Dua petua apabila berunding

Dalam perniagaan, kita tidak lari dari rundingan, atau negotiation. Tidak kira, dengan pembekal, pelanggan, pengedar, dan sebagainya…

Dalam buku The Art of Negotiation, dua petuaย untuk berunding dengan berjaya.

  1. Pihak yang ingin perundingan itu untuk berjaya, adalah pihak yang mempunyai kelemahan dalam rundingan tersebut. Ini bermakna, sekiranya anda ingin sesuatu rundingan itu berjaya, cara terbaik adalah, jangan tunjukkan bahawa anda ingin sangat perundingan tersebut berjaya. Be neutral… buat muka biasa sahaja.
  2. Lebih banyak anda beri sebab kepada pihak satu lagi berminat dengan permintaan anda, lebih baik terma rundingan yang anda akan dapat. Ini bermaksud, tunjukkan nilai dan manfaat sebanyak yang mungkin untuk pihak satu lagi menerima rundingan anda.

Lain kali bila anda berunding, ingat dua petua ini. Anda akan dapat lihat kekuatan rundingan akan berpihak kepada anda.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

29 thoughts on “Dua petua apabila berunding

  1. Assalammualaikum Irfan…
    “SimpleTips” yg baik sekali…
    Terima kasih! ๐Ÿ™‚

  2. negotiation bukan dlm perniagaan shj. dlm kehidupan pun kita selalu berunding. Contoh terbaik, berunding dgn diri sendiri. Akal akan selalu berunding dgn hati. antara kita sedar atau tidak. dan kebiasaannye hati lah yg menang!! Betul kan ?

  3. Ada orang yg dilahirkan dgn bakat semulajadi “perunding”.Kadangkala,dengan senyuman@aura diri seseorang boleh menjadikan rundingan yg belum dirunding 30% berjaya,belum bukak mulut lagi tue.Walauapa pun,petua Irfan itu sgt baik dan mudah dipraktikkan.

  4. Assalamualaikum Irfan ^_^

    You’ve come a long way my friend ^_^
    Ada masa singgahlah ke blog saya.

    Ada tips tak bagaimana utk lari dari perundingan secara bersopan dgn jurujual insuran dan sewaktu dengannya.

    Kadang2 saya fail sikit bab tu.

  5. Kita boleh berunding ni dalam banyak keadaan dan situasi.

    Ada yang berunding secara bersemuka, melalui telefon, email, video & tele conference dan bermacam-macam lagi cara.

    Semuanya berbeza dan perlu kepada cara rundingan dan pendekatan yang berlainan.

    Yang penting perundingan tersebut menguntungkan kedua-dua belah pihak dan tiada yang teraniaya dan ditindas.. ๐Ÿ™‚

    Hisham;
    P2..DotCom Founder ๐Ÿ™‚

  6. untuk perundingan yang cpt dan berkesan, jelaskan matlamat, sokong dgn fakta dan angka…mudahkan?….

  7. Terus terang…kalau berunding saya memang nak menang.At least 60-40.Walaupun menang cuma dari segi moral.Siapa yg nak kalah bila berunding,kalau dah tahu memang nak kalah baik tak yah runding.50-50 bagi saya bukan rundingan,kerana ia adalah neutral.Tak selesai masalah.Rundingan nak cari siapa yg menang.That’s it.Anggaplah diri anda kalah dalam rundingan jika anda rasa anda cuma mampu utk 50-50.

  8. Bila berunding tu, air muka mesti manis. Perlu ada keikhlasan dan kejujuran dalam pertuturan. Merendah diri juga perlu. Jangan berlagak sangat sbb pihak lagi 1 mungkin tak suka dgn cara yg macam tu. Kadang2 perlu juga utk kita mengiyakan kata2 pihak lagi satu, dan klu tak berapa setuju pun, kita bagi alternatif kita dgn cara berhikmah. Puji dulu… kemudian baru cakap “tapi saya rasa kalau mcm ni boleh jugak…”

    Setakat ni saya praktikkan cara di atas, alhamdulillah org senang berunding dgn saya… ๐Ÿ™‚

  9. Persuasion is an art. Sounds simple to explain. But it require time to master a simple skill like this.. ๐Ÿ˜€

    Thanks for the tips Irfan!

  10. Bagi saya rundingan yg berjaya adalah bila kita dapat create a win-win situation.Now that’s a successful negotiation.dua2 happy!saya rasa Irfan ada sebut dalam post terdahulu.all the best

  11. Rundingan ngan kene pandai saikologi…kitakene kenal siapa yang kita nak runduing dan kita asesauikan dengan skill yang kita ada ๐Ÿ™‚

  12. Sehari seketul bata.. Lama2 menjadi rumah..
    Sehari satu fakta.. Ilmu penuh melimpah ruah..
    Tq for tips…

  13. Memang bagus ilmu yang dikongsikan itu, nampaknya nak menjalankan perundingan ni memerlukan kemahiran juga bukan main redah semacam jer.

  14. Salam,

    Perundingan adalah komunikasi dua hala di mana kita perlu mendengar dan pada masa yang sama menawarkan kelebihan kita.

    Sebelum perundingan, sebolehnya perlu ada matlamat yang perlu dicapai demi memudahkan urusan kita nanti.

  15. Tips yg simple tapi boleh membawa kesan yang besar. Dalam bisnis ni kekadang tak perlu benda-benda yg terlalu kompleks. simple tapi efektif itu lebih power.

  16. YES..betul..kalau saya pon berunding dengan bakal pelanggan sama ada dalam telefon atau email,saya akan terangkan apa kelebihan dan kekuranagn secara jujur.

    explain dalam email tak terlampau panjang.tapi tak tunjuk sgt kita ni desperate sgt supaya tempahan tu pelanggan betul2 nak ambik.

    kalau b`cakap dalam phone pun tak perlu t`lampau skima..buat mcm biasa2 ajer..

    lastly pelanggan nak ambil dgn kita.so rundingan mcm ni wpun saya tak pernah jumpa dia face to face juga tetap t`sangkut! ๐Ÿ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published.