Pagi tadi di KLfm saya kongsikan jenis-jenis gambar yang mendapat lebih banyak likes di Instagram atau Facebook.
Sebelum itu, sudahkah anda follow saya di Instagram? IG: Irfan_Khairi
Sekiranya anda usahawan dan ingin menggunakan platform bergambar Facebook atau Instagram, tentunya inginkan interaksi/engagement yang lebih bukan? Jadi, pastikan gambar-gambar anda menggunakan tip-tip berikut…
*Namun perlu diingat bahawa anda perlu kaitkan tip berikut dengan perniagaan anda supaya lebih efektif untuk jenama anda dan bukan sekadar hendak mendapatkan banyak likes.
1. Gambar yang mengandungi orang…
Psikologi manusia akan mudah tertarik dengan gambar manusia lain berbanding dengan produk. Ini bererti, sekiranya anda usahawan yang ingin ketengahkan produk anda, daripada meletakkan gambar produk anda, lebih baik memaparkan gambar anda bersama produk, pekerja-pekerja sedang mengendalikan produk, atau pelanggan sedang menggunakan produk anda.
Gambar yang mengandungi imej seseorang (atau ramai orang) akan mendapat likes yang lebih berbanding dengan objek sahaja.
2. Gambar yang menarik emosi…
Gambar yang menarik emosi pelawat akan mendapat likes yang lebih. Gambar yang memberi seseorang itu gembira (gambar yang comel seperti kucing atau bayi), gambar yang kelakar (kartun politik atau lawak), gambar yang membuatkan kita sedih (seperti kemalangan atau berita sedih) dan sebagainya.
Contoh gambar kartun…
3. Gambar yang memberi mesej inspirasi…
Salah satu jenama di Instagram yang popular adalah NIKE yang amat bijak menggunakan konsep inspirasi melalui Instagram. Mesej dalam kesemua gambar yang dipaparkan adalah “Just Do It” yang merupakan slogan Nike.
Psikologi manusia suka pada sesuatu yang memberi inspirasi, sama ada melalui gambar manusia, tulisan, pemandangan indah, agama, dan sebagainya. Imej berbentuk inspirasi sering mendapat likes yang banyak.
4. Gambar yang mempunyai kontra warna…
Gambar-gambar yang mempunyai warna yang terang dan kontra yang kuat akan dapat menarik perhatian pelawat dan mendapat likes yang lebih. Fikirkan komposisi gambar.
Tidak semestinya anda mengambil kelas atau workshop photography (bagus kalau ada), tetapi memadai sekiranya anda baca secara online apa yang membuatkan sesuatu gambar itu menarik dek mata pelawat. Dari segi warna dan juga kandungan.
5. Gambar yang unik…
Fikirkan gambar yang unik untuk dikongsikan di Facebook atau Instagram. Sesuatu gambar yang jarang dilihat akan mendapat likes yang banyak oleh kerana ia dapat menarik perhatian orang ramai.
Beberapa hari sudah, saya kongsikan gambar aiskrim roti di Facebook, dan likes mencecah sehingga berpuluh ribu! Sebabnya, ramai yang jarang melihatnya kini. Mungkin masa kecik-kecik dulu selalu makan 😉
Apabila menyebut tentang penggunaan gambar sama ada di Facebook atau Instagram, ianya berkaitan dengan kreativiti anda. Have fun dan sering eksperimen dengan gambar-gambar yang anda kongsikan. Lebih banyak anda mencuba, lebih mudah anda akan belajar gambar jenis apa yang akan mendapat banyak likes untuk perniagaan anda!
Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet dan menggunakan platform-platform media sosial dalam menambahkan pendapatan anda, sertai saya di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Pengambilan terbaru kini dibuka.
Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di talian 03-77292277 hari ini.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021