Pakar belajar dari pakar

Ada juga yang email kami susulan TipSatu Minit hari Jumaat baru ni, bertanyakan, “Siapakah celebrity yang datang ke NizalTalk! tu?”

cat.jpgYang dimaksudkan adalah, pelakon drama yang tidak asing lagi, Catriona Ross. Kalau siapa yang minat drama-drama Melayu, sudah tentu kenalinya melalui drama seperti Mek Salmah Dari Scotland dan drama bersiri Sephia. Juga, bekas pengacara Wayang Kita di Astro.

Sebagai tambahan, juga turut hadir Ahmad Fadzli Yusof, penulis buku 55 Petua Orang Berjaya bersama Dato’ Dr Fadzilah Kamsah. Juga penulis siri buku kejayaan pelajar, Resepi Kejayaan. Ahmad Fadzli juga merupakan pengacara rancangan Al-Bayan terbitan JAKIM di TV2. Bagi saya celebrity juga ni 🙂

Sebenarnya di sini, menunjukkan contoh yang amat baik bagaimana pakar juga, menambahkan ilmu. Catriona Ross & Ahmad Fadzli keduanya sudah mahir berkomunikasi. Mana taknya, keduanya pernah jadi host rancangan TV. Namun, masih tidak melepaskan peluang untuk pelajari dari Nizal tentang komunikasi. Sesuatu yang perlu dicontohi.

Bagi peserta-peserta NizalTalk, terima kasih kerana memeriahkan NizalTalk! moga dapat manfaat daripada ilmu yang disampaikan Nizal.

Kalau pakar pun belajar dari pakar, yang belum pakar bagaimana pula? 😉

ps: Catriona Ross juga akan terlibat dalam perniagaan Internet tidak lama lagi. Buat masa ini, beliau baru mulakan blog sendiri.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

22 thoughts on “Pakar belajar dari pakar

  1. Tidak ramai yang nak mengaku kelemahan diri. Selagi kita merasa diri kita kurang dan berusaha untuk mengatasinya insyaAllah pintu ilmu akan terbuka tetapi bila kita rasa dah ‘cukup’ pintu ilmu akan tertutup.

  2. Success breed another success..Orang yang pakar akan belajar dari yang pakar.. Orang yang berjaya akan membuat orang sekelilingnya turut berjaya.

    Syabas!

  3. bagi saya, yang belum pakar belajar la dari pakar, sama ada bertanya trus atau baca buku diorang..saya belum pakar lagi dalam bisnes internet, sebab tu saya rajin masuk blog Irfan ni tiap hari untuk menambah ilmu, motivasi dan bertukar-tukar idea dengan pembaca blog yang lain..

    actually saya nak tanya pada Irfan, cemana Irfan boleh timbul minat pada motivasi, cemana positifkan diri all the time dan apa yg mendorong Irfan utk suka memberi motivasi?? thanks for the answer..

    shueqry,
    kota kinabalu, sabah.
    shueqry@gmail.com

  4. irfan, tq for info.

    setiap org ada kelebihannya.
    walaupun kita dah pakar dlm sesuatu bidang,
    namun dgn berkongsi ilmu dgn seseorang,
    pastinya kita akan bertambah kemahiran lagi.

    pesan seorang sahabat kpd saya,
    tuntutlah ilmu sebanyak mungkin,
    kelak kita akan senang &
    tidak mudah ditipu org.

  5. Asslamulaikum…

    Dah lame tak bg komen…
    Mmg betol seseorg ada kepakaran masing2 kerana manusia itu dijadikan istimewa.Apa salahnya kita menambah kepakaran dlm bidang lain @ mengambil pandangan org lain… Saya memegang prinsip ilmu ada pada sesiapa walaupun org tu tak memegang apa2 gelaran.

    2nd, dpt gak saya jumpa face to face dgn org2 yg berjaya.. Specially Irfan (sempoi but smart) ingat tak saya pernah bgtau tgk di siaran s’pore(usik2 chef wan). Last week on nizaltalk, saya adalh salah satu perserta (org terakhir masuk sesi brgambo beramai2)Cuma tak dpt berbual je dgn

    Mmg best/teruja program ni,abg nizal bg tips mmg hebat antaranya jadikan nabi s.a.w sbgai idola/ikon utk cara komunikasi efektif.Insyallah ada pembaharuan pd diri.Saya jamin sape yang ikut serta akan berpuas hati. So jgn ketinggalan NIZALTALK yg akan dtg..

    kalu saya tak silap Ahmad Fadzli Yusof seorg motivator jgk kan? Coz saya ada cd bertajuk “BOND of LOVE” panelnye Utzh Norba’yah,Ustz Wan Akashah & En Fazdli.

