rintangan kritikan kesilapan

Bila berjumpa Rintangan, Kritikan dan Kesilapan!

AWAS! Dalam mencapai kejayaan, pastinya kita tidak akan lari daripada berjumpa dengan 3 perkara ini, iaitu RINTANGAN, KRITIKAN dan KESILAPAN. Setiap satu ini akan melemahkan kita dalam perjalanan mencapai kejayaan.

Sekiranya kita tidak kuat, kita akan berjumpa pula dengan KEGAGALAN.

awas

Selagi kita tahu dan faham bagaimana hendak kendalikan Rintangan, Kritikan dan Kesilapan, selagi itulah kita masih berpeluang untuk berjaya.

RINTANGAN

Dalam perjalanan dari poin A ke poin B, dari permulaan sehingga matlamat, pastinya ada rintangan di hadapan. Melihat orang lain yang sudah berjaya, mungkin kita hanya nampak kesenangan yang dikecapi. Namun kita tidak melihat rintangan-rintangan yang bertahun-tahun dilaluinya sebelum berjaya.

Perjalanan mencapai kejayaan dipenuhi dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Selagi kita tidak diduga, selagi itulah sebenarnya usaha kita tidak cukup. Untuk mencapai kejayaan yang berbaloi, dugaan dan cabaran akan sentiasa menjelma dan menggangu mereka yang lemah.

Yang tertewas adalah mereka yang putus asa apabila terjumpa dugaan pertama. Mereka yang berjaya adalah mereka yang mencari peluang dan melihat penyelesaian di sebalik dugaan dan cabaran pertama dan yang seterusnya.

KRITIKAN

Untuk berjaya, kita perlu berubah dan keluar dari zon keselesaan kita. Apa yang terjadi apabila kita melakukan ini adalah, kita juga akan keluar dari zon keselesaan “orang lain”. Apabila orang lain tidak selesa, maka disitulah kritikan negatif bermula untuk menarik semula kita ke zon selesa “mereka”. Mereka tidak selesa dengan anda.

Sekiranya anda terjumpa dengan golongan ini, petanda untuk anda pergi jauh-jauh. Bukan sahaja secara fizikal pergi jauh mengelakkan mereka, tetapi juga pergi jauh dari segi kejayaan anda dan tinggalkan mereka jauh kebelakang.

Apabila anda mencapai kejayaan, suara-suara kritikan ini akan berkurangan oleh kerana mereka sudah jauh dibelakang anda. Jadikan ini sebagai motivasi dan semangat untuk buktikan mereka salah.

KESILAPAN

Manusia tidak akan lari dari melakukan kesilapan. Tambahan lagi bagi mereka yang mengejar kejayaan pastinya akan melakukan kesilapan demi kesilapan. Kesilapan adalah guru yang terbaik untuk memperbaiki kan diri kita sendiri sekiranya kita mengambil iktibar daripadanya.

Bagi yang menjalankan perniagaan pastinya pernah melakukan kesilapan dalam promosi atau strategi yang tidak berkesan. Saya sendiri melakukan banyak kesilapan di awal permulaan menjalankan perniagaan Internet sehingga hanya mendapat 3 pelanggan setahun sahaja!

Tetapi, apabila kita audit diri kita sendiri, akui kelemahan sendiri, analisa kesilapan yang dilakukan, dan perbaiki kesilapan itu supaya menjadi lebih baik, maka kita telah menang. Cara untuk memperbaiki diri adalah dengan belajar dari kesilapan.

Dalam mencari kejayaan, pastinya kita tidak akan lari dari tiga perkara ini. RINTANGAN, KRITIKAN dan KESILAPAN.

Jawapan untuk memastikan kita tidak tertewas dengan keadaan ini adalah… USAHA YANG KERAS!

*Sekiranya anda ingin saya menjadi mentor anda dalam memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet anda, sertai saya di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 hari ini.

Sekiranya anda berada jauh dari Kuala Lumpur, sertai program 100% online bersama saya. Klik di sini untuk maklumat program online.

ontable

 

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.