Pastinya dengan keadaan ekonomi kini, ramai yang terkesan. Akibat kos hidup semakin tinggi, maka simpanan bulanan menjadi semakin kurang. Pada setiap Jumaat, saya menulis untuk akhbar Harian Metro kolum mingguan saya “Wang Anda” dan memberi tip-tip kewangan kepada pembaca.
Pada hari Jumaat ini saya akan kongsikan 10 Tip Bijak wang dalam keadaan ekonomi kini. Di bawah, suka saya kongsikan 3 daripadanya…
1. Aliran pendapatan baru
Sekiranya pendapatan bulanan sering tidak mencukupi, tiba masanya untuk memikirkan cara mendapat aliran pendapatan yang baru. Antara cara yang sering menjadi pilihan adalah memulakan perniagaan secara separuh masa.
Terdapat pelbagai peluang perniagaan yang boleh dimulakan kini dan medium Internet juga merupakan medium yang ideal untuk memulakan perniagaan sambilan untuk meningkatkan pendapatan bulanan.
2. Pendapatan residual
Pendapatan residual bermaksud pendapatan yang berterusan diterima tanpa melakukan kerja berterusan. Antara pendapatan residual yang popular adalah menyewa rumah, melabur, mendapat royalti dari penulisan buku, menghasilkan aplikasi telefon pintar dan banyak lagi.
Sememangnya tidak mudah untuk mendapat pendapatan secara residual, tetapi, ia merupakan antara rahsia menjana pendapatan yang hebat. Sesuatu yang amat berbaloi untuk difikirkan.
3. Baca dan cari ilmu
Tidak kira apa sahaja bidang yang kita ingin perbaiki diri kita, jawapannya pasti adalah ilmu. Untuk memperbaiki kewangan, semestinya kita perlu mendalami ilmu kewangan. Dapatkan buku-buku kewangan atau baca secara online apa sahaja maklumat dan ilmu kewangan yang ada. Luangkan juga masa menonton video-video di YouTube perihal kewangan.
Lebih banyak ilmu kewangan yang diterima, maka lebih kita dapat fahami selok belok kewangan dan tahu apa yang perlu dilakukan serta apa yang perlu dielakkan dalam memperbaiki keadaan kewangan diri.
Untuk artikel penuh dan 8 lagi tip bijak wang, jangan lupa dapatkan Harian Metro pada hari Jumaat ini!
Sekiranya anda ingin mula menjana pendapatan melalui perniagaan, jangan lepaskan PENGAMBILAN TERKINI, Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial.
Hanya beberapa sahaja tempat tinggal- jangan lepaskan peluang ini. Sekiranya anda berminat untuk menyertai pengambilan terakhir ini, klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran. Atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 (Selasa-Jumaat) untuk sebarang pertanyaan.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Memang bagus dan berguna dengan tips jadi bijak wang. Sekarang terdapat terlalu banyak remaja yang tahu menyeronokkan diri dengan menghabiskan wang dengan cepat atas barangan yang tidak berbaloi. Mereka perlu baca artikel ini untuk belajar macam mana pakai wang dengan cara yang betul.