Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Memberi akan memurahkan rezeki kita. Tidak semestinya beri wang, ada pelbagai pemberian yang boleh memurahkan rezeki kita setiap hari dan hanya memerlukan sedikit sahaja usaha.
Berikut adalah 7 pemberian yang anda boleh berikan untuk murah rezeki!
1. Beri senyuman
Senyuman adalah sedekah. Senyuman bukan sahaja akan mengundnag senyuman balas dari orang lain, tetapi juga senyuman akan membuatkan hati dan diri kita tenang dan bersyukur dengan apa sahaja rezeki Allah swt.
2. Beri kata-kata yang baik
Beri semangat dan sokongan kepada mereka yang memerlukan.
“Allah swt memberi rahmat kepada orang yang berkata baik lalu mendapat keuntungan, atau diam lalu mendapat keselamatan” Hadis Riwayat Ibnul Bubarak.
3. Beri sedekah kepada mereka yang memerlukan
Harta benda tidak akan berkurangan sekiranya kita bersedekah. Malah, kita akan mendapat ganjaran yang lebih banyak lagi apabila membantu mereka yang memerlukan.
4. Beri makanan kepada haiwan
Beri sedekah bukan hanya pada manusia. Kepada haiwan juga adalah makhluk Allah swt yang dijadikan kerana bersebab. Kalau ketika kucing datang minta makanan di kedai, berilah sedikit. Keajaiban rezeki akan datang pada anda InshaaAllah.
5. Beri hadiah kepada orang tua
Gembirakan orang tua akan memurahkan rezeki kita. Tak semestinya barangan mahal, pemberian yang kecil juga akan menggembirakan mereka. Bak kata mat salleh, It’s the thought that counts.
6. Beri usaha yang tekun dalam kerja yang dilakukan
“Sesungguhnya Allah SWT menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun” Hadis Riwayat Abu Daud.
7. Beri pemberian surprise kepada Suami atau Isteri!
Gembirakan suami dan isteri sentiasa. Apa kata lakukan hari ini! Rezeki rumah tangga tiada ternilainya!
Yakinlah bahawa rezeki itu adalah jaminan Allah swt pada mereka yang mengusahakan rezeki itu.
[Pengumuman] Program 6 bulan Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama Irfan Khairi akan bermula tidak lama sahaja lagi. Hanya beberapa sahaja tempat tinggal. Dapatkan maklumat lanjut di sini atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 hari ini.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Alhamdulilah..Terima kasih atas tip2 yg di beri..
Saya Cuba dapat kan live irfan khari tak dapat. .Macam mana cara nya nak dapat kan live Bersama irfan khari?
Ayah saya selalu pesan, orang kaya ni banyak memberi.
Jadi kalau kita nak jadi orang kaya,
kita kena biasakan untuk memberi dengan banyak.
Memberi pula bukan terhad kepada wang semata-mata.
Senyuman pun satu pemberian yang sangat bernilai tinggi !
Apabila dapat rezeki lebih, diharapkan rezeki tersebut adalah rezeki yang berkat. Apabila rezeki berkat, hidup kita akan lebih tenang dan sejahtera. Bukan saja kita malah keluarga kita pun akan dapat tempias.
Setuju. Lagipun tak akan jadi papa disebabkan sedekah.
Saya setuju dengan Adzrif Sidek.. sedekah ada banyak cara.. beri ilmu pun sedekah juga.. tolong orang dari segi kudrat pun sedekah juga..