Perniagaan Internet separa automatik

SOALAN: Kalau boleh En Irfan tlg tmbh sedikit bagaimana kita boleh menjalankn perniagaan internet secara automatik.

Ada juga salah tanggapan di mana, perniagaan Internet dijalankan secara automatik memerlukan 100% automatik. Tidak semestinya.

Sebagai contoh, menjual ebook online, boleh dikatakan auomatik (100%) di mana pembeli melakukan order online menggunakan kad kredit, dan kemudian boleh download ebook secara menerus. Namun di Malaysia terutamanya, untuk menjalankan perniagaan 100% automatik adalah agak sukar oleh kerana masih ramai pembeli prefer melakukan bayaran menggunakan cara tradisional seperti bank-in, wang pos atau online banking, yang memerlukan interaksi manusia dalam pemprosesan order.

Tetapi, bagaimana pula menjual barangan online, tetapi  anda mengupah seseorang untuk melakukan proses pengambilan order, pembungkusan & penghantaran? Bagi anda (pengusaha), ini pun automatik juga oleh kerana anda telah sediakan satu sistem di mana kesemuanya dijalankan secara automatik untuk anda.

Sebagai contoh, CD Rom 1-2-3 memerlukan seseorang mengambil stok, mengambil order, membungkus & membuat penghantaran. Dari segi zahirnya, bukan automatik oleh kerana memerlukan campurtangan manusia. Tetapi, bagi saya yang mengusahakannya, saya sudah sediakan sistem dan krew kami akan handlekan kesemuanya. Jadi, bagi saya, ia masih lagi automatik oleh kerana terdapat satu sistem 🙂

Jadi, tak semestinya dalam jual beli online, dilakukan 100% automatik. Sekiranya kita ciptakan sistem dimana perniagaan itu boleh dijalankan dengan campur tangan minima, dan waktu kita bebas melakukan perkara lain, ia juga merupakan aliran wang automatik kepada kita sebagai usahawan.

Adakah irfan pernah jatuh teruk dalam perniagaan? dan sekiranya ya, bagaimanakah boleh bangun semula?

Soalan Pakdi ni soalan favourite wartawan media tanya saya :). media selalu inginkan cerita kegagalan dan susah payah (jatuh teruk) dalam perniagaan untuk dijadikan iktibar pembaca. Namun, saya tidak mempunyai cerita kegagalan yang ketara.

kegagalan pun pada awalnya, tahun pertama saya melakukan perniagaan Internet, selama 1 tahun hanya 3 pelanggan sahaja saya dapat. Kiranya gagal, namun, kalau nak dilihat modal permulaan- hanya RM500. Jadi, takde la bankrupt! 🙂 Sebab modal pun kecil… kalau gagal pun, takde la jatuh teruk.

Namun, ingin saya kongsikan, kejayaan saya adalah daripada banyak mempelajari ilmu kejayaan & ilmu perniagaan. Sebelum memulakan perniagaan, saya lengkapkan diri saya terlebih dahulu dengan ilmu yang diperlukan. Ketika belajar, saya bekerja sebagai cleaner/tukang cuci untuk mendapat wang saku lebih untuk membeli buku motivasi/kejayaan dan menghadiri seminar-seminar kejayaan dan perniagaan.

Alhamdulillah, segala penat lelah dan pelaburan atas diri sendiri memberi pulangan. Jadi, dari segi kegagalan teruk, tiada kisah kegagalan yang boleh dikongsikan. Tetapi dari segi berusaha dari bawah dan tidak berputus asa walaupun gagal, itulah antaranya yang boleh dikongsikan 😉

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

10 thoughts on “Perniagaan Internet separa automatik

  1. Memang betul, ada juga orang yang masih suka guna pembayaran melalui wang pos.Saya sendiri pun mengalaminya padahal kalau nak ikutkan sepatutnya bank-in adalah lebih mudah kerana kita dapat proses pesanan dengan cepat dan pelanggan pun dapat pesanan cepat.

