Lihat sahaja mereka yang berjaya. Boleh dikatakan kesemuanya sering mengamalkan pemikiran positif. Namun fikir positif ni, lebih mudah untuk diperkatakan berbanding dengan diamalkan. Bila stress, down, masalah, tertekan, pastinya minda akan berfikir negatif bukan?
Berikut adalah 3 cara apa yang perlu dilakukan untuk kembali berfikir positif!
1. Tanya soalan yang betul dan positif
Setiap masalah pastinya ada penyelesaiannya. Setiap kesusahan pastinya ada peluang disebaliknya. Apabila dilanda masalah, kita akan sentiasa berfikir negatif dan tertekan. Lebih-lebih lagi apabila minda mula fikirkan yang bukan-bukan membuatkan kita rasa takut, marah, ragu-ragu, sedih dan seangakatan dengannya. Apa yang perlu dilakukan adalah ubah soalan-soalan yang negatif kepada soalan yang positif. Apabila bertemu masalah atau kesusahan, tanya diri sendiri berulang kali 3 soalan ini:
- Apakah yang positif dalam keadaan ini?
- Apakah peluang yang ada di sini?
- Apakah penyelesaian untuk memperbaiki keadaan?
Soalan-soalan yang positif akan menjana jawapan dan tindakan yang lebih positif.
2. Positifkan orang lain
Apabila kita down dan dalam perasaan negatif, apa kata positif kan orang lain. Tindakan menggembirakan orang lain pastinya akan berjangkit pada kita. Beri bantuan atau sokongan kepada orang lain yang memerlukan. Berikut adalah antara apa yang boleh dilakukan untuk positifkan diri sendiri:
- Bantu orang lain yang dalam kesusahan. Apabila kita membantu orang lain, kita juga akan mendapat bantuan berkali ganda apabila memerlukan.
- Dengar masalah orang lain. Adakalanya, bantuan yang terbaik adalah menjadi pendengar kepada keluhan atau masalah orang lain. Lapangkan dada mereka, dan anda juga akan lapang dada.
- Beri sokongan kepada orang lain, beri kata-kata semangat dan tingkatkan semangat mereka dalam mencapai sesuatu.
Dalam apa pun keadaan, lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita akan menerima. Sekiranya kita beri yang positif, maka positif juga kita akan terima.
3. Positif di awal pagi
Apa yang kita lakukan di awal pagi akan memberi impak kepada kita sepanjang hari. Tanamkan tabiat untuk sentiasa berfikir positif di pagi hari. Sentiasa membaca, mendengar, melihat dan memperkatakan perkara-perkara yang positif sahaja. Ia akan membawa sepanjang hari. Cari ketenangan minda dan hari di awal pagi oleh kerana rezeki dan keberkatan luas diwaktu pagi.
Sentiasa dalam keadaan berwudhu untuk murah rezeki dan dalam keadaan tenang selalu.
Sentiasa bersama rakan-rakan baru yang lebih positif di Progam Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial pengambilan terbaru! Tempat semakin terhad. Klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 hari ini. Program perniagaan Internet yang telah melahirkan paling ramai usahawan Internet Malaysia berjaya oleh pakar Perniagaan Internet #1, Irfan Khairi.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021