rezeki

Rezeki yang tidak kunjung tiba…

Rezeki di mana?

Rezeki duit dan kekayaan?

Jangan mengeluh sekiranya rezeki tidak kunjung tiba selepas berusaha kerana rezeki itu pelbagai. Rezeki yang sering diwar-warkan adalah rezeki harta kekayaan dan wang pendapatan. Namun rezeki sebenar adalah sangat luas tetapi mungkin terlepas dari pandang mata kita sendiri.

Dengan sentiasa mensyukuri rezeki sedia ada, maka ia akan membuka lagi pintu-pintu rezeki yang lain. Mungkin rezeki yang kita inginkan belum tiba masanya untuk diberikan oleh Allah swt. Maka perlu lebih banyak berusaha, berdoa dan mensyukuri terlebih dahulu rezeki yang sedia ada…

Rezeki kesihatan

InshaAllah kita diberi kesihatan yang baik bersama keluarga. Jangan pula tidak mengambil berat atas kesihatan diri dengan tidak menjaga makan dan minum serta kurang melakukan aktiviti senaman. Seringkali kita tidak mengendahkan kesihatan diri sehingga jatuh sakit.

Untuk mencapai rezeki yang lain, kesihatan diri perlu diutamakan. Bekerja siang dan malam sehingga mengabaikan kesihatan diri takutnya nanti apabila mendapat pulangan, kesihatan pula terganggu.

Sihat tubuh badan bukan sahaja memberi keselesaan diri, tetapi juga keselesaan untuk keluarga bahagia.

Rezeki bersama keluarga

Nikmat bersama suami dan isteri tidak terkira. Rezeki juga pada anak-anak yang melengkapkan institusi keluarga. Syukur dengan pasangan dan keluarga yang dikurniakan, ibu, ayah, adik beradik dan keluarga keseluruhannya.

Silaturahim sekeluarga jangan diabaikan oleh kerana ianya rezeki yang diberi dan sedia ada untuk semua. Tetapi adakalanya yang rapat dan dekat, mereka pula yang kita tidak endahkan oleh kerana mengejar kekayaan.

Jangan seperti kera di hutan disusui, anak dipangku dilepaskan.

Rezeki-rezeki yang kecil

Rezeki tidak semestinya datang dengan keadaan yang besar atau jelas. Fikirkan rezeki-rezeki yang kecil pernah diterima dan syukurkan segala-galanya. Sedangkan rezeki yang kecil kita tidak bersyukur, bagaimana pula hendak menerima rezeki yang lebih besar.

Syukur pada pencapaian kita yang lepas dan kini. Berusaha untuk mencari rezeki yang lebih.

Rezeki untuk memberi

Jangan lupa juga rezeki untuk memberi. Lebih banyak kita memberi, lebih banyak yang kita terima. Harta kekayaan tidak akan berkurangan dengan berzakat dan bersedekah. Ianya akan bertambah lagi. Memberi akan membuatkan kita rasakan bahawa rezeki itu amat luas dan untuk dikongsikan bersama.

Rezeki itu tidak terhad dan sentiasa tersedia untuk mereka yang sering memberi dan membantu orang lain.

[PENGUMUMAN] Sertai Irfan Khairi di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Program yang telah melahirkan paling ramai usahawan Internet di Malaysia sejak 2005 lagi. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277. 

 

girls

 

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

2 thoughts on “Rezeki yang tidak kunjung tiba…

  1. Saya masih seorang student, sy nak bertanya.. Bisnes apa yg sesuai dilakukan oleh sy sama ada dropship ataupun affiliate? Ataupun bisnes lain?

  2. Sikap bersyukur amat penting dlm kehidupan kite, semoge bulan ramdhan ini memberi peluang kepada kita semua untuk mensyukuri segala rezeki yang telah Allah kurniakan kepda kita

Leave a Reply

Your email address will not be published.