Bila kena kritik, memang terasa sakit di hati, sedih di jiwa. Apatah lagi bila semangat hendak kejar mencapai sesuatu, masa itu lah pula kritikan orang lain datang menganggu.
Bagaimana caranya untuk mengendalikan kritikan yang datang menyerang? Berikut adalah 3 cara…
1. Fahami dari mana kritikan itu. Mungkin ianya adalah baik.
Terdapat kritikan yang membina di mana kita sendiri yang tersilap langkah atau tersalah haluan. Kritikan sebegini datang kerana ingin menasihati cara yang betul. Tidak semua kritikan tidak bagus. Ada juga yang dapat membantu diri sendiri. Fahami dari mana kritikan itu berpunca.
Seperti menonton rancangan realiti TV popular MasterChef, Akademi Fantasia atau The Voice, terdapat panel pakar yang akan mengkritik peserta untuk memperbaiki mereka. Kritikan sebegini adakalanya pedas untuk didengar, namun, sekiranya datang dari mereka yang berpengalaman dan berilmu dalam bidang tersebut, maka, perlu dipertimbangkan.
2. Ada golongan yang akan rasa tidak selesa…
Bila kita ingin keluar dari kebiasaan dan keluar dari zon selesa keadaan diri kita sendiri, sebilangan mereka disekeliling akan rasa tidak selesa oleh kerana kita akan berubah. Ada dikalangan ini akan cuba menasihat kita mungkin cara baik (atau pun tidak) yang kita anggap sebagai “kritikan”. Mungkin kenalan ataupun keluarga.
Golongan ini mungkin berniat baik, namun mereka sendiri tidak tahu dan faham sepenuhnya matlamat anda. Ada juga yang tidak mahu melihat anda gagal, dan cuba menghentikan usaha anda.
Dalam keadaan ini, apa yang terbaik adalah berkomunikasi dengan berkesan kepada mereka supaya mereka faham matlamat anda. Jelaskan keadaan anda dan minta sokongan mereka dalam usaha anda. Sekiranya mereka berniat baik, maka mereka akan fahami keadaan anda dan memberi sokongan juga. Kuncinya adalah komunikasi yang berkesan.
3. Namun ada pula golongan yang sememangnya dengki dan iri hati…
Apabila berjumpa dengan mereka, maka perlu lari jauh-jauh! Kritikan sebegini akan menjadi virus yang melemahkan semangat kita. Adakalanya, keadaan di mana tiada pilihan dan sukar mengelak mereka sebegini. Sekiranya begitu, maka, apa yang perlu anda lakukan adalah cari lebih ramai kenalan-kenalan yang positif.
Apabila seorang atau dua yang suka mengkritik, namun kita ada 10-20 orang yang suka menyokong usaha kita, maka, kritikan itu akan ditenggelami oleh sokongan-sokongan positif kenalan atau keluarga yang lain. Di sini, anda perlu lebih banyak mendampingi mereka yang positif berbanding dengan mereka yang negatif.
Tidak kira apa yang kita lakukan pastinya ada yang akan mengkritik. Apa yang penting adalah, bagaimana kita respon pada kritikan itu supaya yang negatif akan menjadi positif!
Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet atau kembangkan perniagaan sedia ada anda, dan ingin bersama komuniti yang sering memberi sokongan dan bantuan dalam mencapai matlamat anda, sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama saya. Program separuh masa 6 bulan ini adalah terbaik untuk mereka bekerja yang ingin memulakan perniagaan dari rumah, suri rumah serta usahawan sedia ada. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021