perbelanjaan yang besar.
Kita tidak boleh “switch” tanpa mengambil kira faktor-faktor lain seperti:
1. Lokasi
2. Kewangan
3. Human resources
4. Pasaran (Domestik & Global)dan DLL..
Hisham; ๐
P2..DotCom Founder
Yup… saya setuju sangat dengan tip hari ni. Dan itulah saya tengah lakukan setiap hujung minggu iaitu membuka booth di lokasi kursus haji ๐ Mcm dlm tip terdahulu, Irfan pernah kata yg masih ramai pengguna di M’sia yg tidak mahu membeli secara online – sama ada kerana ragu-ragu atau kerana tiada akses internet. Jadi golongan sebegini tdk seharusnya terpinggir mendapatkan produk kita. So, menjadi tugas kitalah utk membawa produk kita kpd mereka dengan cara yg boleh mereka terima (iaitu membeli scr konvensional).
Sambil tu kita dpt mempromosikan ttg kewujudan online shop kita dgn mengedarkan brosur dan meletakkan pelekat “Buy online at: BlaaBlaaBlaa.com” di setiap produk kita. Juga utk meraih kepercayaan pengguna kerana bila mereka mengenali kita secara individu (bersua muka) mungkin mereka akan percaya yg kita & perniagaan kita benar2 wujud dan bukan hanya satu penipuan… Wallahua’lam
Setuju…
Chee Kui,
Selling physical books will discover another new pool of clients. In Malaysia somehow there are quite a number of customers who prefer to have a book (so they can ‘hold and look’) rather than a digital one.
Bagus info yang ini, sebelum saya ada research sket2 pasal benda ni tapi bila dah baca yang ini, melengkapkan researh baru
honestly ,agree with irwan dahnil ๐
salah seorang orang Malaysia yang suka BUKU berbanding ‘digital items’ adalah Dik Mal.
Buku adalah koleksi ๐ E-book juga koleksi. Tapi buku lebih menyentuh dalam hati ๐
p.s : pandangan peribadi
I’m on the way… ๐
InsyaAllah, offline tak akan dilupakan. Internet hanya untuk permulaan. Sampai masa, dua-dua akan buat. ๐
Pendapat saya ialah,sesuatu yg tradisional memang mampu membawa kesan sentimental.Mcm,kata Fadzilah Kamsah,klu sms dgn surat cinta-surat cinta lebih memberi kesan yg mendalam.Itu memang betul.
Tapi,dalam bisnes,saya rasa for this time being Internet lebih membawa impak yg sgt besar.Saya juga menjalankan kedua-dua jenis bisnes ini.Tetapi,setelah membaca buku “RJJIT”oleh Irfan,saya mula mengalihkan produk pernigaan saya ke internet dan hasilnya”superb”.Antara sebab yg menarik ialah:
1.Business hour 24/7.Sedang tidur pun duit boleh masuk.
2.Automatik.
3.Tak terjejas oleh faktor cuaca.
4.Overhead kos rendah.
5.Business coverage lebih luas.
6.Kebanyakan surfer di internet mempunyai buying power dan serious buyer.
5.MALAYSIA-Online trading akan menjadi trend dlm masa 5 tahun dari sekarang-Bank pun dah menggalakkan urusan perbankan elektroik.
So,kepada sesiapa yg belum mencuba,silalah cuba.Mulakan dari sekarang.Kepada yg sedang buat kedua-duanya.Selamat melancarkan kempen “Serampang Dua Mata”.
idea yg cukup simple dan sangat bagus.
terima kasih. saya nak buat tip ni
yer kena buka fikiran anda dengan seluasnya… jangan sekadar terhad kepada satu-satu perkara dengan perancangan yang rapi…
sekian terima kasih…
Hmm, actually ada juga betulnya..
kalau saya tgk balik. ada beberapa blogger berjaya ari ni, contohnya Eric Giguere, hanya saya kenali setelah saya beli buku beliau dari kedai buku ๐
Tapi, kalau nak tulis buku ni.. not an easy thing la…
Very good post. We be trained some point challenging on completely different blogs day-to-day.