    P/S : to abg Razzi & Kak Cat, nice your new website & good luck for your job..

    Kepada peserta2 nizaltalk, amal2kanlah ilmu yg diberi oleh abg nizal. Wish luck to you all…

    linda & Azran very sporting person, do the best for team rahsia internet.

    Insyallah saya akan cuba sertai workshop jutawan intnt coz saya teruja mendengar&melihat kejayaan Abg Razzi Rahman…

    Susilowati@aisyah

  6. saya amat bersetuju dengan tips kali ni…masa skrg ni tak ramai org sanggup untuk mengaku kelemahan diri sendiri.ada yg buat2 tahu sesuatu perkara walaupun mereka sebenanya tak tahu..apa yg sepatutnya kita kena sentiasa belajar dan bertanya kepada yg pakar untuk majukan diri kita…. bak kata pepatah malu bertanya sesat jalan…..

    Herman,
    Lahad Datu,
    Sabah.

  7. ASM wr.wb

    One day will come, untuk belajar dengan pakar!
    Hello World, I’m coming..kerana sudah ada mat salleh nak jual database berkenaan Doktor-doktor kat USA untuk promote herbs product.
    Sekarang pun Orang Jepun pun sudah pandai ambil produk herbal. Do-you-take herbs? Hait!

  8. rasa segan sebenarnya nak jumpa dengan pakar-pakar yang hebat ni..

    -selalu jugak singgah kat kedai abang razzi kat kota bharu(kalau saya tak silap orang), time balik kampung, tapi abang razzi tak pernah ada pun kat kedai dia..

  9. Okay…ini kira special note untuk Aishah, you duduk sebelah saya kan masa nizaltalk?! Alright…saya amat menyokong Aishah sekiranya you nak join workshop Irfan Khairi. Pesanan saya, kena bersungguh-sungguh dan bersemangat SELALU. Jangan separuh jalan, jangan saja-saja. Do it seriously and enjoy with what you do. Anything, email saya kalau perlukan apa-apa pendapat tentangnya.

    Okay untuk Salihin…workshop Irfan Khairi bisa mengubah diri anda. Kalau masih was-was samada ianya berbaloi atau tidak, datang jumpa saya kat kedai. Saya ada 2 kedai, pagi di HQ petang baru di KBMALL. Atau email saya je.

    Kepada semua…pesanan saya, jangan malu dan jangan segan. Kalau tak belajar dari pakar, nak belajar dari siapa lagi??! Jadi kita sangat bertuah dengan adanya workshop jutawan internet dan nizaltalk! UBAH NASIB ANDA HARI INI!

  10. Sapa yg taknak belajar ngan pakar…. kecuali org yg rasa dialah prof. serba tau :P! Ada org camtu… tanya la topik apa pun, dia je yg betul… (kononnya laa…) Saya ni klu ikut hati mmg nak pegi, tapi kalau ikut poket.. katanya belum lagi.. hehe

  11. Orang yang dah pakar pun kadang-kadang merujuk kepada mereka yang lebih pakar.

    Jangan sangka mereka yang mengaku pakar dalam sesuatu bidang tu, tahu semuanya!! 😀

    Dalam workshop yang saya hadir Doc. ada cakap, â€Kita mesti ‘look like expert’”. Apa maksudnya tu!!? 😉

  12. Samada kita mahir berkomunikasi atau tak ,paokoknya jangan sesekali berhenti menimba ilmu walau apa sekali pun…
    to succeed, kita perlu aim high untuk berjaya..pasang angan-angan setinggi boleh and work for it !

  13. pokoknya, harus ditebang 🙂

    Aysah > yes, Ahmad Fadzli Yusof juga seorang motivator juga.

    P2 > saya ada kata macam tu ke? mungkin saya kata “people will see you as an expert” kut.

    Razzi > wah, free iklan untuk saya ni. a very important message from Razzi “Pesanan saya, kena bersungguh-sungguh dan bersemangat SELALU. Jangan separuh jalan, jangan saja-saja. Do it seriously and enjoy with what you do.”

  14. Seperti .walaupun dah jutawan..ilmu masih dicari..untuk menjadi lebih pakar…tapi best tengok selebriti mula menambahkan ilmu dan menghadiri seminar2…

  15. Betul tu say setuju sgt…kita kena sentiasa meningkatkan ilmu…sedangkan seorg yg pakar memang masih lagi mencari pakar untuk menambahkan ilmu… apa lagi kita yg masih baru berjinak dalm perniagaan internet ini. . sudah tentulah kita kena lebih bnyk lagi mencari ilmu dari org yg pakar ..

Leave a Reply

Your email address will not be published.