kenapa berjaya

Apa yang membuatkan seseorang itu berjaya? 2 perkara sahaja.

Masa saya muda remaja dulu, sering saya tanya pada diri sendiri, apa yang membuatkan seseorang itu berjaya? Melihat usahawan hebat berkereta besar, artis dan selebriti barat punyai rumah yang mewah, mereka yang berpangkat tinggi golongan koprat mengendalikan wang berjuta.

apaberjaya

Masa muda remaja, saya jenis yang pendiam dan tidak berapa suka bergaul dengan orang (tak macam sekarang!). Dan bila pendiam, ramai antara kita banyak berfikir dan memerhati sekeliling. Begitu juga saya dalam mencari jawapan soalan tersebut.

Sememangnya terlalu banyak jawapan kepada soalan apa yang membuatkan seseorang itu berjaya. Namun, bila diperhatikan dengan lebih terperinci, sebenarnya ia kembali kepada 2 perkara sahaja. Dan dua perkara ini yang saya amalkan dalam hidup, dan juga perniagaan…

1. Orang yang berjaya mempunyai matlamat dan visi yang jelas

Mereka yang berjiwa “usahawan” adalah mereka yang sering dapat idea dan mahu lakukan sesuatu. Mereka mempunyai banyak matlamat dan visi apa yang perlu dilakukan. Namun, masalahnya adalah apabila terlalu banyak yang hendak di buat, maka satu pun tak menjadi.

Matlamat dan visi perlu jelas. Lebih jelas, lebih baik. Ianya perlu tepat dan terperinci. Adakalanya kita mempunyai matlamat yang tidak jelas, hanya kerana takut untuk perincikan matlamat tersebut kerana takut tidak tercapai. Ini adalah kesilapan.

Lebih tepat matlamat kita, lebih jelas visi kita dapat lihat, lebih fokus kita akan jadi dalam mencapai matlamat tersebut.

Umpama kanta pembesar (magnifying glass) dibawah cahaya sinar matahari akan menumpukan dan memberi fokus kepanasan sehingga boleh terjadinya api. Begitulah juga dengan matlamat kita. Lebih tertumpu, maka lebih panas kita dalam mencapai matlamat itu! 😉

2. Orang yang berjaya akan berusaha dan mencari jalan peyelesaian dan bukan alasan.

Pelbagai kisah kejayaan yang kita dengar bermula dari kisah kegagalan dan kisah kesusahan. Kegagalan dan kesusahan umpama menjadi pencetus jalan kejayaan seseorang.

Mengapa terlalu banyak kisah begini yang kita dengar?

Sebabnya adalah mereka yang gagal dan dalam kesusahan selalunya akan tersentuh naluri mereka untuk keluar dari kegagalan dan kesusahan dengan apa cara sekali pun. Dalam dunia haiwan, ini dikenali sebagai “survival instinct”- naluri untuk terus hidup.

Apabila dalam keadaan susah dan gagal, seringkali kita akan usaha lebih kuat dan lebih hebat. Kita sudah merasa kesusahan dan kegagalan dan kita tidak mahu lagi dalam keadaan sedemikian.

Semangat ini akan membuatkan seseorang itu mencari pelbagai penyelesaian dan tidak lagi mencari alasan untuk berjaya. Kerana juga, mungkin alasan yang membuatkan mereka gagal dan alasan juga yang membuatkan keadaan mereka susah. Apabila menyedari keadaan ini, maka, alasan sudah tidak lagi bermakna dan hanya akan mencari penyelesaian.

Baca sahaja kisah kejayaan mereka yang hebat diserata dunia, dari pemilik Body Shop, sehingga pemilik KFC. Dari Oprah Winfrey, sehingga Richard Branson. Dari Dato Husammidin (pengasas Karangkraf) sehingga la kiah saya sendiri (Irfan Khairi!) yang tidak lari dari 2 perkara penting ini. Iaitu, punyai matlamat dan visi yang jelas DAN berusaha mencari jalan peyelesaian dan bukan alasan untuk mencapai matlamat!

PS: Bagi anda yang ingin mencari kejayaan dalam perniagaan Internet, sertai saya selama 6 bulan (separuh masa) di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial.

Program ini telah melahirkan paling ramai usahawan Internet di Malaysia bersama bantuan dan bimbingan untuk semua peserta. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277.

PPS: Jangan lupa, bagi anda yang berada jauh dari Kuala Lumpur juga boleh menyertai program ini 100% secara online. Klik di sini sekiranya anda jauh dari KL.

 

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.