terlewat mencapai kejayaan

Adakah terlewat untuk capai kejayaan perniagaan?

Mungkin umur anda sudah cecah 30 tahun, 40 tahun, 50 tahun? bila tengok kembali, terasa terlewat pula untuk capai matlamat mulakan perniagaan.

Mana taknya, zaman ini, zaman Internet- hanya yang muda mudi sahaja yang pandai Internet. Bagi kita yang dah bergelar ibu-ibu atau bapa-bapa dan anak semakin membesar, kita rasa ianya tak sesuai pula untuk mulakan perniagaan. Walaupun satu ketika dulu berminat untuk mulakan perniagaan.

terlewat

Sekiranya anda fikirkan ia terlewat, fikirkan ini dahulu…

1. Ramai usahawan yang berjaya adalah pada lingkungan umur 30-an dan 40-an…

Bukan 20-an. Sememangnya terdapat kumpulan minoriti yang berjaya dalam perniagaan ketika muda, seperti saya sendiri mencapai matlamat RM1juta pada umur 25 tahun. Tetapi, ini hanyalah minoriti- kumpulan yang sangat kecil.

Lebih ramai lagi mencapai kejayaan perniagaan ketika 30-an, 40-an dan lebih. Bak kata, yang 5 series pun ada!

Anda pernah makan KFC? Pastinya pernah bukan. Colenel Saunders (pakcik berjanggut berpakaian putih tu) mencapai kejayaan perniagaan ketika berumur 70 tahun. Bila beliau bermula? Beliau bermula ketika 60 tahun. Jadi, apa lagi alasan kita?

2. Sebagai insan yang telah berpengalaman lama dalam hidup…

Tentunya anda lebih bijak dalam membuat keputusan perniagaan. Pengalaman jatuh bangun hidup, pengalaman bersama orang ramai, pengalaman mengambil keputusan, pengalaman network dan kenalan yang makin ramai, dan banyak lagi…

Kesemuanya ini akan memberi kelebihan pada diri anda untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Kelebihan ini tidak dimiliki oleh muda-mudi dalam lingkungan umur belasan tahun atau 20-an. Jadikan kelebihan kematangan pengalaman ini sebagai kekuatan anda dalam memulakan perniagaan.

3. Dunia sekarang dunia Internet dan Internet hanya untuk muda mudi sahaja yang pandai Internet?

Jawapannya adalah perlu belajar. Dulu anda tidak pandai membawa kereta. Tetapi, selepas belajar di kelas memandu perlahan-lahan anda akan tahu juga memandu kereta.

Sama juga dengan teknologi. Kalau tak pandai Facebook, Instragram, Google marketing, Email marketing dan sebagainya, tiada alasan untuk tidak belajar. Pastinya kini kematangan fikiran kita sudah tahu bahawa untuk berjaya, perlukan usaha dan ilmu.

Kejayaan perniagaan tidak mengira umur. Sekiranya itu matlamat kita untuk mulakan perniagaan, anda berhak memberi peluang ini kepada diri anda sendiri. Jangan lagi dilewat-lewatkan. Lagi kita tunggu, lagi kita akan rasa takut memulakan perniagaan dan tidak mulakan lagi.

Apa sahaja memerlukan ilmu dan usaha. Tidak kira umur, sememangnya kewajipan kita untuk terus mencari ilmu yang bermanfaat. Memulakan perniagaan juga adalah peluang mempelajari sesuatu yang baru!

Di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, ramai antara pelajar-pelajar saya adalah antara lingkungan umur 30 hingga 50 tahun. Yang sudah pencen 50+ juga ada! Sungguh memberi inspirasi melihat ramai yang ingin belajar dan memulakan perniagaan dan mengembangkan perniagaan mereka dari pelbagai latar belakang dan umur.

Sekiranya anda juga ingin memulakan perniagaan dan mendalami selok belok cara perniagaan yang sebenar, sertai kami untuk pengambilan seterusnya yang akan bermula tidak lama sahaja lagi. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 sekiranya ingin berbincang. Jumpa anda di sana!

black_ik

 

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.