Bila menjalankan perniagaan, akan sampai tahap dimana kita sendiri tak cukup tangan dan terlalu sibuk menguruskan perniagaan. Dari pagi ke petang. Petang ke malam, memang dah tak ada masa dah nak lakukan perkara lain oleh kerana tertumpu pada perniagaan.
Inilah tandanya dan waktunya untuk anda kembangkan perniagaan dan tambahkan pekerja atau pembantu.
Terutamanya untuk perniagaan kecil-kecilan, mendapatkan pembantu atau pekerja tambahan terasa berat apabila kita sudah selalu mengendalikan perniagaan secara kecil-kecilan.
Untuk membantu anda membuat keputusan untuk mendapatkan pembantu atau menambahkan pekerja, fikirkan begini…
1. Rezeki bukan hanya milik kita sebagai usahawan. Rezeki juga milik orang lain- mungkin pembantu atau pekerja kita. Apabila kita memberi peluang pekerjaan, kita memberi rezeki kepada orang lain. Dan rezeki ini akan dipulangkan semula kepada kita dengan cara yang lain.
Fikirkan sebahagian tanggungjawab anda sebagai usahawan adalah untuk memberi peluang pekerjaan kepada orang lain dan membuka pintu rezeki untuk orang lain.
2. Apabila mempunyai pembantu atau pekerja, anda dapat membebaskan masa anda untuk memberi fokus kepada perkara-perkara yang lebih penting untuk menjana keuntungan. Kerja-kerja yang boleh diagihkan kepada orang lain, bebaskannya dari masa anda.
Minda usahawan anda adalah lebih baik memberi tumpuan kepada memikirkan teknik dan strategi mengembangkan lagi perniagaan dan menjana keuntungan yang lebih. Fikirkan pemasaran perniagaan juga oleh kerana kerja-kerja mencari strategi mengembangkan perniagaan adalah tanggungjawab anda dan bukan pembantu atau pekerja.
3. Pastinya matlamat untuk menjadi usahawan adalah untuk membebaskan masa anda dan tidak terikat pada kerja. Usahawan yang sebenar adalah apabila perniagaan bekerja untuk kita. Dan bukan kita yang bekerja untuk perniagaan.
Automasikan perniagaan supaya ia boleh berjalan tanpa anda terlibat secara langsung setiap masa. Fikirkan perbezaan usahawan burger di tepi jalan yang perlu mengusahakan gerai burgernya, berbanding dengan pemilik Mc Donalds yang mengagihkan operasi menjual burger kepada orang lain tanpa penglibatannya. Masa yang dapat dibebaskan.
Dalam perniagaan, ada waktunya anda perlu kembangkan lagi perniagaan anda dan mendapatkan pembantu atau pekerja tambahan. Adakalanya keputusan ini berat untuk dibuat bagi sesetengah usahawan baru, namun, fikirkan pulangan yang anda boleh dapat bukan sahaja dari segi pahala memberi rezeki dan keuntungan perniagaan, tetapi juga mendapat masa tambahan untuk diri anda dan keluarga!
Berminat untuk memulakan perniagaan Internet atau kembangkan perniagaan sedia ada anda? Sertai saya di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bermula bulan hadapan. Pengambilan terbaru kini dibuka. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Mendapatkan pembantu atau pekerja adalah idea yang baik. Saya pun masih belajar tentang bisnes dan amat perlukan pembantu.
Bukan saja uruskan pasal blog, tetapi uruskan pasal penghasilan ebook, belajar tentang pemasaran di internet dan macam-macam lagi.
Sesiapa saja bebas untuk melawat blog saya untuk meningkatkan pengetahuan.