    Apapun yang penting kita sediakan kaedah alternatif kepada pelanggan kita untuk memudahkan lagi mereka.

    teringin nak tau perniagaan apa yang “boom” kan sehingga menjadi jutawan internet 🙂

  2. Walaupun ada web site yang guna khidmat bank in, tapi ada pula pelanggan yang nak guna wang pos dan macam-macam cara lagi. Bila ada cara yang senang, pelanggan pula nak cara lain dari yang ditetapkan.
    Memang susah nak automatik sepenuhnya.

  3. haha.. dah hampir 5 tahun jadi blogger, dah jadi wartawan tak rasmi la tu 😀

    kalau modal RM 500 tapi lost everything = 100% lost tu.

    dari cleaner menjadi jutawan boleh jadi tajuk filem tu. KRU tak minat kah? hehe..

    be humble, start from zero ni perlu byk ditekankan kepada usahawan muda, sebab sifat ini sangat penting. terlalu ramai ingin cepat kaya sekarang.

    terima kasih kerana menjawab persoalan tu.

  4. Hai semua….:)

    Persoalan hari ini agak menarik jugak iaitu PERNIAGAAN OUTOMATIK/SEPARA AUTOMATIK” dan yang hebatnya pulak ” PENDAPATAN AUTOMATIK”

    Tanggapan automatik itu plak ada beberapa tafsiran tersendiri, Mcm kata automatik itu ialah apabila sesuatu proses pengurusan perniagaan yang dilakukan mengikut sistem yang mana kita tidak semestinya terlibat secara langsung untuk mengendalikannya. Pendik kata proses transaksi urusniaga bermula daripada proses tempahan hingga proses penyerahan produk boleh diautomasikan melalui beberapa kaedah atau sistem yang meminumkan kerterlibatan kita secara langsung. Of-coz jika produk digital seperti ebook http://www.CaraPromosi.com boleh dikatakan 100% berfungsi automatak dalam urusan jual -beli nya. Hebat sungguh Idea Pakar Perniagaan Internet nie dah tentu jana income pun secara automatik :). Macam salalu apa yang kita biasa dengar orang kata ” Duit Masuk tak kira waktu, walaupun sedang tidur nyenyak” Contohnya menjalankan perniagaan secara internet lah.

    Satu lagi perkara yang saya nampak Irfan nie, minat menghasilkan produk perniagaan sendiri. Workshop Jutawan Internet sendiri, C om langkah 1-2-3 membina perniagaan internet sendiri, Buku Rahsia Jutawan Internet Terbongkar tulisan sendiri. Bagi saya orang yang dapat hasilkan produk sendiri yang berkualiti tinggi serta penuh dengan ilmu bermanfaat…. adalah orang yang Memang POWER, kaya ilmu & Kepakaran, Penuh kreativiti & Inovasi dan Of-coz bermotivasi serta jati diri yang tinggi.

    Macam saya nie tak pernah hasilkan produk perniagaan sendiri…. setakat nie berniaga just jual produk syarikat orang lain ( http://www.teamfifi.com/raffa-e ). so far Alhamdulillah dapat juga jana income online & ofline secara Automatik. So Jika nak hasilkan produk sendiri nanti kena belajar dulu lah cara ciptakan produk sendiri… Syukur lah juga skrang nie ada buat workshop Jutawan Internet secara konsisten atleast sampai masanya nanti adalah tempat yang tepat untuk menimba ilmu kepakaran perniagaan internet nie.

    sekian…bye 🙂
    from http://www.teamfifi.com/raffa-e

  5. Sebenarnya ramai orang boleh mengeluarkan product sendiri. Cuma kita selalu tak yakin. Kita nak yang sangat sempurna baru nak keluarkan product. Tapi Irfan just do it. Ini kelebihan Irfan. Kelemahan kecil memang ada (contoh dlm carapromosi), tapi tak perlu risaukan sangat hal tu. Lelama nanti improved la.

  6. Saya sentiasa berfikir untuk hidup mudah dan memudahkan orang lain.Saya suka kalau orang gembira dengan perniagaan dan perkhidmatan saya.Pelanggan yang berulang adalah keutamaan saya.Biar untung kecil tetapi banyak dan bukannya untung besar tetapi kena sumpah dengan pelanggan.Mudahkan pembeli setiap masa.

Leave a Reply

Your email address will not be published.